Wednesday, 21 November 2007

ZAMAN ISLAM HADHARI HAKIM PUN MAKAN RASUAH, SIAPA LAGI KITA NAK PERCAYA



Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak Hassan Basri Shafie hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas lima pertuduhan berkaitan rasuah berjumlah RM5,200 yang membabitkan tiga kes berasingan.

Dua daripada pertuduhan itu membabitkan urusan pernikahan manakala satu lagi bagi tujuan melepaskan ikat jamin satu kes jenayah syariah.

Hassan Basri, 53, yang menjadi hakim syarie pertama didakwa oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas tuduhan rasuah, mengaku tidak bersalah terhadap kelima-lima pertuduhan itu.

Nampaknya zaman Islam Hadhari ini Hakim pun makan rasuah. Memang jelas negara kita hilang keberkatan dan maruah kerana pemimpin yang memerintah pun tidak ada maruah. Apalah yang kita hendak harapkan kepada pemimpin BN hari ini, kerana BN menang pun dengan penipuan, penyelewengan dan rasuah.

Kalau hakim pun makan rasuah siapa lagi yang kita nak percayai? Hancur Hancus Hancus


Bagi pertuduhan pertama, Hassan Basri didakwa meminta wang suapan RM3,000 daripada Mohamad Imran Abdullah sebagai dorongan melepaskan wang ikat jamin kepada Yoong Hor Kit berhubung lima kes jenayah syariah, di Restoran Wawa, Tambun, kira-kira 8.15 malam 15 Ogos lepas.

Dia juga menghadapi pertuduhan kedua iaitu menerima wang suapan itu daripada orang yang sama untuk kes sama dalam sebuah kereta bernombor pendaftaran BFN 9060 di tempat meletak kenderaan di Taman D.R. Seenivasagam di sini kira-kira 3.25 petang 6 Sept lepas.

Pertuduhan ketiga pula membabitkan dakwaan meminta wang suapan RM1,100 juga daripada Mohamad Imran bagi membantu Mohamad Asri A Bakar berkahwin dengan Nor Farihan Hassan tanpa melalui prosedur yang ditetapkan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Restoran Wawa, Tambun, kira-kira 8.30 malam 15Ogos.

Bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa menerima wang suapan itu daripada orang sama untuk kes sama dalam sebuah kereta bernombor pendaftaran BFN 9060 di tepi Hotel Hillcity di sini kira-kira 6 petang 17 Ogos.

Hassan Basri juga didakwa menerima wang suapan RM1,100 daripada orang sama sebagai dorongan bagi mengeluarkan surat kebenaran berkahwin kepada Mohd Jefri Afandi Ahmad dan Nur Liza Musa bagi membolehkan kedua-duanya berkahwin tanpa melalui prosedur ditetapkan, dalam kereta bernombor pendaftaran sama di tempat meletak kenderaan Taman D.R. Seenivasagam, kira-kira 3.20 petang 6 Sept.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 bagi tuduhan pertama dan ketiga; dan mengikut Seksyen 11(a) akta sama bagi tuduhan kedua, keempat dan kelima.

Semua pertuduhan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Tan Hooi Leng menetapkan kes itu dibicarakan pada 31 Mac tahun depan.

Beliau turut membenarkan Hassan Basri diikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan atau RM20,000 keseluruhannya manakala pasportnya diserahkan ke mahkamah.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan manakala peguam S. Theivanthiran dan T. Shan mewakili tertuduh.

Terdahulu, Nordin memohon mahkamah menahan pasport tertuduh kerana pihaknya menerima maklumat tertuduh sering melakukan perjalanan ke Indonesia.

Mahkamah juga diberitahu bahawa pihak pendakwaan akan memanggil 20 saksi untuk memberi keterangan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59