Wednesday, 21 November 2007

ZAMAN ISLAM HADHARI SEMUA INSTITUSI RUNTUH


Zaman Islam Hadhari ini semua institusi runtuh dan hancur di sebabkan kehancuran dan keruntuhan para pemimpin dan kerajaan itu sendiri.

Manakan tidak kerajaan yang ada sekarang dianggotai oleh majoritinya menteri-menteri yang bermasalah. Ramai dikalangan mereka pernah dilaporkan kepada BPR atau Polis kerana di dakwa melakukan rasuah dan sebagainya.

Selain itu terdapat juga menteri yang dilihat tidak tetap pendirian dari segi politiknya.

Imam Al Hadhari sendiri merupakan pemimpin yang tidak tetap pendirian. Beliau merupakan penyokong kuat Tengku Razaleigh dan Semangat 46 semasa di awal pergeseran Mahathir-Ku Li. Tetapi selepas itu berpaling tadah kepada Mahathir semula.

Imam Al Hadhar juga dikecam kerana anak dan menantunya naik dengan mendadak samada dalam bidang perniagaan ataupun politik.

Rafidah Aziz adalah salah seorang menteri yang penuh dengan kontroversi tetapi dikekalkan oleh Imam Al Hadhari. Laporan demi laporan dibuat oleh Ezam Mohd Nor tetapi tiada siasatan dan dakwaan di buat ke atas.

Lain-lain menteri seperti Samy Vellu juga didakwa terlibat dengan kontroversi.

Pendek kata kalau diibaratkan negara seekor ikan, maka kepala ikan sudah terjejas teruk, sudah buruk maka bila kepala sudah buruk maka seekor ikan itu sudah pasti rosak.

Begitu juga negara kita sekarang, institusi kehakiman rosak teruk kerana isu rasuah; SPR terus-menerus menipu rakyat; media menjadi pengampu tak tentu pasal; Polis menjadi kuda tunggangan pemerintah yang zalim; BPR menjadi pelindung kepada perasuah; Peguam Negara menjadi pembela kepada penjenayah dan orang-orang besar; menteri menjadi penggalak maksiat; jabatan agama menjadi jabatan menghalalkan judi; arak; riba dan sebagainya; jentera kerajaan jadi hak milik Umno; ulama' menjadi pengampu; rakyat ditindas korporat dibela dan seribu satu macam masalah yang melibatkan semua institusi penting negara.

Jika sekiranya rakyat masih tidak sedar dan tidak mahu berubah maka tungguhlah saat kehancuran.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59