Friday, 28 December 2007

ALI RUSTAM KEPANASAN, RUDDIN ATAU ABU SEMAN KETUA MENTERI BARU?


Melaka akan mendapat Ketua Menteri baru selepas Pilihanraya Umum nanti??? Spekulasi ini bertiup kencang di kalangan pe-merhati politik di negeri ini.

Ketua Menteri sekarang, Dato’ Seri Ali Rustam sudah hampir pasti diketepikan oleh Pak Lah disebabkan kegagalannya mentadbir negeri terutama kegagalan beliaumenguruskan kewangan negeri sehingga hutang negeri kepada pusat mencecah RM1.08 bilion. Ali Rustam begitu boros membelanjakan wang rakyat sehingga negeri Melaka hampir bangkrap.

Dalam isu babi, Ali jelas lemah dan lembap sehingga Ahli Parlimen Masjid Tanah Dato’ Wira Abu Seman Yusop dilantik mengetuai jawatankuasa menangani isu babi tersebut.

Di kalangan ahli Umno sendiri mereka hilang keyakinan kepada Ali dan dilihat sedang mengalihkan perhatian mereka kepada dua orang calon lain iaitu Abu Seman dan Ahli Parlimen Bukit Katil, Dato’ Mohd Ruddin Abdul Ghani.

Mohd Ruddin sendiri dikatakan amat disenangi oleh pucuk pimpinan tertinggi Umno. Jika benar Mohd Ruddin akan bertanding di kerusi DUN dan dilantik menjadi Ketua Menteri, pengaruh Ali di Melaka semakin parah kerana Ruddin merupakan seteru ketatnya.
Ruddin sendiri tidak mempunyai apa-apa jawatan di Bahagian Bukit katil gara-gara mainan politik kotor Ali Rustam.
Abu Seman pula sedang giat melobi pucuk pimpinan atasan dan peringkat akar umbi untuk memastikan jawatan Ketua Menteri jatuh ketangannya untuk meneruskan karier politik peribadinya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

3 Comments:

Anonymous said...

Saya rasa tuan telah tersilap perkiraan,jangan lupa YB Datuk rahaman Karim Adun Pantai kundor pun berpotensi menjadi KM.

Anonymous said...

Kau dah takde kerja nak melaga2kan orangke...be...

Orang melaka said...

Tahniah dan terima kasih kepada PAS Bukit Katil dengan spekulasi ini, Melaka telah pun menang pilihan raya umum ke 12 yang akan datang. Ketua Menteri Melaka tetap orang BN.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59