Monday, 24 December 2007

DOLLAH SEMAKIN KUSUT



Ku sangka matahari akan terus menyinari ku, tetapi mendung jua yang tak kunjung henti, mungkin itulah bait-bait akhir sajak yang di nukilkan oleh Imam Hadhari seandainya beliau menulis sajak sehari dua ini.

Bait-bait sajak itu menggambarkan betapa kusut masainya fikiran Imam Hadhari itu akibat pandangan dan ramalan veteran-veteran Umno bahawa BN akan mengalami kejutan pada pilihanraya umum kali ini andainya Imam Hadhari tersilap langkah.

Sehari dua lepas, Bekas Menteri Kewangan, kesayangan Mahathir, Daim Zainuddin pula tak semena-mena menyatakan bahawa BN dalam keadaan panas di tiga negeri iaitu Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Beliau tidak pula menyebut Kelantan dan Terengganu. Mungkin kedua-dua negeri lubuk PAS itu memang sudah di ramalkan siang-siang lagi akan ditakluki PAS.

Namun ramalan bahawa 3 negeri Pantai Barat itu akan menjadi hotspot sedikit sebanyak menimbulkan keraguan baru kepada Imam Hadhari. Sebelum ini mungkin Imam Hadhari penuh yakin bahawa ketiga-tiga negeri itu sudah hampir pasti terus dicengkam oleh parti Islam Hadhari. Tetapi ramalan Daim yang sememangnya tidak berapa suka berpolitik meninggalkan mimpi ngeri kepada Imam HAdhari.

Antara faktor mengapa Selangor menjadi hotspot kata Daim, jika di Selangor golongan kelas pertengahan ramai yang tidak berpuas-hati dengan beberapa keputusan pihak kerajaan.

Pulau Pinang beliau sifatkan sebagai sebuah negeri yang paling aktif berpolitik. Dasar-dasar kerajaan negeri sering dihalusi oleh rakyatnya dan jika BN tidak beri perhatian kepada rungutan dan ketidakpuasan hati rakyat, tidak mustahil "angin perubahan" akan bertiup di negeri ini.

Oleh sebab betapa gusarnya Imam Hadhari, maka beliau berkata partinya akan mengambil perhatian serius kepada kenyataan Daim itu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59