Thursday, 22 November 2007

WAKIL RAKYAT BN KERAS KEPALA


KOTA BHARU : Akibat tidak mahu mematuhi peraturan mesyuarat, Anggota Dewan Undangan Negeri Paloh dari BN, Nozula Mat Diah digantung dari menghadiri sidang DUN Kelantan semalam.

Nozula berkeras untuk turut serta dalam perbahasan walaupun Speaker DUN Kelantan, Dato' Wan Abd. Rahim Abdullah berulang kali mengarahkannya duduk kerana belum sampai gilirannya berbuat demikian.

Ia bermula apabila Nozula bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan tetapi sebaliknya Wan Abd. Rahim meminta seorang lagi wakil pembangkang, Mohd. Zain Ismail (BN-Bukit Tuku) untuk berucap.

Bagaimanapun, Mat Zain tidak bangun dan Norzula mahu mengambil laluan itu sehingga berlaku pertikaman lidah di antara Nozulah dan Wan Abd. Rahim.

Nozula berkata, beliau telah bangun lima kali untuk berucap membahaskan usul Ucapan Menjunjung Kasih Atas Titah Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Semua anggota pembangkang dari BN membantah, bertindak meninggalkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika sesi petang perbahasan hari ini setelah keanggotaan Nozula Mat Diah (BN-Paloh) digantung ekoran keengganannya mematuhi arahan Speaker, Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah.

Selepas itu, melalui usul yang dikemukakan oleh Zakaria Yaakob (Pas-Kemuning) dan disokong oleh Mohd. Shukri Abdul Rahman (Pas-Kadok), sidang mengundi dan mengambil keputusan menggantung Nozula apabila 23 bersetuju manakala 20 tidak bersetuju.

Dalam pada itu, Wan Abd. Rahim ketika ditemui tetap mempertahankan keputusannya.

“Beliau (Nozula) telah melanggar peraturan di bawah peruntukan perintah 51 (3) bahawa seseorang ADUN yang dipanggil nama oleh Speaker selepas daripada melakukan kesalahan tidak mengendahkan arahan Speaker dan berulang mengganggu perjalanan Dewan, maka satu cadangan dengan segera dan disokong oleh 2 orang ahli dikemukakan dalam undian.

“Bagaimanapun, beliau boleh kembali menyertai semula mesyuarat esok mengikut peruntukan 51 (5) iaitu jika keahlian seseorang tergantung menurut syarat perintah ia hendaklah mengundurkan diri dan penggantungan tidak lucut sehingga tamat mesyuarat itu,” katanya.

Ahli Yang Berhormat BN samada di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri memang selalu melanggar peraturan Dewan seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah tetapi tidak pernah digantung kerana speaker selalu menyebelahi mereka.

Tetapi di DUN Kelantan mereka tidak boleh berlagak sombong membelakangi peraturan dewan kerana speakernya tegas dan bertindak betul-betul mengikut peraturan dewan.

Sila layari http://tranungkite.wordpress.com/2007/11/21/129 untuk menonton video klip/

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59