Tuesday, 27 November 2007

SAMSENG TAK LAYAK JADI YB. PENGUNDI MESTI BIJAK MEMILIH WAKIL RAKYAT


ADUN BN Nozula Mad Diah yang menendang YB Zaki Ibrahim dalam Sidang DUN Kelantan baru-baru ini tidak layak menjadi wakil rakyat kerana bertindak umpama samseng jalanan.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil(DPPBK) mencadangkan kepada DUN Kelantan supaya mengambil tindakan keras kepada Wakil Rakyat Paloh ini kerana ianya mencemarkan nama baik persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Ianya bukan sahaja memalukan DUN Kelantan malah ianya memalukan Malaysia kerana jarang sekali malah mungkin tiada langsung kejadian menendang atau menumbuk wakil rakyat lain dalam sidang dewan samada Dewan Rakyat, Dewan Negara maupun Dewan Negeri sebelum ini.

Nozula bukan kali pertama berperangai buruk malah sebelum ini beliau dihalau keluar Dewan kerana enggan duduk seperti diarahkan oleh Speaker DUN Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim ABdullah.

DPPBK juga mengharapkan rakyat Kelantan khususnya pengundi DUN Paloh supaya mengambil iktibar dari kejadian ini kerana ianya amat memalukan. Jadi pengundi Paloh mesti memilih calon yang baik dari segi akhlaq dan perangainya pada pilihanraya akan datang.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

xumno said...

Nozula patut jadi beruk dalam dewan.Tak layak jadi wakil rakyat.Kenapa org seperti ini dipilih rakyat?Kenapa org seperti ini dapat anugerah Dato?Apa jasa dia?Apa yg dia buat untuk Kelantan?Kenapa org seperti ini tidak dihalau saja terus dari dewan?Kenapa org seperti ini layak jadi calon BN?BANGUN rakyat Kelantan.BANGUH dari tidur kamu.Lihat sendiri wakil2 rakyat kamu yg tidak profesional didalam dewan.Wakil2 rakyat kamu yg bersifat kebudak-budakan.AJAR semua yg suka keluar dari dewan.Kalau selalu keluar dari dewan mcm mana nak bela nasib2 kamu?FIKIR kan lah.

Anonymous said...

saya setuju , keadaan di dewan rakyat serta di parlimen pun sama saja, inilah akibat nya bila beruk di lantik jadi wakil rakyat . Lebih lebih lagi dari kalangan parti memerintah , mereka ingat bolih melakukan apa saja di dewan dan di lepas kan begitu saja tanpa tindakan dari ketua dewan. berlagak kerana ada power tetapi ingat tuhan memerhatikan kamu semua dan tidak bolih lari dari karma kamu. Saya berharap pihak pas akan lebih profesinal dari segi approach dan agenda untuk menyakinkan semua rakyat khasnys bukan muslim untuk menyokong parti tanpa mengira kedudukan , agama dan sebagainya . hak agama adalah hak individu dan tidak sepatutnya di jadikan apa apa isu dan mesti ada undang undang yang lebih ketat untuk memastikan tidak ada orang yang mengugat kesejateraan negara dengan hal hal sebegini.Malah ini tidak semestinya menhalang pihak pas untuk menang dan memerintah negara dengan lebih adil dan saksama dari semua segi.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59