Wednesday, 7 November 2007

UMNO - Party for all Malaysians, wow what a joke!


Pemuda UMNO kata parti itu bukan untuk Melayu saja tapi mahu lihat semua kaum maju, Wanita UMNO menyediakan gold medals dan hadiah kewangan kepada 3 pelajar bukan Melayu dan Puteri UMNO menyeru semua parti-parti BN ujudkan sayap puteri masing-masing, dan dengan 3 perkara itu, maka UMNO telah dianggap sebuah parti politik bukan untuk Melayu saja tapi untuk semua kaum.

Kalau itu sajalah yang perlu dibuat oleh UMNO untuk menjadi parti bukan perkauman dan dianggap parti multi-racial, maka sebenarnya dah lama UMNO ni menjadi parti yang bukan untuk Melayu saja.

Dibawah payung ekonomi, khususnya dibawah Dasar Ekonomi Baru sudah ratusan kalau tidak pun ribuan manusia bukan Melayu yang dah jadi jutawan hasil penyalahgunaan dasar itu oleh UMNO dan pemimpin-pemimpinnya.

Sebenarnya, UMNO itu adalah parti Melayu sekadar untuk mendapatkan undi dan sokongan orang-orang Melayu, tetapi pimpinan UMNO dah jadikan parti itu sebagai tempat mencari kepentingan diri, memperkayakan diri dan kroni dan mereka berpakat dengan orang-orang kaya bukan Melayu merompak kekayaan Negara, mereka mempunyai kepentingan bersama.

Manakala ahli-ahli UMNO akar umbi itu langsung tidak mempunyai kepentingan bersama pemimpin-pemimpin. Bagi mereka itu sudah cukup dapat duit dan lain-lain habuan seratus dua ringgit masa nak mengundi. Masa pemilihan UMNO pun mereka diberi sedikit sebanyak habuan. Itu sajalah! Kepentingan ahli-ahli UMNO peringkat akar umbi itu ada persamaan dengan ahli-ahli MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBS, PBRS, Pesaka-Bumiputra dsb diperingkat akar umbi. Semuanya tidak mempunyai kepentingan yang sama dengan pemimpin-pemimpin mereka. Orang-orang Asli lagilah ketinggalannya!

Enggang sama enggang, pipit sama pipit. Pemimpin-pemimpin BN (Enggang) tanpa kira kaum mempunyai kepentingan bersama, ahli-ahli biasa BN (pipit) tanpa kira kaum mempunyai kepentingan bersama.

Kepada ahli-ahli pipit didalam komponen BN tu, sedar dan insaflah. Cukuplah dipermain-mainkan oleh pemimpin-pemimpin kamu. Mari kita sama-sama berjuang didalam parti yang memperjuangkan nasib semua kaum -- PAS dan PKR

Suhaimi Said

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59