Tuesday, 13 November 2007

SIAPA YANG BERI, SIAPA YANG TERIMA PENYAPU


SIAPA YANG BERI SIAPA PENYAPU TU? KHIR TOYO YANG BAGI ATAU KHIR TOYO YANG TERIMA.

Ramai yang sangsi dengan kewibawaannya yang sepatutnya 'menyapu' dirinya yang penuh dengan 'sampah-sampah' yang perlu dibersihkan terlebiuh dahulu.

Secara ringkasnya 'track record' beliau sebelum ini dikenali sebagai seorang menteri yang pernah didakwa bergelumang dengan amalan rasuah dalam isu-isu tanah seperti yang dibangkitkan dalam laporan polis oleh Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan dibebaskan daripada segala tuduhan rasuah, walaupun puluhan bukti yang dikemukan.

Selain itu rekod buruk Khir yang menjadi kemarahan ramai golongan miskin ialah 'suka' meruntuh dan memusnahkan rumah-rumah setinggan yang terdapat di seluruh Selangor seperti di Kampung Berembang, Rimba Jaya dan membiarkan rakyat sengsara, seperti yang disebut dalam tuntelanai.blogspot.com

Malah blog terbabit menyatakan, Khir menggunakan berbagai kaedah memperkudakan pasukan polis, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak berkuasa tempatan menghalang, mencegah, menceroboh dan menangkap rakyat dan Ustaz yang mengajar tentang Islam termasuk surau-surau yang tidak 'sealiran' dengan dasar kerajaan negerinya.

Intergritinya Khir juga tercalar apabila masih mempertahankan 'anak buahnya' yang terlibat dengan pelbagai salah laku berbanding menjaga kepentingan rakyat negeri Selangor

Antaranya masih membiarkan tanpa menghukum Adun Pelabuhan Klang, Dato' Zakaria Mat Derus yang membina mahligai dan Istana di celah kawasan penduduk marhaen termasuk terlibat dalam salah guna kuasa seperti yang pernah dilaporkan.

Begitu juga dengan dakwaan salah-laku tiga 'anak buah kesayangannya' yang diharap dapat mengangkat Umno Selangor selama ini namun Khir masih tidak mengenakan sebarang tindakan ke atas mereka walaupun telah mencemarkan prestasi dan menjadi bualan hangat masyarakat setempat yang boleh menjejaskan peluang Umno di kawasan tertentu untuk memenangi pilihan raya akan datang.

Harakah sebelum ini pernah melaporkan ketiga-tiga mereka ialah Senator Datin Paduka Norhayati Onn yang merupakan Exco Wanita Umno Malaysia yang didakwa terlibat dengan isu kontroversi berhubung gambar intimnya dan dakwaan khalwat dengan Ahli Parlimen Gombak Dato' Dr Rahman Ismail (orang kuat Khir Toyo) di beberapa hotel yang berbeza sekitar semenjak Disember 2005.

Manakala yang ketiga ialah Ahli Parlimen Ampang, Dr Rozaidah Talib disyaki berkelakuan tidak sepatutnya yang boleh menjejaskan imejnya sebagai seorang wakil rakyat, di sebuah hotel di ibu kota pada 26 Ogos lalu.

Dengan kisah sisipan ini, menggambarkan seolah-olah wakil Majlis Daerah Hulu Selangor itu yang menyerahkan penyapu kepada Khir Toyo kerana prestasi buruknya selaku Menteri Besar selama ini.


Sumber : Harakahdaily

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59