Monday, 19 November 2007

TARIKH PILIHANRAYA : IMAM HADHARI MAIN KENYIT MATA DENGAN PENGERUSI SPR



Tak semena-mena baru-baru ini Si Rashid Hidung Belang, Pengerusi SPR (Suruhanjaya Penipu Rakyat) memberitahu bahawa beliau sudah tahu tarikh pilihanraya dan meminta semua pihak bersiap untuk menghadapi'Hari Raya' tersebut.

Kata Rashid, SPR akan menjelajah seluruh negara untuk mengadakan Kursus kepada Pegawai Pengurus Pilihanraya, Penolong Pegawai Pengurus Pilihanraya dan lain-lain. Ianya dimulakan di Melaka dan akan tamat kira-kira sebulan setengah dari tarikh minggu lalu. Lepas kata Rashid Hidung Belang ini, SPR sudah bersedia sepenuhnya untuk menipu rakyat dengan mengadakan pilihanraya bila-bila masa sahaja.

Maknanya kalau cakap si Rashid Hidung Belang ini betul pilihanraya akan berlangsung dalam masa kira-kira 2 bulan dari sekarang. Logik juga ye!!!!

Tapi Rashid tidak pula hendak menceritakan tarikh sebenarnya, mungkin ini caranya untuk beliau terus berteka-teki dan mudah untuk menipu kita semua. Sebab semua orang tau Rashid sememangnya sudah lama menjadi tukang kempen BN dan juga 'ahli jawatakuasa pilihanraya' jentera BN pada setiap kali pilihanraya samada pilihanraya umum atau kecil.

Imam Hadhari pula tidak pula menafikan kata-kata Rashid tentang tarikh pilihanraya itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, respon Perdana Menteri tidak menafikan anggaran kasar SPR bila parlimen akan dibubarkan.

Menurut beliau, walaupun kuasa mencadangkan pembubaran parlimen terletak di tangan Perdana Menteri Imam Hadhari, tetapi itu bukan bermakna orang lain tidak diberitahu atau langsung tidak tahu tentang tarikh pilihan raya.

Perdana Menteri, kata Husam, tidak menyatakan adakah agakan Pengerusi SPR tentang tarikh pilihanraya betul atau tidak.

"Kalau tak betul, nafikan saja. Jika tak dinafikan, ia betul. Sungguhpun kuasa menyembahkan tarikh pembubaran parlimen kepada (Yang di-Pertuan) Agong terletak di tangan Perdana Menteri, itu bukan bermakna Perdana Menteri tidak pernah memberitahu sesiapa termasuk Pengerusi SPR mengenainya," kata beliau.

Rashid (Si Hidung Belang) sebelum ini mendakwa beliau tahu tarikh pilihan raya tetapi "tak boleh bagitahu.."

Menurut Husam, berdasarkan apa yang berlaku itu, terdapat beberapa kemungkinan.

"Satu, pilihan raya diadakan lebih awal dari Februari atau Mac 2008 tetapi Perdana Menteri telah berpakat dengan Pengerusi SPR untuk memberikan gambaran pilihan raya akan diadakan pada tarikh yang lebih jauh untuk memerangkap pembangkang.

"Kedua, Pengerusi SPR memang tahu tarikh pilihan raya tersebut melalui apa-apa isyarat atau sumber dan beliau sengaja mengumpankan gimmik ini untuk mengalihkan perhatian rakyat dari kesan gelombang kuning Sepuluh Sebelas baru lalu. Dua dalam satu. Kerana itu, PM tidak berani menafikan," katanya.

Apa pun, kata beliau, polemik tersebut "tidak harus melupakan kita dengan tuntutan reformasi pilihan raya dan juga persiapan pilihanraya" tidak kira bila ia akan diadakan.

NAMPAKNYA IMAM HADHARI DAN RASHID SI HIDUNG BELANG NI MAIN KENYIT-KENYIT MATA UNTUK MEMPERSENDAKAN DAN MENIPU RAKYAT.

Sebahagianya dari artikel di petik dari Harakahdaily

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59