Friday, 2 November 2007

TAHNIAH HAMID. HARAP DAPAT JALANKAN KERJA DENGAN AMANAH DAN ADIL



PUTRAJAYA: Tahniah diucapkan kepada Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Hamid Mohamad, 65, yang telah dilantik memangku jawatan Ketua Hakim Negara berkuatkuasa semalam.

Pelantikan itu dibuat berikutan kekosongan jawatan itu setelah persaraan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang genap 66 tahun hari ini.

Perdana Menteri Imam Al Badawi Wal Hadhari ketika mengumumkan pelantikan Abdul Hamid itu juga mengucapkan terima kasih kepada Fairuz atas sumbangan cemerlangnya kepada bidang kehakiman negara( Cemerlang ke???, Isu Klip Video pun tak selesai lagi, dia pun membisu seribu bahasa, tak jawab)

Mengikut Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta 91), sekiranya berlaku kekosongan dalam jawatan Ketua Hakim Negara, kuasa itu boleh dilaksanakan oleh Presiden Mahkamah Rayuan.

Menurut Imam AL Badawi, pengisian secara hakiki bagi jawatan berkenaan akan dibuat secepat mungkin.

Menurut laporan akhbar, Fairuz yang dilantik ketua hakim pada 2003 telah membuat permohonan agar tempoh jawatannya itu dilanjutkan, tetapi tidak diperkenankan oleh Majlis Raja-raja yang bersidang bermula semalam. Tetapi Majlis Raja-Raja menafikan yang mesyuarat tersebut membincangkan isu ini.

Beliau baru-baru ini dikaitkan dalam satu "skandal kehakiman" setelah didakwa sebagai hakim kanan yang berbual dengan seorang peguam bagi mengatur perlantikan hakim kanan seperti dirakam dalam klip video tersebut.

Menurut Perkara 125(1) Perlembagaan Persekutuan, seseorang Hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah memegang jawatan sehingga mencapai umur 66 tahun atau sehingga satu masa yang diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi jangka masa itu tidak boleh melebihi tempoh enam bulan selepas mencapai umur tersebut.

Ahmad Fairuz dilahirkan pada 1 November 1941 dan memulakan tugas dalam badan kehakiman sebagai Majistret pada 1 Jun 1967 di Pulau Pinang.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Presiden Mahkamah Sesyen Kuantan, Timbalan Pendakwa Raya di Johor, sebelum dilantik Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Penasihat Undang-undang Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri dan Timbalan Penggubal Undang-undang, Jabatan Peguam Negara.

Beliau dilantik Presiden Mahkamah Rayuan pada 2002 sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ketua Hakim Negara setahun kemudian.

Abdul Hamid pula dilahirkan pada 18 April 1942 memulakan kerjayanya di bidang kehakiman sebagai Majistret di Kangar Perlis pada 1969.

Beliau memegang pelbagai jawatan dalam bidang kehakiman termasuk Presiden Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Baru, Selangor dan sebagai timbalan pendaftar di Mahkamah Persekutuan.

Beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1990 dan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dua tahun kemudian.

Pada 2000 beliau dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan tiga tahun kemudian sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Beliau kemudian mengisi kekosongan jawatan Presiden Mahkamah Rayuan berikutan kematian Tan Sri Abdul Malek Ahmad pada Mei tahun ini.

Beliau setakat ini telah menyediakan alasan penghakiman bagi lebih 550 kes di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Kita mengharapkan Abdul Hamid dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman negara yang sejak kebelakangan ini terjejas teruk.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59