Monday, 31 December 2007

PERANGAI LUCAH MIC MENJALAR KEPADA MCA?


Kalau sebelum ini pelakon-pelakon handalan filem lucah terdiri dari pemimpin MIC (DP Vijandran) kini perangai tersebut menjalar kepada pemimpin MCA. Malah kali ini pelakon ini lebih hebat. Di katakan pelakon tersebut bertaraf menteri dan pemimpin kanan MCA. Betul atau tidak kita tunggu dan lihat. Kalau betul ini cerita panas pada awal-awal tahun 2008 ini.

Akhbar-akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa DVD tersebut - yang didakwa menunjukkan ahli politik itu sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita - pada mulanya diedarkan di Muar and later, Batu Pahat dan Seremban.

Pada hari Ahad, salinan DVD itu diletakkan di beberapa tempat di Muar untuk diambil oleh orang ramai. Sesetengah salinannya diedarkan oleh individu yang tidak dikenali kepada beberapa buah kedai di kawasan tersebut.

Sementara itu, Utusan Malaysia melaporkan bahawa rakaman hubungan seks itu yang diambil menerusi kamera litar tertutup (CCTV) selama sejam, dipercayai dirakamkan di dalam sebuah bilik hotel.

Bagaimanapun, lokasi hotel itu tidak diketahui.

Sejak laporan mengenai DVD itu tersiar dalam beberapa akhbar berbahasa Cina hari ini, DVD tersebut dikatakan ‘disembunyikan’ oleh para pengedar kerana bimbang tindakan polis.

DVD itu mengandungi dua bahagian iaitu A dan B yang diedar secara percuma di beberapa lokasi sejak malam semalam.

Bahagian A memaparkan aksi lucah hu bungan seks antara seorang lelaki yang didakwa sebagai pemimpin politik dengan seorang wanita menggunakan satu kamera CCTV.

Bahagian B pula menayangkan rakaman hubungan seks dari empat penjuru dari pada kamera CCTV berlainan melibatkan ‘pelakon’ yang sama.

Berdasarkan gerak tubuh dan bayangan dalam DVD itu, laporan Utusan lagi, masyarakat di Muar percaya ia hampir 70 peratus menyerupai wajah pemimpin politik tersebut.

Namun, percakapan serta wajah pemimpin itu dari dekat tidak begitu jelas digambarkan di dalam DVD itu.

Manakala Ketua Polis Johor, Datuk Hussin Ismail yang dihubungi Utusan semalam memberitahu, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung penyebaran DVD itu.


LAPORAN MEDIA YANG CUKUP BERAT SEBELAH


KUALA TERENGGANU: Laporan media tentang Perbicaraan kes dua pemuda PAS yang didakwa terbabit dalam rusuhan yang dikatakan ganas di Jalan Sultan Mahmud, Batu Burok di sini, 8 September cukup berat sebelah dan tidak beretika.

Di dalam laporan itu tidak langsung disebut yang Suwandi dan Azman Aziz telah ditembak Polis dan hampir mati akibat tembakan itu. Tetapi mereka pula yang dikatakan mencederakan Polis dengan parah.

Antara yang laporan yang dipaparkan ialah :-

Sebelum ini, Muhammad Azman Aziz, 21, dari Pasir Panjang dan Suwandi Ab Ghani, 38, dari Kampung Binjai Rendah, Marang, masing-masing menghadapi dua pertuduhan utama dan dua tuduhan pilihan di Mahkamah Sesyen di sini.

Bagi tuduhan pertama, mereka bersama 18 yang lain didakwa mengikut Seksyen 149, Kanun Keseksaan kerana menunjukkan kekerasan jenayah bagi menakutkan pegawai polis ketika menyuraikan satu perhimpunan haram.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 11.40 malam di tempat letak kereta Hotel Permai Inn, Jalan Sultan Mahmud hingga menyebabkan cedera parah kepada pegawai polis, Wan Abdul Aziz Wan Omar.

Mengikut pertuduhan itu, jika sabit kesalahan, kedua tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 333 dan Seksyen 511 kanun sama iaitu dipenjara maksimum lima tahun atau denda.

Bagi tuduhan kedua, kedua tertuduh bersama 18 yang lain didakwa menunjukkan kekerasan jenayah terhadap pegawai polis pada masa, tarikh dan tempat sama mengikut Seksyen 143 kanun sama.


MELAKA TERUS MENJADI SYURGA PELAKU ZINA/MAKSIAT. APA ALI RUSTAM BUAT????


MELAKA: Kes hamil luar nikah terus meningkat di Melaka malah, jumlah itu meningkat 47kes kepada 287 kes berbanding 240 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Golongan yang dianggap malang dan berpendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta berusia antara 17 hingga 30 tahun itu dikatakan sering melakukan maksiat dengan teman lelaki sehingga terlanjur.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata kebanyakan mereka yang terlanjur memberi alasan `cair' dengan pujukan kekasih mereka untuk melakukan maksiat.

Katanya, selepas terlanjur kali pertama, ia menjadi `kesukaan' pasangan berkenaan untuk mengulangi perbuatan terkutuk itu sehinggalah mereka sedar selepas pasangan itu mengandung.

"Kebanyakan mereka melakukan perbuatan terkutuk itu dengan menyewa hotel murah, di rumah sewa dan kediaman keluarga mereka sendiri.

"Mereka yang terbabit dengan kes hamil luar nikah ini pula bukanlah di kalangan mereka yang suka melakukan hubungan seks bebas, sebaliknya hanya bersama teman lelaki masing-masing," katanya kepada media, di sini, semalam.

Rahimin berkata, berdasarkan statistik, pekerja kilang paling ramai ditahan atas kesalahan itu iaitu sebanyak 202 daripada 287 kes yang direkodkan manakala selebihnya membabitkan pekerja dalam sektor lain termasuk perkhidmatan.

"Kes hamil luar nikah membabitkan pasangan Islam di negeri ini terus meningkat dan kami sentiasa melakukan pemantauan agar jumlah mereka yang terbabit dapat dikurangkan," katanya

Beliau berkata, tidak semua pasangan kepada wanita yang terbabit dalam kes hamil luar nikah itu berjaya ditahan Jaim.

Katanya, biasanya teman lelaki yang terbabit akan mengambil tindakan melarikan diri dan enggan bertanggungjawab.

Malangnya kerajaan negeri terus berdegil tidak mahu menutup tempat-tempat maksiat seperti hotel-hotel murah, pub, night club, dangdut dan sebagainya. Sebaliknya kerajaan negeri terus menggalakkan program-program yang melibatkan pergaulan bebas seperti konsert, karaoke, nyanyian dan sebagainya.

Selagi rakyat negeri ini terus memberikan sokongan kepada BN dan UMno selagi itulah maksiat akan terus meningkat. Adakah rakyat tidak yang mengundi BN tidak berasa bersalah???


SHAHIDAN MESTI BERHENTI, ALI MESTI SEDAR DIRI



Kalau Shahidan di malukan di Perlis oleh Radzi, Ali Rustam di Melaka mesti sedar diri bahawa kepimpinannya di Melaka gagal dan lemah.

Setiausaha Agong Umno seharusnya menasihati ALi supaya berundur sebelum beliau dimalukan oleh rakyat pada pilihanraya akan datang.

Terlalu banyak kepincangan dan masalah yang di'cipta' oleh Ali Rustam sehingga kepimpinannya diibaratkan semacam kepimpinan JKKK kampung.

bersambung .............


10 BERITA TERPENTING 2007


10 BERITA TERPENTING 2007 MENURUT MALAYSIAKINI

Correct, correct, correct

ISU: Correct, correct, correct, ya, ya, ya! Berita paling popular tahun ini sudah tentunya pendedahan klip video Lingam oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Klip selama 14 minit itu, yang dikatakan dirakamkan pada tahun 2002, menunjukkan perbualan telefon peguam kanan, Datuk VK Lingam mengenai pelantikan hakim-hakim. Dia didakwa berbual dengan Hakim Besar Malaya ketika itu - jawatan No 3 badan kehakiman - Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim Omar, yang kemudiannya menjadi Ketua Hakim Negara.

Dakwaan tersebut telah mencetuskan kemarahan sehingga kira-kira 2,000 peguam mengadakan 'Perarakan untuk Keadilan' sejauh 3.5km untuk menuntut supaya disiasat dakwaan rasuah dalam badan kehakiman.

Walaupun digesa pelbagai pihak, kerajaan pada mulanya keberatan untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat dakwaan tersebut. Sebaliknya, kerajaan menubuhkan sebuah panel tiga anggota untuk menyiasat ketulenan klip video tersebut.

Bila tidak timbul lagi persoalan mengenai ketulenannya, maka kerajaan bersetuju menubuhkan jawatankuasa diraja, walaupun banyak pihak mengkritik pemilihan anggotanya serta bidangkuasanya yang terhad.

Ahmad Fairuz bersara pada 31 Oktober selepas tempoh perkhidmatan lanjutannya tidak dilanjutkan, walaupun beliau telah membuat menafikan sebarang pembabitannya dalam klip video tersebut. Ahmad Fairuz membuat penafian itu menerusi , Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Anwar kemudiannya mendedahkan keseluruhan klip video tersebut pada 14 Disember lalu. Manakala adik lelaki Lingam pula mendakwa peguam tersebut rapat dengan hakim-hakim. Lingam bagaimanapun enggan mengulas tetapi menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan kepada suruhanjaya diraja.

APA SETERUSNYA: Mungkin, penjelasan mengenai apa yang sebenarnya berlaku di sebalik pelantikan hakim dalam badan kehakiman. Harap-harap ia tidak ditimpa nasib yang sama seperti apa yang berlaku terhadap Suruhanjaya Diraja Polis.

Kemunculan Hindraf

ISU: Hindraf (Hindu Rights Action Force) selama ini tidak dikenali sehinggalah badan tersebut yang diketuai oleh peguam P Uthayakumar dan adiknya Waythamoorthy, muncul memperjuangkan isu-isu yang melanda masyarakat India di peringkat akar umbi di negara ini.

Dari dakwaan kekejaman polis dan kes kematian ketika dalam tahanan, dua adik beradik ini juga menumpukkan perjuangan mereka kepada isu peminggiran dan diskriminasi kaum India. Selaras dengan hak kebebasan beragama, mereka turut menentang perobohan kuil-kuil Hindu di negara ini.

Mereka mendapat sokongan masyarakat dan ini dapat dilihat apabila kira-kira 2,000 kaum India berkumpul di Putrajaya untuk menyerahkan memorandum mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat tersebut.

Waythamoorthy kemudiannya melancarkan kempen di peringkat antarabangsa dengan memfail saman RM14 trilion terhadap kerajaan British kerana membawa rakyat India ke Malaysia untuk menjadi buruh dan kemudiannya gagal memberi mengambil kira kepentingan mereka ketika Perlembagaan Persekutuan dirangka.

Dua adik beradik itu, bersama-sama dengan para peguam berketurunan India yang lain, mengadakan penjelajahan ke seluruh negara untuk menjelaskan mengenai saman tersebut dan berhubung hasrat Hindraf untuk menghantar petisyen kepada Ratu Elizabeth supaya melantik peguam diraja bagi mewakili rakyat India Malaysia, dalam saman tersebut.

Pada 29 Oktober, kira-kira seminggu sebelum perayaan Deepavali, sebuah kuil lama di Kampung Rimba Jaya di Padang Jawa, Selangor, telah dirobohkan dalam operasi Majlis Bandaraya Shah Alam ketika membersihkan perkampungan setinggan dan sebuah surau di situ.

Insiden itu telah mencetus kemarahan kaum India. Malah Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu turut bergegas ke tempat kejadian.

Pada 25 November, kira-kira 30,000 kaum India menghadiri perhimpunan rakyat anjuran Hindraf di ibunegara untuk menyerahkan petisyen tersebut kepada Suruhanjaya Tinggi British.

Polis bertindak menggunakan gas pemedih mata dan tembakan air kimia untuk menyuraikan mereka. Ekoran itu, puluhan mereka yang menyertai perhimpunan itu didakwa di mahkamah. Mereka didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan haram dan melakukan khianat, manakala sebahagian lagi turut menghadapi tuduhan cubaan membunuh (tetapi tuduhan itu digugurkan kemudiannya).

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kemudiannya mengadakan pertemuan khas dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dari kalangan masyarakat India untuk mendengar masalah yang dihadapi kaum tersebut.

APA SETERUSNYA: Apa yang nyata ialah beliau mesti berusaha untuk menangani masalah yang dihadapi kaum India yang kini tidak mahu lagi terus berdiam diri.

Tuntutan Bersih untuk pilihanraya bersih dan adil

ISU: Apa yang diminta oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) hanyalah sistem pilihanraya yang bebas dan bersih.

Gabungan 67 badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti pembangkang itu aktif mendapatkan sokongan rakyat serta melobi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) supaya melaksanakan idea-idea tersebut.

Sejak awal tahun ini, beberapa perjumpaan diadakan dengan SPR dan Bersih turut menjelajah seluruh negara untuk mendidik rakyat mengenai pilihanraya yang adil dan bersih di Malaysia.

Usaha mereka menampak hasil apabila SPR setuju melaksanakan penggunaan dakwat untuk mengelak perbuatan mengundi berulangkali serta menggunakan kotak undi telus cahaya dalam pilihanraya umum yang akan datang. Namun, ianya hanya sebahagian sahaja daripada tuntutan Bersih.

Bila Bersih mahu mengadakan ceramah di Kuala Terengganu September lalu, polis bertindak menutup semua jalan ke tempat ceramah. Dan dalam pertembungannya dengan orang ramai yang mahu menghadiri ceramah tersebut, dua orang cedera terkena tembakan peluru hidup.

Namun ia tidak melemahkan semangat Bersih. Pada 10 November Bersih menganjurkan perhimpunan rakyat di ibunegara yang berdepan dengan tembakan gas pemedih mata dan pencutan air kimia. Kira-kira 40,000 orang berhimpun di depan Istana Negara di mana petisyen diserahkan kpada wakil Yang di-Pertuan Agung.

Ini diikuti dengan penyerahan satu lagi memorandum kepada Perdana Menteri - melalui ahli Parlimen pembangkang yang turut menyaksikan kekecohan berlaku di bangunan Parlimen pada 11 Disember apabila polis menutup semua jalan masuk ke situ. Memorandum yang sama turut diserahkan ke pejabat Perdana Menteri di Putrajaya . Bersih membantah pindaan perlembagaan untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan pengerusi SPR setahun lagi.

APA SETERUSNYA: Bersih berikrar untuk meningkatkan lagi tekanan untuk pembaharuan pilihanraya bagi membanteras dakwaan penyelewengan seperti perbuatan membeli undi dan penipuan lain dalam pilihanraya umum akan datang, yang diramal diadakan seawal bulan Mac.

Kisah kegigihan Ramli Manan

ISU: Dalam memenuhi 'tugasnya untuk negara' bekas pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Ramli Manan telah melakukan sesuatu yang akhirnya telah menjatuhkan bosnya.

Bekas pengarah BPR Sabah itu telah membuat beberapa dakwaan terhadap Ketua Pengarah BPR ketika itu, Datuk Zulkipli Mat Noot - dari dakwaan rasuah hinggalah kepada salahlaku seksual.

Ramli menghantar laporan yang mengandungi dakwaan tersebut kepada Ketua Polis Negara, Perdana Menteri, Peguam Negara, Ketua Audit Negara dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, tetapi semuanya tidak membawa sebarang hasil.

Bagaimanapun, ia 'meletup' selepas Gerakan Demokrasi dan Anti-Rasuah (Gerak) mendedahkan kandungan laporan itu tersebut pada bulan Febuari tahun ini.

Dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Ramli berkata, enam tahun sebelum persaraannya, beliau telah "dibekukan" kerana usahanya yang tidak jemu-menyiasat tuduhan rasuah terhadap bekas Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi, Datuk Kasitah Gaddam pada 2000.

Ramli juga berkata, beliau terus menjadi mangsa apabila bayaran gaji dan pencennya ditahan dan beliau telah memfailkan saman berhubung perkara itu.

Ekoran pendedahan tersebut, perkhidmatan Ramli yang telah dilanjutkan dua kali sejak beliau mencapai umur bersara pada tahun 2005, telah ditamatkan pada 31 Mac lalu. Bagaimanapun, empat bulan kemudiannya, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail telah membersihkan nama Zulkifli daripada semua tuduhan rasuah terhadapnya.

APA SETERUSNYA: Menunggu reaksi seterusnya kerajaan bila lebih ramai 'whistleblower' tampil membuat pendedahan.

Rakyat bimbang jenayah meningkat

ISU: Dalam separuh tahun pertama, jumlah kes jenayah telah mencecah 87,582 - meningkatkan 7,006 kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Ia termasuk 1,057 laporan kes rogol, kes rompakan di lebuhraya dan kejadian ragut yang mengakibatkan kecederaan dan kematian.

Dalam bulan Jun, kira-kira 200 berhimpun di depan kediaman Menteri Besar Johor kerana membantah kejadian jenayah yang semakin meningkatkan di negeri tersebut. Ekoran itu, kabinet mengarahkan polis menghantar anggota tambahan ke Johor. Kabinet juga meluluskan pembinaan 11 stesen polis yang baru di negeri itu.

Pada bulan yang sama, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Johari Baharum juga jaminan bahawa pihak polis sedang memantau keadaan jenayah dengan serius dan kerajaan juga akan mengambil langkah sewajarnya.

Manakala Kakus Parlimen mengenai Hak Asasi Manusia menganjurkan sesi awam pada bulan Julai untuk membantu polis menangani jenayah. Ia diadakan di tiga negeri - Selangor, Johor dan Pulau Pinang - untuk membolehkan orang ramai menyuarakan masalah dan rasa tidak puashati mereka, tetapi pihak media dibenarkan membuat liputan.

Badan pemikir - Merdeka Centre - telah mengadakan tinjauan pendapat, dan hasilnya yang diumumkan pada bulan Ogos mengesahkan apa yang sudah diketahui oleh orang ramai.

APA SETERUSNYA: Pihak polis diharapkan menumpukan perhatian membanteras jenayah, daripada bertindak keras terhadap orang ramai yang memprotes menuntut hak perlembagaanan mereka.

Kekeliruan dalam isu agama

ISU: Konflik mengenai isu-isu agama terus menjadi tajuk utama, termasuk beberapa kes yang berlanjutan dari tahun lalu. Pokok pendebatannya adalah sama ada mahkamah sivil mempunyai bidangkuasa ke atas perkara yang berkaitan dengan undang-undang syariah. Ia juga dikaitkan dengan isu kebebasan beragama.

Dalam kes Lina Joy, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa isu pertukaran agama adalah dalam bidangkuasa mahkamah syariah.

Satu lagi adalah mengenai kes M Revathi, yang dilahirkan sebagai seorang Islam tetapi dibesarkan mengikut agama Hindu dan bersuamikan seraong Hindu - yang menceritakan paksaan yang dikenakan ke atasnya sewaktu ditempatkan di pusat pemulihan akidah Islam.

Dalam bulan ini, Mahkamah Persekutuan membuat satu lagi keputusan bahawa kes perceraian R Subashini, yang suaminya memeluk Islam bersama seorang anak lelakinya, adalah dalam bidangkuasa mahkamah sivil. Keputusan majoriti 2-1 itu juga memutuskan bahawa suaminya boleh menukar agama anaknya tanpa perlu memaklumkan kepada ibunya.

Manakala sebuah persidangan antara agama peringkat global dibatalkan pada saat-saat akhir - dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menarik diri daripada menyampaikan ucapan dasarnya, sekaligus mencetuskan kritikan sama ada kerajaan benar-benar mengamalkan sikap toleransi beragama seperti yang didakwanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak memanaskan suasana apabila beliau menyatakan bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular.

APA SETERUSNYA: Isu-isu agama akan terus diperdebatkan selagi ia dipolitikkan. Dan ia dijangka berterusan tahun depan berikutan dua saman telah difailkan berhubung hak penganut Kristian menggunakan "Allah" dalam Bahasa Malaysia bagi merujukan kepada perkataan "God".

Isu babi di Melaka

ISU: Mengikut kalendar Cina, 2007 merupakan tahun Babi dan di Melaka, penternak babi di negeri itu telah bertindak mempertahankan ladang ternakan mereka.

Kerajaan Melaka memutuskan untuk menutup ladang babi atas alasan pencemaran alam sekitar, sepertimana yang dilakukan di negeri-negeri lain sejak beberapa tahun lalu.

Pada 4 September lalu, ribuan anggota penguatkuasa dari agensi-agensi terbabit telah cuba memusnahkan ternakan babi di Bukit Beruang, Paya Mengkuang, Kampung Man Lok dan kawasan sekitarnya.

Bagaimanapun, mereka dihalang oleh penternak yang membentuk benteng bagi melindungi ladang mereka. Mereka membantah kerana kerajaan negeri bertindak demikian walaupun tempoh penutupan ladang masih belum tamat.

Mereka serta keluarga masing-masing turut mengebarkan bendera Malaysia dan membawa kain rentang perayaan sambutan 50 tahun kemerdekaan Malaysia.

Polis menutup semua jalan utama. Beratus-ratus anggota polis, termasuk unit anti-rusuhan ditempatkan di situ. Jentera pengorek juga dibawa untuk menggali lubang bagi menanam babi yang mahu dimusnahkan itu.

Selepas 10 jam berlaku ketegangan, maka pemimpin MCA negeri telah mencapai persetujuan dengan pihak berkuasa bagi melanjutkan tempoh tersebut sehingga 21 September bagi memboleh ternakan di kawasan terbabit dipindahkan. Bagaimanapun, mereka tidak dapat berbuat demikian kerana masalah logistik.

Rundingan seterusnya yang diadakan pada 2 Oktober memutuskan untuk menangguhkan lagi tarikh tersebut sehingga 3 Mac tahun depan. Pada tarikh tersebut, kerajaan negeri menetapkan bahawa hanya 48,000 yang dibenar diternak. Kesemua 24 ladang ternakan babi di luar Paya Mengkuang mesti ditutup pada bulan Disember.

APA SETERUSNYA: Penternak terbabit tidak mempunyai pilihan dan perlu mematuhi syarat-syarat kebersihan yang ditetapkan. Bagaimanapun, cara pihak berkuasa negeri cuba menutup ladang ternakan mereka akan diingati, terutama ketika mereka keluar mengundi.

Isu PKFZ

ISU: Ia bermula dengan Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (PLDCB) yang ditubuhkan pad tahun 1989 dan dipengerusikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, dianugerahkan tanah seluas 405 hektar di Pulau Indah oleh kerajaan negeri.

Ia menjual separuh daripada tanah tersebut kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd pada harga RM30 juta, dan diikuti dengan bakinya sebanyak RM65 juta - menjadi jumlah keseluruhannya RM95 juta. Pada 2002, Kuala Dimensi menandatangani perjanjian untuk menjual semula keseluruhan tanah tersebut kepada Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) pada harga RM1.81 bilion.

Kuala Dimensi pula ada kaitan dengan firma pemaju hartanah dan pelaburan Wijaya Baru Global Bhd (WBGB), di mana menantu lelaki Onn - Faizal Abdullah - menjadi timbalan ketua pegawai eksekutifnya.

Walaupun berlaku percanggahan kepentingan, Kuala Dimensi telah menandatangani perjanjian dengan PKA untuk memajukan kawasan itu sebagai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pada mulanya pada kos RM500 juta. Ia kemudiannya meningkatkan kepada RM4.6 billion.

Selepas itu timbul tuduhan bahawa PKFZ mengalami masalah karenah birokrasi, campurtangan ahli politik dan pihak-pihak berkepentingan yang lain, minit mesyuarat yang tidak tepat dan percubaan mengelak cukai.

Masalah-masalah ini disebut menjadi punca syarikat Jebel Ali Free Zone dari Dubai telah menarik diri daripada mengurus dan mempromosi PKFZ.

Ekoran laporan-laporan negatif mengenainya - dan keputusan kerajaan untuk menyelamatkan projek berkenaan - maka pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC), Datuk Shahrir Abdul Samad mengarah siasatan dijalankan terhadap isu PKFZ.

Bagaimanapun, selepas penjelasan dari PKFZ, PAC nampaknya berpuashati dengan perjalanan projek tersebut.

APA SETERUSNYA: Dengan Peguam Negara belum bertemu PAC dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy mengelak daripada jawapan soalan, siasatan yang sedang dijalankan mungkin menemui jalan buntu. Mungkin ia juga akan dilanda sindrom 'mudah lupa'.

BERSAMBUNG ............


SUWANDI DAN AZMAN TERUS DIZALIMI.


KENYATAAN AKHBAR PESURUHJAYA PAS TERENGGANU DATO' HJ MUSTAFFA ALI

Saya merasa dukacita dengan keputusan Mahkamah Sesyen hari ini yang tidak membenarkan diikat jamin kepada mangsa tembakan peluru hidup dalam insiden Batu Burok pada 8 September lalu, Suwandi Ab Ghani dan Muhammad Azman Aziz dan dalam masa yang sama membenarkan penangguhan perbicaraan daripada pihak Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Pada hari ini, peguam-peguam yang mewakili tertuduh itu yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas telahpun menyatakan mereka bersedia untuk menjalankan perbicaran.

Bagaimanapun, perbicaran tidak diadakan pada hari ini dan kenapakah Peguam Negara hanya pada hari ini memohon penangguhan atas alasan-alasan hendak menjalankan perbicaraan bersama dengan kes yang diadakan di Mahkamah Majistret.

Sepatutnya, semasa pada hari pendakwaan, 9 Disember lalu Peguam Negara sudah boleh membuat permohonan untuk menggabungkan kes itu.

Jadi hari ini kes tidak dapat dijalankan, hanya membuang masa dan tiba-tiba kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.

Bagi kita, ini suatu tindakan yang menganiaya kedua-dua tertuduh dan seolah-olah mereka ini telah dihukum walaupun belum dibuktikan bersalah. Malah, lebih mendukacitakan lagi mereka telah menjalani keadaan (penjara) tersebut khususnya Suwandi yang masih lagi tidak pulih sepenuhnya daripada kecederaannya.

Muhammad Azman pula dipukul dalam tahanan dan hari ini keluarga mereka membuat laporan polis. Peguam Negara semasa perbicaraan tadi menyatakan akan mempastikan orang yang membuat tindakan tersebut akan didakwa. Kita mahu lihat Abdul Gani mengotakan apa yang dikatakan itu.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peguam yang diketuai oleh Tun Mohd Salleh Abas bersama Dato’ Wan Abdul Muttalib Embong dan Mohamad Hanipa Maidin serta pasukannya menjalankan tugas dengan cemerlang walaupun keputusan tidak berpihak kepada kita.

Saya berharap kedua-dua keluarga Suwandi dan Muhamamd Azman bersabar dalam menghadapi situasi sekarang. Kita akan terus memberikan pembelaan dalam kes mereka walau berapa lama pun akan mengambil masa termasuk bantuan kebajikan.

Saya juga meminta ahli-ahli dan para penyokong PAS supaya bertenang dalam menangani isu ini. Kita akan tangani isu ini dengan sebaik mungkin dan ini sebahagian daripada ujian yang terpaksa dilalui.

Dato’ Haji Mustafa Ali,

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu


SHAHIDAN 'CONFIRM' TAK DAPAT SAMBUNG TUGAS MB PERLIS, RADZI KEMPUNAN NAK JADI MB PERLIS?



Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad, Sabtu lalu secara terbuka meminta Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim, memberi laluan kepada kepemimpinan baru untuk menerajui parti itu di Perlis.

Beliau berkata, sudah sampai masanya Perlis mengambil tindakan drastik dengan memilih kepemimpinan baru untuk menerajui parti, apatah lagi dengan keadaan politik di negeri itu yang dianggapnya semakin kucar-kacir, sejak akhir-akhir ini.

"Bagi saya, Perlis patut berubah dan MB (Menteri Besar) juga patut diubah. Jika masih kekal kepemimpinan lama, Perlis akan tetap kekal macam tu juga," katanya kepada pemberita, selepas menghadiri Majlis Taklimat dan Perasmian Gerak Kerja Pilihan Raya Umno Bahagian Padang Besar,Sabtu lalu.

Nampaknya riwayat Shahidan sebagai Menteri Besar sudah sampai ke penhujungnya. Selepas Pilihanraya akan datang kita tahu kemana Shahidan akan di'terajang' oleh Pak Lah.

Kenyataan Radzi yang disebut-sebut akan dilantik sebagai Menteri Besar Perlis yang baru nanti, sudah tentu menyakitkan hati Shahidan sendiri. Malah lebih teruk lagi ianya disiarkan di muka depan akhbar arus perdana seperti Utusan Meloya dan Berita Hairan.

Namun Radzi sendiri mungkin kempunan untuk menjadi Menteri Besar kerana ada calon lain yang lebih layak iaitu Dato' Prof Haron Din atau Ustaz Hasim Jasin dari PAS. Ini kerana 'mood' rakyat sekarang menunjukkan PAS semakin mendapat tempat di hati mereka bukan sahaja di Perlis malah diseluruh negara.

TAMATLAH RIWAYAT SEORANG LAGI MENTERI BESAR UMNO YANG 'CENGE' DAN BENGKEN INI. KASIHAN TOK DAN LEPAIH HANG PI MANA TAKUT-TAKUT APA JAWATAN PUN DEPA KAT HANG MENTERI PUN TAK DAPAT, AHLI PARLIMEN PUN MELEPAS


JENTERA PENERANGAN MESTI LIPATGANDAKAN USAHA - TUAN GURU PRESIDEN


Taman Melewar : Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menggesa seluruh jentera penerangan PAS melipatgandakan usaha untuk meyampaikan maklumat kepada rakyat supaya mereka mendapat informasi yang tepat dan betul.

Menurutnya, hanya kerja kuat dan istiqamah sahajalah risalah perjuangan Islam dan isu semasa dapat disalurkan kepada rakyat.

"Jentera PAS mesti menggunakan segenap saluran dan kaedah demi untuk memastikan rakyat dapat faham isu dan maklumat sebenar dengan itu Insya Allah mereka akan menyokong kita".

"Kita ada suratkhabar walaupun terhad, kita mesti gunakan internet, laman web, blog dan sebagainya agarnya semua ini dapat dibaca dan ditatap oleh rakyat" kata Tuan Guru.

Tuan Guru juga berkata, isu semasa sekarang ini memberikan kelebihan kepada kita tetapi ianya mesti digarap dengan cara yang menarik, berkesan dan terkini agarnya ianya menarik minat rakyat untuk membaca dan seterusnya memahaminya.

Tuan Guru berkata demikian dalam program taklimat khas tertutup Presiden mengenai isu-isu semasa di Taman Melewar semalam. Turut hadir semuanya Ahli Jawatankuasa Pusat termasuk, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Timbalan Mursyidul Am dan pimpinan-pimpinan Kawasan seluruh negara.


PAS BUKIT KATIL TEMBUSI KUBU KUAT UMNO DI TAMAN TUN RAHAH



PAS Kawasan Bukit Katil melalui Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Baru berjaya menembusi kubu kuat Umno di kawasan Peti Undi Taman Tun Rahah.

Malam tadi bertempat di Pejabat Peti Undi Taman TUn Rahah, Unit Peti Undi PAS Taman Tun Rahah dirasmikan dengan jayanya oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Bakrin Sidek.

Dalam ucapannya, Hj Bakrin berkata, kejayaan PAS menubuhkan Unit Peti Undi Taman Tun Rahah merupakan kejayaan di luar dugaan kerana taman itu terkenal sebagai kubu kuat Umno sejak dahulu.

Menurutnya kejayaan MTD Bukit Baru ini patut dijadikan contoh kepada MTD lain kerana kesungguhan pimpinan mereka akhirnya membuahkan hasil bukan sahaja UPU berjaya ditubuhkan bahkan mereka berjaya membuka pejabat sendiri di kawasan Taman Puncak.

"Kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan rumah kepada Pejabat ini iaitu Saudara Mohd Jas Abdul Rahman kerana sanggup menwakafkan rumahnya sendiri untuk dijadikan pejabat, beliau sanggup berpindah ke rumah lain semata-mata untuk kepentingan jemaah" tegas Hj Bakrin.

Peti Undi Taman Tun Rahah merupakan Peti Undi baru yang diujudkan oleh SPR untuk pilihanraya akan datang dan ianya adalah pecahan kepada peti undi Bukit Katil.


Friday, 28 December 2007

ALI RUSTAM KEPANASAN, RUDDIN ATAU ABU SEMAN KETUA MENTERI BARU?


Melaka akan mendapat Ketua Menteri baru selepas Pilihanraya Umum nanti??? Spekulasi ini bertiup kencang di kalangan pe-merhati politik di negeri ini.

Ketua Menteri sekarang, Dato’ Seri Ali Rustam sudah hampir pasti diketepikan oleh Pak Lah disebabkan kegagalannya mentadbir negeri terutama kegagalan beliaumenguruskan kewangan negeri sehingga hutang negeri kepada pusat mencecah RM1.08 bilion. Ali Rustam begitu boros membelanjakan wang rakyat sehingga negeri Melaka hampir bangkrap.

Dalam isu babi, Ali jelas lemah dan lembap sehingga Ahli Parlimen Masjid Tanah Dato’ Wira Abu Seman Yusop dilantik mengetuai jawatankuasa menangani isu babi tersebut.

Di kalangan ahli Umno sendiri mereka hilang keyakinan kepada Ali dan dilihat sedang mengalihkan perhatian mereka kepada dua orang calon lain iaitu Abu Seman dan Ahli Parlimen Bukit Katil, Dato’ Mohd Ruddin Abdul Ghani.

Mohd Ruddin sendiri dikatakan amat disenangi oleh pucuk pimpinan tertinggi Umno. Jika benar Mohd Ruddin akan bertanding di kerusi DUN dan dilantik menjadi Ketua Menteri, pengaruh Ali di Melaka semakin parah kerana Ruddin merupakan seteru ketatnya.
Ruddin sendiri tidak mempunyai apa-apa jawatan di Bahagian Bukit katil gara-gara mainan politik kotor Ali Rustam.
Abu Seman pula sedang giat melobi pucuk pimpinan atasan dan peringkat akar umbi untuk memastikan jawatan Ketua Menteri jatuh ketangannya untuk meneruskan karier politik peribadinya.


BENAZIR DIBUNUH


Pemimpin pembangkang Pakistan Benazir Bhutto dibunuh petang tadi. Beliau dilaporkan ditembak dari jarak dekat dalam program kempen pilihanrayanya di Rawalpindi.

Penembak tersebut mengebom dirinya sendiri selepas menembak Benazir.


Thursday, 27 December 2007

UMNO/BN MUKA TAK MALU GUNA HARTA AWAM UNTUK PILIHANRAYA OLOK-OLOK



Merlimau : Umno yang terus menggunakan harta kerajaan untuk kepentingan politik mereka. Terbaru Umno dikesan menggunakan balai raya Kampung Seri Minyak di Jasin untuk dijadikan tempat bagi menjalankan pilihanraya olok-olok BN minggu lepas.

Tinjauan kami mendapati banyak bendera BN dicacak di perkarangan Balai Raya tersebut.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Mejar (B) Jasme Tompang kesal dengan sikap Umno/BN yang langsung tidak segan silu menggunakan harta awam untuk program parti mereka.

"Tidakan menunjukkan kepimpinan UMNO/BN ini memang tak boleh diharap dan bermegah dengan memperkudakan harta rakyat untuk keuntungan politik UMNO/BN, mereka sebenarnya tidak mempunyai bangunan sendiri sebab itu mereka menceroboh harta awam" tegas Mejar (B) Jasme.

"Umno/BN kini dilihat amat terdesak sehinggakan bukan sahaja melakukan pilihanraya olok-olok tetapi sanggup menggunakan premis Awam untuk kegunaan kepentingan politik BN, ini jelas bahawa pemimpin UMNO/BN ini dah tak kenal mana satu milik Parti atau milik Awam, dek kerana terlalu lama berkuasa",tambah beliau.

Tindakan ini sebenarnya sudah menjadi tradisi UMNO/BN yang turun temurun dimana setiap kali Pilihanraya diadakan tanpa segan silu mereka menggunakan seluruh Jentera Kerajaan bagi menggerakkan aktiviti kempen mereka.


MAHKAMAH TOLAK RAYUAN SUBASHINI


PUTRA JAYA : Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan R Subashini untuk menghalang suaminya yang telah memeluk Islam daripada membawa kes perceraian mereka ke mahkamah syariah, atas sebab-sebab teknikal.

Dalam keputusan majoriti 2-1, mahkamah tertinggi di Malaysia itu, memutuskan ia kerana Subashini telah memfailkan petisyen perceraian mereka terlalu awal daripada tempoh yang ditetapkan di bawah Akta Undang-undang Pembaharuan (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

Rayuan Subashini itu didengar oleh panel tiga orang hakim - Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk Azmel Ma'amor dan Datuk Abdul Aziz Mohamad.

Di bawah akta tersebut, Subashini hanya boleh memfailkan petisyen perceraian tersebut selepas tamatnya tempoh tiga bulan dari tarikh suaminya, T Saravanan memeluk Islam.

Bagaimanapun, Subashini memfailkan petisyen perceraian itu sembilan hari sebelum tamat tempoh tiga bulan berkenaan.

Oleh itu, petisyen perceraian tersebut dianggap batal dan tidak sah.

Subashini, 28, yang beragama Hindu, mahu menghalang suaminya itu, yang telah memeluk Islam dengan nama Muhammad Shafi Saravanan Abdullah, daripada membawa prosiding perceraian mereka ke mahkamah syariah.

Suaminya telah memeluk agama Islam pada bulan Mei 2006 bersama-sama dengan anak lelaki sulung mereka, Dharvin Joshua, 4.

Suaminya kemudiannya membawa prosiding perceraian mereka ke mahkamah syariah serta memohon hak penjagaan anak lelaki kedua mereka, Sharvin, 2.

Mahkamah Persekutuan juga memutuskan hari ini bahawa Muhammad Shafi tidak menyalahgunakan proses mahkamah apabila menukar agama anaknya yang berusia empat tahun itu tanpa pengetahuan ibunya.

Katanya, mengikut undang-undang Islam, hanya seorang sahaja - ibu atau bapa - mesti dimaklumkan mengenainya pertukaran agama anak tersebut.

Mahkamah juga memutuskan bahawa adalah menjadi hak Muhammad Shafi sebagai seorang Islam untuk memfailkan prosidang perceraiannya di mahkamah syariah.

Bawa ke mahkamah syariah

Dalam rayuan Subashini kepada Mahkamah Rayuan pada 13 Mac, Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datuk Hassan Lah - dalam penghakiman 2-1 - telah memutuskan wanita itu membawa kesnya ke mahkamah syariah. Seorang lagi panel hakim ialah Datuk Gopal Sri Ram.

Menurut penghakiman majoriti itu, mahkamah memutuskan bahawa perintah yang dipohon oleh Subashani adalah tidak perlu kerana mahkamah syariah layak dan berkempuan untuk memutuskan kes tersebut.

Bagaimanapun, pada 30 Mac, Subashini mendapatkan perintah sementara dari Mahkamah Rayuan untuk menghalang Saravanan daripada mengemukakan tuntutannya itu di mahkamah syariah.

Perintah mahkamah itu juga melarang Saravanan daripada menukar agama anak bungsunya serta melarangnya daripada membawa kes tuntutan hak penjagaan anak-anaknya ke mahkamah syariah.

Ia juga memutuskan bahawa seseorang pasangan yang telah memeluk Islam boleh memohon kepada mahkamah syariah untuk menukar agama anak-anak mereka yang masih di bawah umur, kepada agama Islam, tanpa perlu mendapatkan kebenaran daripada pasangan yang seorang lagi.


REMINDER!!!!!!!


JANGAN LUPA HADIR DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN 9.00 PAGI INI UNTUK MENDENGAR KEPUTUSAN KES SUBASHINI


Wednesday, 26 December 2007

PENCINTA KEADILAN SILA HADIR DI MAHKAMAH KUALA TERENGGANU KHAMIS INI. TUNJUKKAN SOKONGAN KEPADA AZMAN DAN SUWANDI


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) menyeru kepada seluruh lapisan masyarakat prihatin pendokong keadilan untuk turut serta ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 27 Disember 2007,jam 9.30 pagi bagi memberikan sokongan moral kepada Suwandi dan Azman serta menunjukkan sikap atas bantahan terhadap ketidakadilan penahanan mereka menurut Islam.

Ketua Penerangan DPPBK, Nazri Ariffin menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama-sama meluangkan sedikit masa bersama-sama menunjukkan sokongan moral dan bantahan kepada ketidakadilan Polis dan kerajaan Malaysia.

“Kita berharap seluruh rakyat dapat hadir beramai-ramai di perkarangan mahkamah Kuala Terengganu pada jam 9.30 pagi, hari Khamis jam 9.30 pagi, didalam menunjukkan rasa tanggungjawab kita sebagai saudara kepada Suwandi dan Azman yang dizalimi Polis dan kerajaan Malaysia.


SUDAH TANGKAP TAK TAHU MACAMANA NAK DAKWA


Tempoh ikatjamin ke atas 17 aktivis Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang ditahan kerana melanggar perintah larangan berhimpun di bangunan Parlimen pada 11 Disember lalu, telah dilanjutkan lagi.

Nampaknya Polis hanya tahu menangkap peserta himpunan aman tetapi tidak tahu macamana hendak mendakwa mereka kerana sememangnya perhimpunan mereka adalah himpunan aman yang dibenarkan perlembagaan negara. Mungkin kerana itulah Polis gagal mengemukakan pendakwaan sehingga tempoh lanjutan ikatjamin terhadap mangsa tangkapan berakhir dua kali.

Salah seorang peguam mereka, Latheefa Koya, memberitahu Malaysiakini bahawa pihak polis tidak mengenakan sebarang tuduhan terhadap 17 anggota Bersih tersebut dan tempoh ikatjamin mereka telah dilanjutkan sehingga 2 Januari 2008.

“Salah seorang pegawai penyiasat memberitahu peguam kita, Amer Hamzah, mengenai lanjutan tempoh (ikatjamin itu),” kata Latheefa.

Ini adalah kali kedua tempoh ikatjamin mereka dilanjutkan - kali pertama dilanjutkan pada 18 Disember lalu yang berakhir hari ini," katanya.

Latheefa berkata, pihak polis mungkin memerlukan lebih masa untuk menjalankan siasatan.

Tujuh belas aktivis Bersih tersebut termasuk beberapa pemimpin pembangkang - Ketua Penerangan PKR, Tian Chua (kanan); Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Ketua Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh: ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Lo'Lo' Ghazali; Pengerusi penaja Parti Socialist Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim; Setiausaha Agung penaja PSM, S Arutchelvan serta ahli jawatankuasa pusatnya, S Sivarajan.

Pada 11 Disember lalu, seramai 26 anggota Bersih telah ditahan dalam kawasan Parlimen ketika cuba menyerahkan memorandum membantah penyambungan tempoh persaraan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui satu pindaan perlembagaan.

Sembilan daripada mereka dibebaskan tanpa syarat pada hari yang sama manakala baki 17 orang lagi dibebaskan dengan jaminan polis pada kira-kira jam 10 pagi hari yang sama.

Perintah larangan

Polis Sentul telah mendapatkan perintah mahkamah untuk melarang individu dan pihak-pihak yang berkenaan daripada menyertai satu perhimpunan untuk menyerahkan memorandum tersebut. Bagaimanapun, tiada perhimpunan yang diadakan.

Antara individu tersebut ialah pemimpin PAS - Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Mohamad Sabu dan Adenaan Saad serta Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud.

Polis menutup semua jalan masuk ke Parlimen dan mengadakan sekatan jalanraya di sekitar Kuala Lumpur sehingga mengakibatkan berlaku kesesakan lalulintas yang teruk. Trak dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) serta anggota anggota polis biasa ditempatkan di sepanjang Jalan Parlimen.


PAK LAH ADA MASA BERJUMPA NGO INDIA DAN MIC TETAPI TIADA MASA BERTEMU NGO LAIN


Menghairankan!!!! Pak Lah ada masa untuk bertemu NGO India dan MIC tentang isu Hindraf tetapi tidak masa untuk bertemu dengan NGO lain serta pakatan pembangkang bagi mendengar keluhan rakyat tentang banyak perkara termasuk isu berkaitan pilihanraya, keadilan dan kezaliman kerajaan.

Pertemuan dengan Imam AL Hadhari yang dihasratkan pelbagai NGO dan pembangkang dalam satu pengumuman pada 12 Disember lalu masih tidak dijawab sehingga kini.

Meskipun menyatakan bahawa beliau bersedia mendengar keluhan rakyat, namun permintaan rakyat yang dinyatakan mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri masih tidak berjawab.

Mengulas isu itu, Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali masih menaruh harapan agar Perdana Menteri dapat berjumpa dengan parti pembangkang dan NGO bagi mendapatkan penjelasan mengenai beberapa isu.

"Kita masih memberikan masa kepada PM untuk mempertimbangkan permintaan kita untuk mengadakan pertemuan tersebut," katanya ketika dihubungi Harakah baru-baru ini.

Sungguhpun sebelum ini PM tidak pernah memberikan jawapan ini tidak bermakna pembangkang dan NGO akan berputus asa.

"Walaupun yang lepas-lepas, kita tidak pernah dapat berjumpa beliau, tak tahulah pula bagaimana reaksi beliau pada kali ini memandangkan banyak pihak turut serta bersama menerusi satu pakatan," jelasnya.

Setakat ini, pihak JPM masih belum memberikan sebarang jawapan, termasuk memaklumkan tarikh temu janji tersebut.


ESOK SATU LAGI KES YANG AMAT PENTING DIPUTUSKAN DI MAHKAMAH


Mahkamah Persekutuan - mahkamah yang tertinggi di negara ini - akan mengumumkan keputusannya esok sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah yang mempunyai bidangkuasa untuk mendengar isu perceraian yang membabitkan Subashini dan suaminya yang telah memeluk Islam serta hak penjagaan anak-anak mereka.

Panel tiga orang hakim - Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk Abdul Aziz Mohamad dan Datuk Azmel Ma'amor - akan membuat penghakiman tersebut, tiga bulan selepas peguam kedua belah pihak selesai membentangkan hujah masing-masing dalam kes kontroversi tersebut.

Subashini, 28, memohon untuk menghalang suaminya, T Saravanan, 31, yang telah memeluk Islam, dengan nama Muhammad Shafi Saravanan Abdullah - daripada membawa kes perceraian mereka dan hak penjagaan anak-anak mereka untuk didengar di mahkamah syariah.

Saravanan memeluk Islam pada bulan Mei 2006 bersama-sama dengan anak sulung mereka, Dharvin Joshua, 4. Beliau kemudiannya memulakan prosiding perceraiannya di mahkamah syariah serta untuk mendapatkan hak penjagaan anak lelaki kedua mereka, Sharvin, 2.

Dalam rayuan Subashini kepada Mahkamah Rayuan pada 13 Mac, Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datuk Hassan Lah - dalam penghakiman 2-1 - telah memutuskan wanita itu membawa kesnya ke mahkamah syariah. Seorang lagi panel hakim ialah Datuk Gopal Sri Ram.

Menurut penghakiman majoriti itu, mahkamah memutuskan bahawa perintah yang dipohon oleh Subashani adalah tidak perlu kerana mahkamah syariah layak dan berkempuan untuk memutuskan kes tersebut.

Bagaimanapun, pada 30 Mac, Subashini mendapatkan perintah sementara dari Mahkamah Rayuan untuk menghalang Saravanan daripada mengemukakan tuntutannya itu di mahkamah syariah.

Perintah mahkamah itu juga melarang Saravanan daripada menukar agama anak bungsunya serta melarangnya daripada membawa kes tuntutan hak penjagaan anak-anaknya ke mahkamah syariah.

Ia juga memutuskan bahawa seseorang pasangan yang telah memeluk Islam boleh memohon kepada mahkamah syariah untuk menukar agama anak-anak mereka yang masih di bawah umur, kepada agama Islam, tanpa perlu mendapatkan kebenaran daripada pasangan yang seorang lagi.

Keputusan: Tiga kemungkinan

Terdapat tiga kemungkinan keputusan yang bakal dibuat oleh Mahkamah Persekutuan esok.

1. Mahkamah mungkin menolak permohonan Subashini atas alasan teknikal - berhubung tarikh petisyen perceraian Subashini, yang dibuat dalam tempoh tiga bulan tarikh suaminya memeluk Islam.

Menurut undang-undang, petisyen itu mesti dibuat tiga bulan selepas tarikh suaminya memeluk Islam. Subashini berhujah bahawa dia tidak sedar mengenai tarikh suaminya memeluk Islam. Jika demikian, kes tersebut akan ditolak dan peguamnya boleh menfailkan petisyen perceraian itu sekali lagi.

2. Mahkamah mungkin menolak permohonan Subashini atas alasan bahawa mahkamah syariah mempunyai bidangkuasa dan mengarahkannya supaya membawa kesnya ke mahkamah berkenaan. Ini membawa maksud bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidangkuasa dalam kes-kes mereka yang memeluk agama Islam, terutama apabila prosiding telah bermula di mahkamah syariah.

3. Mahkamah mungkin menerima permohonan supaya kesnya didengar oleh mahkamah sivil, suaminya tidak boleh membawa kesnya ke mahkamah syariah dan dia perlu kembali semula ke mahkamah sivil kerana perkahwinan pasangan itu dilakukan di bawah undang-undang sivil.

Selepas kes Lina Joy

Ini akan merupakan keputusan yang kedua dibuat oleh Mahkamah Persekutuan berhubung perkara yang membabitkan isu-isu mengenai kebebasan beragama.

Sebelum ini, dalam kes Lina Joy, mahkamah tersebut dalam penghakimannya memutuskan bahawa isu mengenai seseorang Islam yang mahu menukar agamanya, adalah terletak dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah. Lina mahu menukar agamanya kepada Kristian.

Dalam penghakimannya, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim memutuskan bahawa Lina Joy - seorang Melayu - kekal beragama Islam dan status agamanya tidak boleh dipadamkan dalam kad pengenalannya.


TUAN GURU PRESIDEN LAWAT MELAKA 2 FEB



Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang akan mengadakan lawatan kerja ke Melaka pada 2 Feb 2007 dalam rangka Jelajah Kepimpinan PAS bertemu rakyat.

Program yang bermula pada jam 2.30 petang akan berakhir sehingga jam 12.00 malam. Aturcara penuh program akan dilaporkan selengkapnya dalam sedikit masa lagi.


KERAJAAN BN TERENGGANU CEMAS


MELAKA : Kerajaan BN Terengganu cemas dan takut kepada bayang-bayang sendiri akibat dari perbuatan zalim mereka seperti merobohkan rumah rakyat, merampas tanah rakyat serta boros membelanjakan wang rakyat.

Akibat dari perasaan cemas ini Menteri Besarnya, Derih Jusoh melemparkan tuduhan bahawa PAS menggunakan senjata memfitnah mereka untuk meraih sokongan rakyat.

Pemerhati politik melihat bahawa, Derih Jusoh sekarang ini berada dalam kepanasan yang amat sangat disebabkan perbuatan zalim mereka merobohkan yang ternyata tidak berperikemanusiaan.

Terkahir, mereka bersekongkol dengan polis mengacau ceramah Bersih beberapa lalu, sehingga 2 orang penyokong Bersih ditembak oleh Polis. Malangnya Polis yang menembak rakyat tidak didakwa tetapi 2 orang mangsa tersebut yang disumbat di dalam penjara tidak dibenarkan ikat jamin.

Derih dalam media hari ini meminta pemimpin pembangkang segera menghentikan fitnah terhadap program pembangunan yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang.

Katanya, ini kerana pembangkang sendiri sudah terbukti gagal dan tidak mempunyai kemampuan membangunkan negeri ini walaupun selepas diberikan peluang pada pilihan raya umum 1999.

“Mereka (pembangkang) boleh lakukan apa sahaja ketika diberikan kuasa pemerintahan pada pilihan raya umum 1999 tetapi terbukti mereka tidak mampu dan tidak mempunyai kemampuan untuk memaju dan membangunkan negeri ini.

“Jadi, mereka mesti menghentikan fitnah terhadap perubahan dan pembangunan yang dilaksanakan BN sekarang kerana kita adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan berkemampuan,” katanya di Kuala Terengganu semalam.

Derih cuba menyedapkan hatinya dengan mendakwa rakyat memberikan sokongan penuh kepada kerajaannya. Sedangkan sebenarnya rakyat sekarang berada dalam keadaan terhimpit disebabkan banyak projek-projek kerajaan negeri tidak langsung memberikan manfaat kepada rakyat seperti Monsun Cup dan lain-lain.

Derih mendakwa bahawa fakta-fakta dan bukti-bukti yang dikemukakan oleh pembangkang samada dalam media atau ceramah-ceramah adalah fitnah sedangkan pemimpin PAS bercakap dengan mempunyai bukti yang sahih.

"Perkara yang berlaku di depan mata seperti robohkan masjid dan rumah rakyat itu dikatakan fitnah sedangkan rakyat melihatnya dengan mata kepada sendiri" kata Saleh Osman seorang penyokong PAS di Taman Merdeka ketika dihubungi pagi ini.


Tuesday, 25 December 2007

DUIT RAKYAT DIBAZIRKAN


KANGAR: Sungai Perlis yang mengalir di tengah bandar Kangar dihiasi pelbagai keindahan di tebingnya namun bau busuk akibat pencemaran sungai itu menusuk hidung sesiapa yang melalui kawasan sekitarnya.

Sampah sarap di dapati memenuhi sungai dan baunya mengganggu keselesaan orang ramai terutama para pelanggan kedai makan di sekitar Pasar Besar Kangar.

Malang sekali agensi kerajaan yang sepatutnya memberi tumpuan kepada mewujudkan keindahan tebing sungai mengabaikan kebersihan hakiki sungai itu sehinggakan masih berbau busuk.

Tiada guna tebing sungai cantik dengan perbelanjaan berjuta ringgit tapi airnya tetap kotor.

Kegagalan agensi kerajaan pusat maupun kerajaan negeri menangani masalah ini jelas membuktikan kelemahan dan kelembapan mereka menguruskan sungai ini. Duit rakyat yang digunakan jutaan ringgit untuk mengindahkan sungai ini akhirnya dibazirkan apabila ianya gagal memberikan keselesaan kepada orang ramai.

Kalau perkara ini berlaku di Kelantan sudah tentu ia akan menjadi isu besar.


MASYARAKAT INDIA DAN CINA BERLUMBA-LUMBA TUBUHKAN KELAB PENYOKONG PAS



Minggu lepas sudah 2 Kelab Penyokong PAS di peringkat kawasan ditubuhkan diseluruh Malaysia. Itu yang kita tahu mungkin banyak lagi yang ditubuhkan tetapi tidak dilaporkan.

Di Dungun Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Ustaz Mujahid Yusof Rawa sendiri merasmikan penubuhan Kelab Penyokong PAS Kawasan Dungun.

Di Bukit Gantang Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Negeri Perak Tn Hj Zainuddin telah merasmikan Penubuhan Kelab Penyokong PAS Kaum India Kawasan Bukit Gantang.

Nampaknya perasaan tidak puas hati bukan Melayu kepada kerajaan semakin membuak-buak. Di harapkan momentum ini akan terus kekal sehingga ke musim pilihanraya nanti.

Gambar Encik Thanarajan sedang menyerahkan borang keahlian kepada Tuan Haji Zainuddin dan Ustaz Nordin Jaafar YDP PAS Kawasan Bukit Gantang sambil diperhatikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Norazli Musa.


KALAU 'MINTA SEDEKAH' SIAPA PUN BOLEH


BANDARAYA MELAKA : Melaka dilaporkan memohon peruntukan bernilai RM14 bilion bagi projek pembangunan dan infrastruktur melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk kajian semula.

Fakta jelas menunjukkan bahawa Melaka tidak dapat berdikari kerana setiap tahun terpaksa memohon jasabaik kerajaan Pusat untuk membuat pembangunan. Tidak hairanlah hutang kerajaan Melaka kepada kerajaan Pusat melambung sehingga RM1.08 bilion pada tahun 2006 sebagaimana laporan Ketua Audit Negara 2006.

Adalah dijangka hutang Kerajaan Negeri Melaka akan meningkat dengan lebih banyak pada tahun 2007 ini.

KALAU MACAM INI CARA MEMERINTAH SIAPA PUN BOLEH JADI KETUA MENTERI, TAK ADA DUIT MINTA SEDEKAH DENGAN KERAJAAN PUSAT.


Monday, 24 December 2007

DOLLAH SEMAKIN KUSUT



Ku sangka matahari akan terus menyinari ku, tetapi mendung jua yang tak kunjung henti, mungkin itulah bait-bait akhir sajak yang di nukilkan oleh Imam Hadhari seandainya beliau menulis sajak sehari dua ini.

Bait-bait sajak itu menggambarkan betapa kusut masainya fikiran Imam Hadhari itu akibat pandangan dan ramalan veteran-veteran Umno bahawa BN akan mengalami kejutan pada pilihanraya umum kali ini andainya Imam Hadhari tersilap langkah.

Sehari dua lepas, Bekas Menteri Kewangan, kesayangan Mahathir, Daim Zainuddin pula tak semena-mena menyatakan bahawa BN dalam keadaan panas di tiga negeri iaitu Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Beliau tidak pula menyebut Kelantan dan Terengganu. Mungkin kedua-dua negeri lubuk PAS itu memang sudah di ramalkan siang-siang lagi akan ditakluki PAS.

Namun ramalan bahawa 3 negeri Pantai Barat itu akan menjadi hotspot sedikit sebanyak menimbulkan keraguan baru kepada Imam Hadhari. Sebelum ini mungkin Imam Hadhari penuh yakin bahawa ketiga-tiga negeri itu sudah hampir pasti terus dicengkam oleh parti Islam Hadhari. Tetapi ramalan Daim yang sememangnya tidak berapa suka berpolitik meninggalkan mimpi ngeri kepada Imam HAdhari.

Antara faktor mengapa Selangor menjadi hotspot kata Daim, jika di Selangor golongan kelas pertengahan ramai yang tidak berpuas-hati dengan beberapa keputusan pihak kerajaan.

Pulau Pinang beliau sifatkan sebagai sebuah negeri yang paling aktif berpolitik. Dasar-dasar kerajaan negeri sering dihalusi oleh rakyatnya dan jika BN tidak beri perhatian kepada rungutan dan ketidakpuasan hati rakyat, tidak mustahil "angin perubahan" akan bertiup di negeri ini.

Oleh sebab betapa gusarnya Imam Hadhari, maka beliau berkata partinya akan mengambil perhatian serius kepada kenyataan Daim itu.


RAKAT TERUS MENDERITA


RAKYAT TERUS MENDERITA. Harga minyak masak terus melambung. Bekalan minyak masak dilaporkan berkurangan di beberapa negeri, termasuk di sekitar ibu kota, menyebabkan harga barang kawalan itu kini meningkat hingga RM2.70 sehingga RM2.80 sekilogram berbanding harga yang ditetapkan RM2.50 sekilogram.

Tinjauan media di beberapa kedai runcit sekitar ibu negara semalam, mendapati peniaga merungut kerana menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan daripada pemborong, namun segelintir lagi mengakui bekalan masih boleh didapati dengan mudah walaupun harganya dinaikkan.

Nampaknya janji manis Shafie Afdal untuk memantau hanyalah omongon kosong bagai menanam tebu dibibir mulut.

Mungkin sudah beribu kali Shafei berjanji untuk melaksanakan pemantauan tapi semuanya hanyalah untuk menyedapkan hati rakyat kerana itu semua mustahil dapat dilakukan.

Kesimpulannya kerajaan yang ada sekarang sememangnya gagal untuk mengawal harga barangan kerana kelembapan dan kelemahan mereka. Sudah sampai masanya rakyat mengajar kerajaan yang ada sekarang pada pilihanraya akan datang.

WAHAI RAKYAT SEMUA GUNAKAN KUASA YANG ADA PADA ANDA UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN BN YANG LEMBAP DAN ZALIM INI. UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF SERTA PEMBANGKANG LAIN.


BN MELAKA LAKUKAN PILIHANRAYA PERCUBAAN SEMALAM


BANDARAYA MELAKA: Seramai 36,838 orang Ketua (K-10) Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka telah pergi menemui 368,378 pengundi dalam Pilihan Raya Percubaan yang dijalankan oleh BN di seluruh negeri Melaka semalam.

Difahamkan mereka berkumpul di 206 bilik gerakan peti undi seluruh Negeri Melaka pada jam 8 pagi tadi dan bergerak menemui para pengundi di bawah seliaan mereka secara serentak.

K-10 atau Ketua 10 adalah jentera yang digunapakai oleh Umno dan BN di mana seorang seorang petugas Umno/BN akan menjaga 10 orang pengundi dengan memastikan kesemua 10 pengundi di bawah seliaan masing-masing turun mengundi dan semestinya mengundi BN.


BN KEDAH KECUT PERUT



Melihat kepada jumlah kehadiran dalam ceramah perdana Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kompleks PAS Kedah malam tadi sudah tentu BN Kedah kecut perut. Manakan tidak kira-kira 100,000 ahli dan penyokong BA berhimpun tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.

Insya Allah, BN Kedah akan kecundang kali ini, demikian kata-kata ahli PAS Melaka bila membaca laporan Harakahdaily pagi ini.

"Kalau macam ni Mahdzir Khalid pasti tak senang duduk" tambahnya.


TIADA DEMOKRASI DALAM BN


Melaka : Dalam BN semua pemimpin bawahan dan ahli parti mesti menjadi 'Yes Man' tidak boleh mengkritik pemimpin atau parti walaupun parti atau pemimpin mereka jelas melakukan kesalahan.

Bagi BN dan pemimpinnya mereka semua adalah 'maksum' tidak pernah melakukan kesalahan.

Itulah yang terjadi kepada Naib Ketua Pemuda Gerakan, S.Paranjothy yang mungkin akan dikenakan tindakan keras kerana mengkritik kepimpinan negara dan BN.

Baru-baru ini, S.Paranjothy mengeluarkan kenyataan yang telah disiarkan dalam Internet mendakwa UMNO merupakan salah satu punca mengapa kaum India terpinggir di negara ini.

Beliau menyatakan pemimpin UMNO gemar menjadikan parti komponen BN sasaran serta menjadikannya batu loncatan untuk mengekalkan populariti UMNO dalam kalangan masyarakat Melayu.

Berikutan dengan tindakan Paranjothy itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendesak Tsu Koon segera memberi penjelasan berhubung kenyataan Paranjothy itu.

Dalam nada keras, Hishammuddin berkata, kalau penjelasan tersebut gagal diberi atau tidak memuaskan, tidak mustahil Pemuda UMNO serta BN akan memutuskan hubungan dengan parti Gerakan.

Akhirnya media hari ini melaporkan bahawa Parti Gerakan telah memulakan tindakan tatatertib terhadap S. Paranjothy kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan masyarakat majmuk di negara ini.

Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, tindakan tersebut juga diambil kerana perbuatan Paranjothy didapati membelakangkan semangat Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, kes tersebut telah dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti itu untuk siasatan sebelum dibawa kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CCC) bagi tindakan selanjutnya.

“Kami memandang serius perbuatannya mengkritik pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dan mengeluarkan kata-kata keras untuk menyerang parti komponen BN secara terbuka.

“Ia perbuatan yang kasar dan amat tidak wajar,” kata Tsu Koon pada sidang akhbar di pejabat parti Gerakan di Pulau Pinang semalam.


Friday, 21 December 2007

HAYATI PERISTIWA KORBAN UNTUK TINGKATKAN JIHAD PERJUANGAN



BUKIT KATIL : Pemuda mesti menghayati pengorbanan Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim dalam meneruskan perjuangan menegakkan Islam di bumi Malaysia ini.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Ustaz Hj Abu Bakar Ramle (gambar) dalam kenyataannya pagi ini mengingatkan seluruh pemuda terutama di ahli-ahli Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil supaya mencontohi semangat pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan diri demi menyahut perintah Allah ke atas bapanya Nabi Ismail.

"Ismail yang ketika itu masih di usia remaja, sanggup meyahut perintah Allah tanpa sebarang alasan dan bangkangan walaupun terpaksa menyerahkan nyawanya, pemuda mesti meneladani semangat beliau, Insya Allah jika ini dapat dilakukan Islam akan kembali gemilang di dunia ini".

"Para bapa pula mesti mewakafkan anak-anak mereka untuk berjuang Islam, jangan ada ibubapa yang 'kedekut' untuk mewakafkan anak-anak masing, mereka mesti diasuh dan seteruskan di galakkan untuk berjuang menegakkan Islam" tegas Ustaz Abu Bakar yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Bukit Katil.

Sementara itu Unit Amal Pemuda Kawasan juga sekarang ini berada dalam keadaan siap sedia untuk membantu mangsa banjir sekiranya perkara yang sama berlaku seperti tahun lepas.

Ketuanya, Ustaz Abu Bakar Ramle berkata, kira-kira 20 orang ahli Unit Amal diminta bersiap sedia bila-bila masa andainya sebarang kejadian banjir berlaku.

Tahun lepas beberapa buah kampung dan taman di kawasan Bukit Katil ditenggelami air selama kira-kira 3 hari. Antaranya Ayer Molek, Taman Merdeka, Melaka Baru, Sg Putat dan lain-lain.


SAMY VELLU BIJAK AMBIL KESEMPATAN


MELAKA : Presiden MIC, S. Samy Vellu bijak mengambil kesempatan di atas isu Hindraf apabila terus mendesak kerajaan supaya memberikan lebih perhatian kepada kaum India. Malam tadi Samy Vellu dalam rancangan 60 minit bersama menteri di saluran RTM, sekali lagi secara terbuka mendesak kerajaan supaya memberikan lebih peruntukan untuk kaum India.

“Ada juga yang sudah bertanya mengapa (perkara) yang mereka mohon belum ditunaikan, jadi saya telah memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagilah masyarakat India lebih sikit (dalam program pembangunan negara) dengan mengambil kira sejarah mereka. Perdana Menteri dah bersetuju untuk menimbangkan,” kata Samy Vellu, yang juga Menteri Kerja Raya dalam satu program wawancara yang disiarkan secara langsung oleh RTM1 malam tadi.

Untuk menyokong desakannya Samy Vellu bijak memainkan isu apabila mengakui demonstrasi jalanan yang dianjur sebuah perkumpulan haram baru-baru ini sedikit-sebanyak menjejaskan kesetiaan masyarakat India kepada kerajaan

Berdasarkan maklum balas yang diterimanya, Samy Vellu berkata ada dalam kalangan masyarakat India yang mula mempersoalkan mengapa masalah yang mereka bangkitkan ini belum diselesaikan kerajaan.

Lihat bagaimana bijaknya Samy Vellu mengeksploitasikan isu ini.

Ada pihak membuat andaian bahawa kemungkinan juga Hidraf ini dirancangkan oleh seseorang yang licik pandangan politiknya. Hindraf mungkin mengangkat bola tanggung dan di'smash' pula oleh orang dalam kerajaan. Siapa tahu? Yang penting kaum India dapat habuannya.

Malangnya orang Melayu terus menjadi 'yes man' kepada kerajaan tanpa menyedari sebenarnya orang Melayu jauh ketinggalan dari kaum lain dari segi pendapatan perkapita, ekonomi dan pendidikan.


Wednesday, 19 December 2007

KESAL JALAN DI TUTUP


Batu Berendam : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil kesal dengan tindakan pihak berwajib menutup jalan yang menghubungkan Lapangan Terbang Batu Berendam - Taman Merdeka dan Taman Angkasa Nuri yang mengakibatkan kesesakan jalan yang teruk di sekitar jalan masuk dari Pasar Borong ke Taman Merdeka.

Jalan tersebut yang ditutup kira-kira seminggu lalu untuk kerja-kerja menyiapkan Lapangan Terbang Batu Berendam yang diperbesarkan.

DPPBK kesal kerana jalan alternatif tidak dibina terlebih bagi menggantikan jalan yang ditutup.

AJK DPPBK, Khairuddin Ismail dalam kenyataannya kepada blog, hairan mengapa pihak-pihak berwajib tidak dapat berfikir secara waras dengan menutup jalan yang sibuk tersebut.

"Jalan nak tutup pun kenalah buka jalan alternatif dulu, orang biasapun boleh fikir, ini belum buka sekolah lagi, kalau buka sekolah nanti 'jam' lebih teruklah".

"Budak kevik pun boleh fikir" kata Khairuddin yang tinggal di Taman Angkasa Nuri.

DPPBK katanya, membantah keras penutupan jalan ini dan menggesa satu jalan baru dibina secepat mungkin.


Tuesday, 18 December 2007

DPPBK KUTUK CAMPURTANGAN POLITIK DALAM KES HINDRAF DAN BATU BUROK.


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil(DPPBK) 'menyanjung tinggi' tindakan Peguam Negara kerana sekali tunduk kepada desakan politik apabila menggugurkan tuduhan cubaan membunuh ke atas 31 individu yang terlibat dalam perhimpunan anjuran Hindraf 25 November lalu.

Mengapa setelah ada campurtangan Imam Hadhari baru ianya digugurkan. Jelas ia bukannya keputusan Peguam Negara sendiri. Peguam Negara hanyalah boneka yang boleh dicucuk hidungnya.

Ini jelas menunjukkan ujudkan campurtangan kuasa politik dalam negara kita dan juga menggambarkan bahawa institusi kehakiman di negara kita tidak bebas.

DPPBK mempertikaikan mengapakah pengguguran dilakukan hanya selepas Perdana Menteri, Imam Hadhari meminta Peguam Negara mengkaji semula pertuduhan ke atas 31 demonstran Hindraf atas alasan 'mereka diperdaya pimpinan Hindraf dan sudah insaf.'

Mengapa pula peguam negara tidak menggugurkan tuduhan ke atas Suwandi Abdul Ghani dan Azman Aziz yang dituduh cuba membunuh anggota Polis dalam insiden di Batu Burok. Sedangkan yang menjadi mangsa tembakan ialah mereka berdua bukannya anggota Polis tersebut.

Nampak jelas bahawa Imam Hadhari tidak mahu bertolak ansur dalam kes Batu Burok tetapi menghina mahkamah dalam kes Hindraf.

Suwandi dan Azman ditembak seorang anggota polis dengan menggunakan peluru hidup dalam tragedi berdarah Batu Burok, Terengganu pada 8 September lepas.

Mereka menghadapi empat tuduhan, antaranya didakwa kononnya menunjukkan kekerasan jenayah untuk menakutkan pegawai polis yang menjalankan tugas yang sah di sisi undang-undang, dan dengan sengaja cuba menyebabkan cedera parah kepada Wan Aziz Wan Omar, katanya.

Sehingga kini rakyat terus tertanya-tanya, apakah hasil siasatan polis ke atas pegawai polis berkenaan yang melepaskan tembakan sehingga menyebabkan Suwandi dan Azman cedera parah.

Amat menjelekkan, mangsa tembakan ditahan dan didakwa, sebaliknya si penembak terus bebas berkeliaran di luar, katanya.

DPPBK menggesa tuduhan ke atas mereka digugurkan dengan segera dan dibebaskan tanpa syarat.

DPPBK mengutuk sekeras-keras tindakan pilih kasih Imam Hadhari dan Peguam Negara dalam kedua-dua isu ini.

Sofi Wahab
Ketua DPPBK


Monday, 17 December 2007

JENTERA PAS LEBIH HEBAT DARI JENTERA KERAJAAN TANGANI BANJIR



Temerloh : Ketika pihak media mendedahkan kononnya penglibatan pihak NGO dalam membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh Negara pada tahun ini sangat berkurangan berbanding di Johor tahun lepas, PAS dan sukarelawannya dari Pasukan Unit Amal yang telah terkenal dengan jolokan Tentera Merah mendahului pihak-pihak lain menghulurkan bantuan kepada seluruh mangsa banjir tanpa mempedulikan latar belakang pegangan politik.

Di Temerloh, Pengarah Operasi Bantuan Banjir PAS Kawasan Temerloh , Saudara Syed Hamid mengakui pihaknya telah membelanjakan lebih RM 15 Ribu bagi membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan tersebut.

Tambah Syed Hamid,lebih 700 keluarga yang terlibat dalam banjir terbesar sejak 30 tahun telah menerima sumbangan dari PAS Temerloh.

“Terdapat Pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menghubungi saya mengakui PAS merupakan organisasi yang terkehadapan dalam membantu mangsa banjir", ujar beliau.

Sementara itu PAS Kawasan Maran telah mengeluarkan belanja mencecah RM 10 Ribu untuk membantu hamper 500 keluarga yang terlibat dengan banjir.

Ketua Lujnah Kebajikan PAS Kawasan Maran,Saudar Jaafar Mat Tam berkata, Chenor menjadi daerah teramai melibatkan perpindahan mangsa banjir.

PAS kawasan telah membuka bilik operasinya semenjak 10 Disember yang lalu.

Tambah Jaafar, selain menyalurkan bantuan beras, air bersih menjadi keperluan utama penduduk yang menjadi mangsa banjir.

Setakat ini Umno di kawasan tersebut belum menampakkan kesungguhan untuk membantu mangsa banjir.

Sementara itu Yang DiPertua PAS Kawasan Maran, Tuan Guru Hj Mohd Baki Othman berkata sepanjang hamper 40 tahun mendiami Kampung Lanting, Chenor dan beberapa kali menjadi mangsa banjir, ahli-ahli PAS seringkali dianaktirikan oleh pemimpin Umno dalam pengagihan bantuan banjir.

“Tidak pernah sekali Tok Empat datang bertanya saya, tidak pernah sebiji beras,sesudu gula mahupun seekor bilis saya terima dari mereka setiap kali berlaku banjir,mereka memang cukup diskriminasi”, ujar beliau.

Bagi kawasan Felda di Jengka, banjir yang melanda pada 10 Disember lalu adalah di luar jangkaan penduduk.

Seorang anak peneroka Felda Jengka 15,Engku Nurzaman Engku Muhammad 38 tahun mendedahkan, sepanjang menetap di Jengka semenjak lebih 30 tahun lalu,inilah kali pertama banjir melanda seluruh Jengka.

Katanya, pada tahun 1988 pernah berlaku sedikit banjir yang menenggelamkan jalan raya menghubungkan Jengka 15 dan 16,tetapi hanya sekitar satu kaki sahaja.

Tetapi kata beliau, banjir kali ini hamper menenggelamkan hingga paras leher beliau.

Sementara itu Pengarah Amal Kawasan Kuala Krau,Ustaz Aris Faizul Ismail berkata walaupun tanpa persedian menghadapi banjir , pihaknya bertindak pantas mengarahkan semua anggota amal menjalankan operasi bantuan sebaik saja banjir mulai melanda sekitar jam 9 malam.

Operasi Unit Amal yang pertama ialah memindahkan mereka yang terperangkap di dalam kenderaan di jalanraya Jengka 15&16 yang pertama ditenggelami air.


“Kmi juga turut membantu mengeluarkan kenderaan yang tenggelam di dalam banjir di Matau Bandar Pusat Jengka.” ujar beliau.

Pada malam tersebut juga Unit Amal telah mewujudkan Unit Kawalan yang meninjau kawasan-kawasan berpotensi dinaikki air.

Seawal5.30 pagi terdapat penyokong Umno yang menghubungi Unit Amal memohon bantuan memindahkan barang-barang kerana rumah dinaiki air.

Pada hari pertama banjir, Unit Amal bersama Pemuda PAS DUN Jengka telah menyediakan makanan untuk mereka yang terperangkap di dalam banjir. Bantuan makanan harian juga terus dilaksanakan hari ini.

Unit Amal juga sedang bertungkus lumus menjalankan operasi pembersihan di rumah-rumah mangsa banjir.

Bagi penduduk Matau Bandar Pusat Jengka, sumbangan yang disampaikan oleh PAS MTD Jengka adalah sumbangan pertama yang pernah mereka terima semenjak beberapa hari menjadi mangsa banjir.

Seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap kebajikan penduduk Matau,Encik Sabri berkata pihak kerajaan telah beberapa kali meminta senarai mangsa banjir daripada beliau tetapi hingga hari ini tiada sebarang sumbangan diterima.

Seorang pemimpin wanita Umno di Matau melahirkan rasa kecewanya kerana pemimpin yang mereka angkat selama ini tidak langsung menunjukkan kesungguhan untuk membantu mereka.

Beliau yang di kenali sebagai Mak Cik Odah mengakui selama ini di rumah beliaulah mesyuarat-mesyuarat Umno di adakan, tetapi ternyata sokongan nya kepada parti tersebut tidak mendatangkan hasil. (Kini baru kau sedar - Nasi belum menjadi bubur yang penting Pilihanraya Nanti jangan pangkah BN lagi)

Laporan : Fezul Jengka dlm Tranungkite


BEBASKAN MELAKA DARI CENGKAMAN UMNO


Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman berkatara, Melaka mesti dibebaskan dari cengkaman Umno BN yang merosakkan rakyat dan negeri.

"Rakyat mesti tukar kerajaan yang ada pada hari ini dengan kerajaan bersih, adil dan telus serta kuat".

"Kita tidak mahu rakyat negeri ini terus diperintah di bawah kerajaan yang rasuah, zalim dan lemah" kata Ustaz Ghani

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada program Himpunan Jentera Pilihanraya PAS "GEGAU" Melaka di sini semalam.

"Pemimpin Umno hari ini kaya raya, rakyat miskin dan menderita. Selain itu rakyat sering diugut dengan bermacam-macam ugutan jika tidak menyokong Umno".

Babi di Paya Mengkuang sudah 50 tahun dibiarkan, baru sekarang kerajaan terhegeh-hegeh mengambil tindakan, mengapa sebelum ini ianya dibiarkan"tanya Ustaz Ghani.

Ketika menyampaikan ucapannya, beliau membayangkan bahawa PAS Melaka akan membuat kejutan dengan memenangi beberapa kerusi pada Pilihanraya kali ini berdasarkan perkembangan semasa di mana kecenderungan pengundi Cina dan India untuk menyokong pembangkang.


Sunday, 16 December 2007

ISA simbol penyeksaan


AMNESTY International Malaysia amat dukacita bahawa 50 tahun selepas Merdeka, dan pada ulangtahun ke-20 Operasi Lallang, kerajaan Malaysia sekali lagi menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menghapuskan aktiviti politik dan sosial yang aman, dan juga kritikan membina daripada badan bukan kerajaan dan juga gagasan-gagasan masyarakat yang lain.

Penahanan ISA hari ini dengan jelas berniat untuk menghadkan perbincangan yang penting tentang isu polisi, ekonomi, rasuah dan cabaran sosial yang lain.

Lagipun, aktivis hak asasi seluruh dunia sudah lama mengecam ISA sebagai melanggar prinsip antarabangsa. Ironisnya, kerajaan Malaysia masih tidak segan menggunakan ISA walaupun Malaysia sekarang menjadi ahli Majlis Hak Asasi Manusia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Amnesty International Malaysia juga sangat bimbang sekarang kerana ISA merupakan satu symbol penyeksaan yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Awal tahun ini, keputusan mahkamah tentang kes Malek Hussin, seorang bekas tahanan ISA, membuktikan bahawa penyeksaan tahanan ISA sememangnya berlaku dan ia adalah satu perkara yang serius.

Amnesty International Malaysia menekankan bahawa ISA adalah satu undang-undang yang digunakan untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia. ISA merupakan simbol penyeksaan dan ketidakadilan yang paling ketara di Malaysia dan kami mendesak pihak pemerintah supaya memansuhkan ISA dengan segera.

SHANON SHAH MOHD SIDIK
Pengarah Eksekutif
Amnesty International Malaysia


The Star


MELAKA 'BERGEGAU' HARI INI



Telok Mas : Kira-kira 1,000 petugas Pilihanraya yang terdiri dari semua lapisan ahli PAS seluruh negeri telah 'mengGEGAUkan' Melaka hari ini. Mereka telah berhimpun di Balai Islam Telok Mas sejak jam 8.00 pagi bagi menyertai Program Himpunan Jentera Pilihanraya PAS Melaka yang bertemakan GEGAU Melaka.

Program yang julung kali di adakan di Melaka selepas Pilihanraya Umum 2004 ini berjaya mengumpulkan semua petugas pilihanraya setiap kawasan bagi mendengar amanat Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Dalam amanatnya Presiden menegaskan bahawa seluruh jentera PAS setiap mesti bersiap siaga dengan segala kelengkapan guna untuk berhadapan dengan segala tipu muslihat BN yang sudah pasti akan lebih 'ganas' pada pilihanraya akan datang.

"BN sedang kepanasan sekarang, sudah pasti mereka akan menggunakan segenap jentera kerajaan dan SPR untuk memastikan mereka menang sekali lagi".

"Jadi kita mesti bersedia dari semua segi untuk menangkis apa juga serangan dan tipu muslihat mereka"tegas Tuan Guru Presiden.

Turut berucap pada program itu ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Negeri Melaka, Mejar (B) Jasme Tompang.

Sementara itu di sebelah petangnya Dewan Pemuda PAS Negeri menganjurkan program gerak gempur jentera pilihanraya pemuda di tempat yang sama.

Kira-kira 300 orang pemuda menghadiri program tersebut yang dirasmikan oleh Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ahmad Nazri Chik.

Semua Dewan Pemuda PAS Kawasan menghantar wakil-wakil masing. Kontinjen paling ramai datang dari Kawasan Bukit Katil.


BEBASKAN SEMUA TAHANAN ISA


PAS menuntut semua tahanan ISA yang sedang ditahan di Kem Tahanan Kamunting dibebaskan tanpa syarat atau didakwa di mana-mana mahkamah.

PAS tidak menyokong apa yang dibangkitkan oleh Hindraf tetapi parti itu mengutuk keras penggunaan ISA untuk menahan lima pemimpin pergerakan tersebut kelmarin, kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar.

“Penyalahgunaan ISA adalah tidak wajar bagi sebuah negara demokrasi yang mempunyai undang-undang untuk mendakwa kesalahan mereka jika kerajaan benar-benar mempunyai bukti.

“Tindakan ini menunjukkan bahawa kerajaan BN takut untuk melalui proses undang-undang yang adil iaitu mendakwa mereka di mahkamah,” kata Mahfuz dalam satu kenyataan.

Menurut Mahfuz, penggunaan ISA oleh kerajaan juga merupakan suatu bentuk rampasan kuasa mahkamah di negara ini.

Katanya, PAS berpandangan bahawa pemimpin Hindraf telahpun didakwa di bawah Akta Hasutan sebelum ini.

“Bahkan ada pemimpin mereka dikenakan ikatjamin sehingga RM50,000. Sepatutnya kerajaan meraikan proses undang-undang ini dan membuktikan kesalahan mereka di mahkamah,” tambahnya.

Menurutnya lagi, penggunakan ISA tidak menyelesaikan masalah tersebut kerana ia akan menimbulkan kemarahan orang India dan penganut Hindu, sekali gus memanaskan hubungan antara kaum di negara ini.

‘Sengaja diperbesarkan’

“Penahanan ini akan “mengherokan” pemimpin Hindraf dan mereka akan dianggap pahlawan oleh penganut Hindu,” kata Mahfuz.

Beliau berkata, PAS percaya penahanan ISA ini tidak terhenti setakat pemimpin Hindraf sahaja, sebaliknya akan merebak kepada pemimpin pembangkang yang lain.

“Penahanan pemimpin Bersih di Parlimen minggu lepas dan pendakwaan ke atas pimpinan pembangkang yang lain serta peguam di Mahkamah Seksyen Jln Duta, dengan Peguam Negara berusaha mempengaruhi mahkamah supaya tidak membenarkan ikat jamin ke atas mereka, menggambarkan percubaan awal menggunakan ISA pintu belakang.

“PAS percaya setelah percubaan ini gagal maka penggunaan ISA yang sebenar akan dikuatkuasakan kerana Umno/BN sudah terdesak untuk menghadapi pilihanraya dan mereka berusaha untuk melemahkan pembangkang secara belakang tabir,” tambahnya.

Beliau mendakwa, isu-isu perkauman yang ditimbulkan Hindraf sengaja dibesar-besarkan untuk menutup isu penyelewengan kerajaan dan kemunafikan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).


TIMBANGKAN PERMINTAAN NGO INDIA. BAGAIMANA DENGAN SUWANDI DAN AZMAN DI TERENGGANU?


Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan meminta Peguam Negara Gani Patail untuk mempertimbangkan rayuan menggugurkan dakwaan cubaan membunuh yang dikenakan terhadap 31 orang yang ditahan dalam perhimpunan haram di Batu Caves, bulan lepas.

Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata beliau telah meminta Peguam Negara untuk mempertimbangkan perkara itu secepat mungkin.

Katanya beliau bersimpati dengan 31 orang yang didakwa itu dan percaya mereka dipesongkan oleh penganjur perhimpunan haram itu.

Tetapi malangnya Imam Al Badawi tidak pula bersimpati kepada 2 mangsa tembakan Polis iaitu Suwandi dan Azman yang tercedera dalam Peristiwa Batu Burok, yang ditahan di penjara kerana di tuduh cuba membunuh Polis da tidak dibenarkan ikat jamin.

Inilah sikap 'double standard' Imam Badawi yang jelas tunduk kepada pihak tertentu tetapi tiada belas kasihan kepada kedua-dua Pemuda PAS tersebut.

Imam Al Badawi harus sedar bahawa tindakan menuduh Suwandi dan Azman adalah tidak masuk akal kerana kedua-dua mereka tidak ada senjata malah tidak menunjukan sikap untuk membunuh Polis tersebut pada masa kejadian.

Namun kerana busuk hati dan ingin melepaskan diri maka, kedua-dua mereka yang dituduh bersalah sedangkan Polis yang menembak mereka seolah-olah ingin membunuh terlepas.

Hukumlah sekuasa kamu dapat menghukum, kamu hanya dapat menghukum di dunia ini sahaja ..............


Saturday, 15 December 2007

PAK LAH BONGKAK GILA KUASA


ISA jelas dan nyata bertentangan dengan Islam kerana menghukum tanpa bicara, sebagaimana jelas dan nyata haramnya daging babi.

Apabila Pak Lah kata "beliau tidak rasa bersalah dan juga bersedih menjatuhkan hukuman ISA kepada siapa sahaja" samalah seperti beliau berkata "beliau tak rasa bersalah untuk memakan babi" atau "beliau berkata tak rasa bersalah gosok bahu bukan mahram malah lebih daripada itu pun tak apa.


Tranungkite


PROGRAM JOM TURUN PADANG DI UPU TAMAN TUN RAHAH


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil meneruskan program siri Jom Turun Padang (JTP) di DUN Bukit Baru pagi ini. Program yang dijalankan di Peti Undi Taman Tun Rahah itu telah mendapat sambutan yang di luar dugaan.

Seramai 20 orang petugas terdiri dari ahli Pemuda dan UPU terbabit telah sama-sama mengedarkan risalah di seluruh pelusuk Peti Undi tersebut.

Kira-kira 400 set risalah telah diedarkan di keseluruhan lokaliti.

Turut sama dalam program pagi tadi ialah Yang Dipertua PAS Kawasan, Hj Bakrin Sidek; Setiausaha PAS Kawasan, Hj Salamat Aman; Ketua Penerangan PAS Kawasan, Khirul Che Salleh serta ahli Pemuda dan penduduk setempat.

Peti Undi Taman Tun Rahah ialah peti undi baru yang diujudkan oleh SPR baru-baru ini. Ianya adalah pecahan kepada Peti Undi Bukit Katil.


JANGAN LUPA HIMPUNAN GEGAU MELAKA DAN HIMPUNAN PEMUDA ESOK


Kepada seluruh ahli dan penyokong PAS diingatkan agar turun beramai-ramai ke program himpunan Gegau Melaka dan Himpunan Pemuda esok.

Program akan bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5 petang dimulakan dengan Himpunan Gegau jentera pilihanraya negeri dan diikuti Himpunan Pemuda pada sebelah petangnya.

Kedua-dua program tersebut dijalankan di tempat yang sama iaitu Balai Islam Telok Mas.

Tuan Guru Presiden PAS akan menyampaikan amanat kepada seluruh rakyat negeri Melaka.


Friday, 14 December 2007

BEKAS TUKANG MASAK JADI CANSELOR UNIVERSITI


KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Jeanne Abdullah semalam dimasyhurkan sebagai Canselor kedua Universiti Terbuka Malaysia (OUM), sempena Konvokesyen Kelima universiti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Jeanne menggantikan Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood, yang meninggal dunia akibat barah payu dara pada 20 Oktober 2005.

Sebagai rekod, sebelum Jeanne menjadi isteri perdana menteri Abdullah, beliau adalah seorang tukang masak di kediaman rasmi perdana menteri. Dikatakan bibit-bibit percintaan di antara bekas tukang masak ini dengan Abdullah mula berkembang sejak kematian Endon.

Bekas tukang masak ini menerima watikah pelantikan daripada Presiden yang juga Naib Canselor OUM, Prof Tan Sri Dr Anuwar Ali. Hadir sama, Pro Canselor OUM, Tan Sri Azman Hashim dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed.

Bekas tukang masak ini menjadi isteri perdana menteri yang mengamalkan ajaran "Islam Hadhari" tidak menutup aurat sedangkan isteri Abdullah Gul (perdana menteri Turki) memakai tudung walaupun memerintah di sebuah negara yang masih kuat akar umbi sekularnya.

Negara Sekular Turki tentu berasa bertuah sekiranya mendapat seorang wanita tidak bertudung persis bekas tukang masak ini menjadi 'First Lady' mereka. Sangat bersesuaian dengan prinsip sekular dan anti Islam mereka.

Malaysia pula tentu berasa bangga mendapat seorang 'First Lady' yang bertudung; bersesuaian dengan pengisytiharan Malaysia sebagai negara Islam ……selayaknya seorang muslimat memakai tudung kepala dan menutup auratnya.

Menjadi persoalan apakah kelulusan akademik bekas tukang masak ini sehinggakan diangkat menjadi Canselor OUM. Ramai juga bertanyakan sekiranya bekas tukang masak ini tidak hebat dari segi kelayakan akademiknya, namun apakah pula sumbangannya kepada negara selama ini, atau hanyalah sekadar memberi sumbangan besar kepada Abdullah Badawi.

Oleh : Rakan Baik Khairy Jamaludin
Tranungkite


POKOK DITANAM, LONGKANG DIBIARKAN TERSUMBAT


Melaka : Pengguna-pengguna Jalanraya Melaka-Muar merungut kerana perjalanan mereka terganggu terutama di kawasan sekitar Semabok disebabkan kerja-kerja menanam pokok di tengah jalan sehala kerana pekerja seringkali meletakkan plastik merah sebagai isyarat sebahagian jalan ditutup.

Kerja-kerja menanam pokok ini berlarutan sehingga ke malam hari dan ianya mengganggu lalu-lintas terutama pada waktu puncak seperti sebelum jam 8.00 pagi dan sekitar jam 5.00 petang keatas.

Seorang pengguna, Nasry Aripin, 33 kesal dengan masalah lalulintas disebabkan kerja-kerja menanam pokok ini.

"Pokok tersebut memang sepatutnya ditanam tetapi kerja-kerja membaiki longkang dan mengindahkan longkang lebih utama dan sepatutnya diselesaikan dulu." ujarnya yang setiap hari menggunakan Jalan Melaka-Muar untuk ke tempat kerja.

Sementara itu, Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka, Khirul Che Salleh melahirkan kekesalan disebabkan kegagalan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah mengenalpasti masalah sebenar di sepanjang jalan tersebut.

Menurut Khirul, masalah di jalan tersebut bukannya masalah tiada pokok tetapi masalah longkang tersebut yang mencacatkan kecantikan persekitaran jalan.

"Pokok-pokok bukan tidak perlu ditanam tetapi 'priority' mesti diberikan kepada pembersihan longkang tersumbat, lebih-lebih musim hujan dan banjir ini."

"Kita lihat longkang-longkang itu tiada penghujungnya air akan berkumpul dihujung longkang yang tersumbat dan ianya benar-benar mencacatkan pemandangan jalan tersebut, di samping mungkin akan berlaku banjir kilat bila-bila masa" kata Khirul.


SEBELAH JALAN DIGENANGI AIR DI LAMPU ISYARAT BERHAMPIRAN KILANG INFENION


Hujan lebat sebentar tadi menenggelamkan separuh jalan di persimpangan Lampu Isyarat berhampiran Kilang Infenion di Melaka Baru.

Anda diminta berhati-hati apabila melalui jalan tersebut.


PAS MELAKA DESAK PEMIMPIN HINDRAF DIBEBASKAN SERTA MERTA DAN ADILI MEREKA DI MAHKAMAH


PAS Melaka amat kesal di atas tindakan Kerajaan Islam Hadhari terus menzalimi rakyat dengan menahan 5 orang pemimpin Hindraf menggunakan akta rimba, ISA. Mengapa ISA digunakan sedangkan terdapat undang-undang lain yang boleh digunakan untuk mendakwa mereka seperti akta hasutan dan sebagainya.

Kelima-lima yang ditahan ialah P.Uthayakumar, M.Manoharan, R. Kenghadharan, V. Ganabatirau dan T. Vasanthakumar.

Penahanan mereka menggunakan ISA merupakan suatu kezaliman yang tidak boleh dimaafkan. Seperti yang semua sedia maklum ISA merupakan akta zalim yang menahan mangsa tanpa dibicarakan. Tahanan boleh terus dihukum maksimum penjara 2 tahun tanpa dibenar membela diri.

PAS Melaka membantah sekeras-kerasnya penahanan kelima-lima pemimpin Hindraf ini. Kami mendesak agar mereka dibebaskan serta merta. Jika mereka ini bersalah sila bawa dan hadapkan mereka ke mahkamah. Berikan peluang untuk mereka membela diri.

Sesungguhnya undang-undang Islam memberikan seluas-luasnya peluang untuk orang yang dituduh membela diri. Mereka tidak akan disabitkan kesalahan selagi tidak dibuktikan di Mahkamah.

Selagi lagi PAS Melaka mendesak kerajaan Islam Hadhari supaya membebaskan semua pemimpin Hindraf ini serta tahanan-tahanan ISA yang lain dan sila bawa kes mereka ke mahkamah.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka


Thursday, 13 December 2007

TUTUP SEMUA HOTEL MURAH DAN RUMAH TUMPANGAN


MELAKA: Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Hj Bakrin Sidek berkata pertambahan hotel dan pusat penginapan, ternyata diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang dipercayai menjalankan kegiatan ‘kotor’ untuk mengaut keuntungan.

Menurut Bakrin, hotel murah dan rumah tumpangan tersebut menyediakan rumah urut murahan, selain memberi kebenaran kepada remaja termasuk pelajar sekolah dan pusat pengajian tinggi menyewa bilik untuk melakukan maksiat.

"Cuti umum dan hujung minggu digunakan oleh muda-mudi memadu asmara dan melakukan maksiat di rumah tumpangan dan hotel murah itu".

"Kita bukan anti hotel atau rumah tumpangan tetapi mereka sendiri mestilah mematuhi undang-undang dan janganlah berniaga perkara kotor seperti ini".

"Malangnya kerajaan terus membiarkan hotel murah dan rumah tumpangan ini terus beroperasi atas alasan menarik pelancong" kata Bakrin.

Bakrin berkata, undang-undang negeri ini yang tidak berasaskan Islam ternyata gagal membendung dan mencegah kegiatan maksiat yang terus meningkat dari masa ke semasa.

“Mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 seseorang Islam yang didapati bersalah dengan kegiatan seperti ini akan didenda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

"Undang-undang ini jelas bercanggah dengan undang-undang Islam dan ianya terbukti gagal memberikan kesedaran dan peringatan kepada orang Islam menyebabkan maksiar terus meningkat" tambah Bakrin.

Bakrin menyarankan rakyat Melaka supaya mengambil iktibar dari pertambahan kes maksiat ini supaya menilai semula sokongan mereka kepada kerajaan BN kerana ternyata kerajaan BN gagal mencegah kegiatan maksiat malah tetap berdegil tidak mahu melaksanakan hukum Islam sebagai penyelesai semua masalah.

"Pilihanraya akan datang pastikan PAS dan BA menang Insya Allah kita akan dirikan sebuah kerajaan yang adil dan kita akan berusaha mencegah kegiatan maksiat seperti ini dari terus menular" ujar Bakrin.

Dari tinjauan kami antara kawasan hotel murah dan rumah tumpangan yang popular ialah di sekitar Jalan Munshi Abdullah.


HIMPUNAN PEMUDA MELAKA 2 PTG 16 DIS


Serentak dengan Himpunan Gegau Melaka anjuran Jentera Pilihanraya Negeri (JPN), Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka juga mengadakan Ijtimak Pemuda Negeri pada hari dan tempat yang sama tetapi bermula pada jam 2.00 petang iaitu selepas Himpunan Gegau berakhir.

Seluruh jentera Pemuda di peringkat akar umbi dijemput hadir. Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nazri Chik akan menyampaikan amanat Dewan Pemuda PAS Pusat dalam himpunan tersebut.


Wednesday, 12 December 2007

ANGGOTA SURUHANJAYA DIRAJA PITA LINGAM DIUMUMKAN


Kuala Lumpur : 5 orang ahli Suruhanjaya Diraja mengenai pita VK Lingam, diketuai Bekas Hakim Besar Malaya, Haidar Mohamed Noor diumumkan hari ini.

Ahli-ahli lain adalah Bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak,Steve Shim; Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Mahadev Shankar; Bekas solicitor-general Zaitun Zawiyah Puteh dan Ahli Sejarah serta Pesuruhjaya Suhakam, Khoo Kay Kim.

Ketua Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, Abdullah Sani Hamid bertindak sebagai Setiausaha.

Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembentukan Suruhanjaya itu hari ini.

Menurutnya, bidang tugas suruhanjaya tersebut ialah:

- Untuk menyiasat dan menentukan kesahihan rakaman klip video berkenaan;

- Untuk menyiasat dan mengenal pasti identiti orang yang terdapat dalam klip video tersebut, kepada siapa dia sedang bercakap dan orang-orang yang disebut dalam perbualan itu;

- Untuk menyiasat dan menentukan kebenaran isi kandungan percakapan dalam klip video tersebut;

- Untuk menentukan sama ada terdapat apa-apa salahlaku oleh orang atau orang-orang yang dikenal pasti atau disebut dalam klip video tersebut; dan

- Untuk mengesyorkan apa-apa tindakan yang sesuai untuk diambil terhadap orang atau orang-orang yang dikenal pasti atau disebut dalam klip video itu sekiranya orang atau orang-orang itu didapati telah melakukan sebarang salah laku.

Suruhanjaya berkenaan dikehendaki menyiapkan siasatannya dan mengemukakan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa tiga bulan dari tarikh tualiah dikeluarkan.

Menurut kenyataan itu lagi, Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 5 Disember lalu telah membincang dan bersetuju dengan keanggotaan suruhanjaya tersebut, bidang tugasnya dan tempoh siasatan untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Sehubungan itu, Seri Paduka telah memperkenan penubuhan suruhanjaya siasatan mengenai rakaman klip vIdeo yang mengandungi imej seorang yang dikatakan sebagai peguambela dan peguam cara berbual melalui telefon mengenai urusan pelantikan hakim-hakim, mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119), berkuatkuasa mulai hari ini.


KAMI TINDAK GENTAR


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) menegaskan bahawa kami tidak gentar menghadapi apa jua tekanan dan tidak pula lemah menghadapi apa jua rintangan yang bakal di hadapkan oleh pemerintah yang zalim kepada kami.

DPPBK telah bersedia menghadapi segala kemungkinan terutama semasa kempen PRU ke 12 ini. Kami tahu bahawa BN akan menggunakan segala 'bala tentera' mereka yang dibiayai oleh rakyat seperti SPR, Polis, KEMAS, Jabatan Penerangan, RTM, TV3 dan sebagainya.

DPPBK menyeru sekelian rakyat Malaysia supaya tidak mengHALALkan segala wang ringgit kita yang kita bayar melalui cukai yang digunakan oleh kerajaan BN melalui SPR, Polis, KEMAS, RTM dan sebagainya untuk mengalahkan kita pada Pilihanraya Umum nanti.

Biar mereka jawab di hadapan Allah di akhirat di Hari Kemudian.

Jangan kamu ingat wahai pemimpin angkuh BN Islam Hadhari bahawa tindakan kamu menangkap dan memenjara pemimpin kami akan melemahkan semangat kami.

Kami ada Allah yang sudah pasti membantu kami, manakala kamu ada syaitan dan iblis yang sentiasa membantu kamu supaya meneruskan kezaliman ke atas pencinta Islam seperti kami.

Jika kamu berjaya mengekang kami di dunia, nescaya kamu tidak akan dapat membela diri di hadapan Allah di hari yang tiada gunanya kuasa dan harta benda. Kuasa yang ada pada kamu hari ini hanyalah sedikit jika hendak dibandingkan dengan kuasa Allah. Bahkan kuasa kamu ini akan dicabut oleh Allah bila kamu menemui ajal nanti. Ketika pangkat dan kuasa kamu tidak akan dapat membantu kamu lagi.

Kami pula tetap yakin dan istiqamah bahawa perjuangan kami akan diteruskan oleh semua pencinta Islam. Seribu yang pergi sejuta akan tumbuh dan meneruskan perjuangan suci para nabi ini.

Justeru itu, kepada semua ahli-ahli PAS dan penyokong PAS jangan kamu gentar untuk berdepan dengan musuh. Kita berjuang atas landasan kebenaran. Kita tidak mencari musuh. Kita masih berjuang atas landasan Muwajahah Silmiyyah.

Pedulikan segala bentuk provokasi dan jangan mudah terpedaya dengan khabar angin yang cuba memerangkap kita. Jangan undur ke belakang walaupun kita sekarang digertak dengan peristiwa penangkapan pimpinan kita.

Kepada pencinta keadilan yang lain mari kita sama-sama berganding bahu tanpa mengira agama dan bangsa. Tujuan kita hanya satu untuk menghapuskan kezaliman. Mari kita susun langkah bersama untuk menghancurkan kerajaan BN dalam pilihanraya akan datang. Kita kalahkan mereka dengan memenangi kerusi-kerusi parlimen dan DUN sebanyak mungkin.

Pada masa itu baru mereka tahu bahawa kuasa dan pangkat yang ada pada mereka tidak kekal dan bila-bila masa boleh terlepas.


HIMPUNAN 'GEGAU' MELAKA, SELURUH AHLI DAN PENYOKONG DISERU HADIR


Seluruh ahli dan penyokong PAS Negeri Melaka diharapkan dapat menghadirkan diri pada Himpunan Gegau Melaka pada 16 Disember ini bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Balai Islam Telok Mas.

Himpunan anjuran Jentera Pilihanraya Negeri (JPN) Melaka ini akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Antara lain Himpunan 'Gegau' ini bertujuan untuk menyuntik semangat juang para petugas pilihanraya bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Menurut Pengarah JPN Melaka, Mejar(B) Jasme Tompang, setiap kawasan di minta menghantar sekurang-kurangnya 200 orang peserta di kalangan semua peringkat parti samada pemuda, muslimat atau ahli-ahli biasa.

"Kita akan himpunkan seluruh jentera di peringkat akar umbi bagi memastikan semua petugas bersiap sedia dan sentiasa peka dengan arahan pimpinan".

"Insya Allah himpunan ini akan menaikkan semangat kita semua dan kita akan 'gegau' Melaka dengan gerakerja yang tersusun, berdisiplin dan terancang" tegas Jasme dengan semangat.

Jasme juga berkata nama 'gegau' dipilih sebagai tema adalah kerana ianya bermaksud gegar yakni PAS Melaka ingin mengegarkan BN Melaka di samping ingin menggegarkan ahli dan penyokong PAS agar bangkit dengan semangat untuk menentang BN dalam pilihanraya kana datang.

Difahamkan himpunan ini julung kali di adakan selepas Pilihanraya Umum 2004.


MALAYSIA SAH NEGARA POLIS



Penahanan beramai-ramai pemimpin pembangkang dan aktivis NGO di Parlimen semalam membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Polis. Penahanan secara borong tanpa alasan yang kukuh di tempat di mana demokrasi subur iaitu di Parlimen mengesahkan bahawa kerajaan BN hari ini adalah sebuah kerajaan drakonian yang tidak langsung mengendahkan sistem demokrasi yang mereka sendiri laung-laungkan.

Polis yang menjadi 'barua' kerajaan BN menangkap sesiapa sahaja yang mereka suka hatta jurukamera yang bertugas pun mereka tangkap. Ini berlaku keatas jurukamera TVPAS.com baru-baru ini ketika peristiwa penangkapan Naib Presiden PAS, Hj Mohammad Sabu.

PAS Melaka mengutuk sekeras-kerasnya dan kesal tindakan mutakhir kerajaan yang menahan beberapa pimpinan kami serta pimpinan lain yang mahu menghantar memorandum Bersih kepada ahli-ahli parlimen semalam.

Kesucian parlimen sebagai lambang demokrasi di sebuah negara seperti Malaysia dinodai dengan peristiwa penangkapan Dato' Mustafa Ali di pintu masuk bangunan Parlimen.

Parlimen adalah lambang demokrasi dan mereka yang datang itu pula bukan untuk berhimpun. Mereka datang sebagai rakyat untuk pergi ke parlimen dan secara kebetulan pula semalam berlangsung perbahasan berkaitan pemanjangan tempoh perkhidmatan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada 65 kepada 66 tahun.

Kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Badawi sebenarnya sekarang telah hilang pertimbangan akibat penentangan rakyat secara terang-terangan terhadap isu kehakiman yang hancur; kenaikan harga barang; sistem pilihanraya yang kotor dan tidak telus dan lain-lain isu.

PAS Melaka menuntut kerajaan Malaysia membersihkan nama negara yang terjejas teruk di mata dunia dengan membebaskan semua tahanan tersebut dengan tidak mendakwa mereka di mana-mana mahkamah.

Jika sekiranya tahanan di dakwa mana-mana mahkamah selepas ini maka sahlah negara kita adalah negara Polis yang rakus.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59