Friday, 14 December 2007

BEKAS TUKANG MASAK JADI CANSELOR UNIVERSITI


KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Jeanne Abdullah semalam dimasyhurkan sebagai Canselor kedua Universiti Terbuka Malaysia (OUM), sempena Konvokesyen Kelima universiti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Jeanne menggantikan Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood, yang meninggal dunia akibat barah payu dara pada 20 Oktober 2005.

Sebagai rekod, sebelum Jeanne menjadi isteri perdana menteri Abdullah, beliau adalah seorang tukang masak di kediaman rasmi perdana menteri. Dikatakan bibit-bibit percintaan di antara bekas tukang masak ini dengan Abdullah mula berkembang sejak kematian Endon.

Bekas tukang masak ini menerima watikah pelantikan daripada Presiden yang juga Naib Canselor OUM, Prof Tan Sri Dr Anuwar Ali. Hadir sama, Pro Canselor OUM, Tan Sri Azman Hashim dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed.

Bekas tukang masak ini menjadi isteri perdana menteri yang mengamalkan ajaran "Islam Hadhari" tidak menutup aurat sedangkan isteri Abdullah Gul (perdana menteri Turki) memakai tudung walaupun memerintah di sebuah negara yang masih kuat akar umbi sekularnya.

Negara Sekular Turki tentu berasa bertuah sekiranya mendapat seorang wanita tidak bertudung persis bekas tukang masak ini menjadi 'First Lady' mereka. Sangat bersesuaian dengan prinsip sekular dan anti Islam mereka.

Malaysia pula tentu berasa bangga mendapat seorang 'First Lady' yang bertudung; bersesuaian dengan pengisytiharan Malaysia sebagai negara Islam ……selayaknya seorang muslimat memakai tudung kepala dan menutup auratnya.

Menjadi persoalan apakah kelulusan akademik bekas tukang masak ini sehinggakan diangkat menjadi Canselor OUM. Ramai juga bertanyakan sekiranya bekas tukang masak ini tidak hebat dari segi kelayakan akademiknya, namun apakah pula sumbangannya kepada negara selama ini, atau hanyalah sekadar memberi sumbangan besar kepada Abdullah Badawi.

Oleh : Rakan Baik Khairy Jamaludin
Tranungkite

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

3 Comments:

mrlabi said...

Allah mengangkat martabat manusia tidak berlandaskan kelayakan akademik. Nabi Mohamad saw sendiri tak tahu membaca.

sokong islam hadhari said...

Saya harap satu hari nanti penulis blog ini juga akan menjadi canselor universiti, Ameen.

Anonymous said...

Kepada mrlabi:
So awak rasa Allah telah mengangkat martabat Jeanne bini Pak Lah tu ke? Ke Allah nak menunjukkan kepada org2 yang buta hati macam awak yang awak memang layak dapat pemimpin yang buta sebab awak pun buta?

Kepada sokong islam hadhari:
Ya, saya juga berdoa begitu supaya dia dapat memansuhkan AUKU, memastikan semua tenaga pengajar perempuan memakai tudong, memastikan tak de consert2 diluluskan di U, etc..etc.. Aamiiin ya Rabbal 'Aalamiin..

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59