Thursday, 1 November 2007

SIAPA LAGI YANG BOLEH DIPERCAYAI KALAU PEGAWAI POLIS PUN 'MALAUN' JUGA










Negara kita Malaysia tercinta sebenarnya berada dalam lembah kehancuran jika tidak diselamatkan segera.

Satu demi satu tembelang pecah, semuanya gara-gara pemimpin atasan yang dilihat berlumba-lumba berebut kuasa dan mengumpulkan harta. Bukankah agama rakyat adalah mengikut acuan pemimpinnya.

Sebelum ini Ketua Polis Negara, MusaXX Hassan pernah dituduh rasuah oleh Timbalan Menteri sendiri. Tetapi MusaXX terlebih dek kuasa yang dipunyai oleh Peguam Negara, Ghani PaXtXX.

Kini seorang lagi pegawai tinggi Polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil(JSJK), Ramli Yusuf pula di tuduh mempunyai harta sampai RM25 juta. Kalau betul tuduhan itu mana dia dapat harta sebanyak itu dengan gaji beliau sebagai Pegawai Polis. Berjimat cermat dengan makan nasi berlauk garam pun takkan dapat kumpul harta macam itu besarnya.

Jelas kepada kita sekarang, kedaulatan negara akan hancur kerana kebiadapan dan kecurangan pemimpin dan pegawai kerajaan yang menjual maruah negara, rakyat dan diri untuk kepentingan perut dan bawah perut masing-masing.

SIAPA LAGI YANG BOLEH DIPERCAYAI KALAU PEGAWAI POLIS PUN JADI 'MALAUN'

Ramli pertahan diri

Dalam sidang akhbar selama 45 minit di ibu pejabat JSJK di Jalan Dato’ Onn semalam, Ramli bagaimanapun menafikan memiliki aset sebanyak itu.

Ramli dilaporkan kesal dengan tindakan BPR membocorkan maklumat kepada akhbar tertentu berhubung siasatan BPR terhadap dirinya sedangkan ia sepatutnya dirahsiakan memandangkan penyiasatan itu belum lengkap kerana menurutnya, fakta tidak benar.

Ramli menegaskan dirinya bersih daripada sebarang kes rasuah sehingga 6 September 2006 dan adalah berdasarkan rekod bersih itu beliau disahkan sebagai pegawai kanan polis berpangkat pesuruhjaya polis.

Beliau turut mendakwa tindakan pihak BPR membocorkan maklumat siasatan terhadap dirinya sebagai pelanggaran di bawah Seksyen 21 (8), Akta Pencegahan Rasuah, walaupun beliau sendiri menunggu sehingga tiga bulan sebelum tampil membuat kenyataan kerana mahu memberi peluang kepada BPR menjalankan siasatan.

PAS tuntu Imam Al Badawi campur tangan

Sementara itu, di Kota Bharu, Pas menggesa Perdana Menteri campur tangan segera berhubung kemelut yang melibatkan PDRM dan BPR susulan kenyataan Ramli itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, isu itu menuntut respon Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi mengekalkan integriti kedua-dua agensi terlibat.

“Ia juga perlu diselesai segera bagi memberi peluang pihak terlibat terutama anggota polis, melaksanakan tugas mereka dengan selesa,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Pembangunan Masyarakat Kelantan berkata, pendedahan Ramli berhubung BPR memberi layanan buruk kepada pegawai polis adalah dakwaan berat.

“Pas memandang serius dakwaan itu kerana ia memberi implikasi tidak baik kepada integriti negara, soal keselamatan dan juga keadilan.

“Kita harap Perdana Menteri dapat tangani isu ini tanpa berlengah,” katanya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59