Saturday, 17 November 2007

SIAPA KATA AGONG PERKENAN PERHIMPUNAN 100,000?



Siapa yang dakwa Agong perkenan himpunan 100,000? Itulah persoalan yang bermain di fikiran rakyat. Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah media pengampu BN lah yang mendakwa demikian.

Tidak ada seorang pun pemimpin Bersih yang mendakwa Agong perkenan rakyat mengadakan Himpunan 100,000.

Setiausaha Agong PAS hanya berkata bahawa Agong perkenan untuk menerima memorandum bukannya perkena untuk rakyat mengadakan himpunan. Takkan itu pun tidak dapat dibezakan oleh wartawan dan Ketua-ketua Pengarang mereka.

Jelas sekali media 'pengampu' dan 'penjilat' BN cuba menipu dan mengelirukan rakyat. Pemimpin BN yang sekarang masih merasai bahang kebangkitan rakyat, bagaikan cacing kepanasan terpaksa mencari jalan untuk meng'komdem'kan Bersih dan rakyat. Lebih-lebih imej kerajaan dan BN tercalar teruk dek laporan bebas yang dibuat oleh media antarabangsa seperti Aljazeera, CNN, BBC dan lain-lain.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59