Tuesday, 18 December 2007

DPPBK KUTUK CAMPURTANGAN POLITIK DALAM KES HINDRAF DAN BATU BUROK.


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil(DPPBK) 'menyanjung tinggi' tindakan Peguam Negara kerana sekali tunduk kepada desakan politik apabila menggugurkan tuduhan cubaan membunuh ke atas 31 individu yang terlibat dalam perhimpunan anjuran Hindraf 25 November lalu.

Mengapa setelah ada campurtangan Imam Hadhari baru ianya digugurkan. Jelas ia bukannya keputusan Peguam Negara sendiri. Peguam Negara hanyalah boneka yang boleh dicucuk hidungnya.

Ini jelas menunjukkan ujudkan campurtangan kuasa politik dalam negara kita dan juga menggambarkan bahawa institusi kehakiman di negara kita tidak bebas.

DPPBK mempertikaikan mengapakah pengguguran dilakukan hanya selepas Perdana Menteri, Imam Hadhari meminta Peguam Negara mengkaji semula pertuduhan ke atas 31 demonstran Hindraf atas alasan 'mereka diperdaya pimpinan Hindraf dan sudah insaf.'

Mengapa pula peguam negara tidak menggugurkan tuduhan ke atas Suwandi Abdul Ghani dan Azman Aziz yang dituduh cuba membunuh anggota Polis dalam insiden di Batu Burok. Sedangkan yang menjadi mangsa tembakan ialah mereka berdua bukannya anggota Polis tersebut.

Nampak jelas bahawa Imam Hadhari tidak mahu bertolak ansur dalam kes Batu Burok tetapi menghina mahkamah dalam kes Hindraf.

Suwandi dan Azman ditembak seorang anggota polis dengan menggunakan peluru hidup dalam tragedi berdarah Batu Burok, Terengganu pada 8 September lepas.

Mereka menghadapi empat tuduhan, antaranya didakwa kononnya menunjukkan kekerasan jenayah untuk menakutkan pegawai polis yang menjalankan tugas yang sah di sisi undang-undang, dan dengan sengaja cuba menyebabkan cedera parah kepada Wan Aziz Wan Omar, katanya.

Sehingga kini rakyat terus tertanya-tanya, apakah hasil siasatan polis ke atas pegawai polis berkenaan yang melepaskan tembakan sehingga menyebabkan Suwandi dan Azman cedera parah.

Amat menjelekkan, mangsa tembakan ditahan dan didakwa, sebaliknya si penembak terus bebas berkeliaran di luar, katanya.

DPPBK menggesa tuduhan ke atas mereka digugurkan dengan segera dan dibebaskan tanpa syarat.

DPPBK mengutuk sekeras-keras tindakan pilih kasih Imam Hadhari dan Peguam Negara dalam kedua-dua isu ini.

Sofi Wahab
Ketua DPPBK

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

kawan said...

salam bro..

report la sikit psl jammed kat taman merdeka & depan pasal borong sbb jln kat airport tu dah tutup.

Menyusahkan la... Siapkan satu satu baru la tutup jln.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59