Tuesday, 6 November 2007

REMAJA MENGANDUNG LUAR NIKAH MENINGKAT DI MELAKA. APA ALI RUSTAM BUAT?



Ketua Pegawai Penguat Kuasaan Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Rahimin Bani berkata, sejak awal tahun ini hingga sekarang, 261 kes mengandung anak luar nikah membabitkan remaja perempuan berlaku di negeri Melaka.

Katanya, ia meningkat sebanyak 37 kes berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 223 kes. Ini adalah kes yang dilaporkan atau diketahui oleh pihak berkuasa, sudah tentu banyak lagi kes yang berlaku tetapi tidak dilaporkan.

Fakta di atas menunjukkan bahawa kes perzinaan semakin meningkat dari masa ke semasa di Melaka. Perkara ini tidak menimbulkan kehairanan kepada kita kerana program-program maksiat terus digalakkan oleh kerajaan negeri Melaka.

Pada masa yang sama kuliah-kuliah dan program agama semakin kurang atau tidak digalakkan. Malah jika ada Ustaz yang hendak mengajar di surau dan masjid kerajaan sudah tentu tidak dibenarkan jika tidak ada tauliah walaupun ustaz tersebut lulusan Al-Azhar atau lulusan agama IPTA tempatan.

Kelab-kelab malam, dangdut, karaoke, pub, rumah urut semakin banyak samada yang dihalalkan oleh kerajaan negeri atau tidak halal disisi kerajaan negeri.

Program-program hiburan seperti konsert, karaoke, joget, pesta dan sebagainya terus subur di Melaka.

Malah baru-baru ini Bahagian Belia Jabatan Ketua Menteri sendiri menganjurkan pertandingan karaoke 24 jam tidak lama selepas Ramadhan berakhir.

Remaja dibiarkan terus khayal dengan budaya hedonisme dan hiburan yang melalaikan mereka dari agama. Kerajaan negeri tidak pernah risau dengan situasi mengandung luar nikah dan gejala sosial ini. Sebab itu tempat-tempat maksiat terus diujudkan dan program-program maksiat terus digalakkan oleh kerajaan negeri sendiri.

Akhirnya remaja semakin rosak dan terjerumus ke lembah kehinaan. Malangnya setiap kali kes-kes begini di bincangkan ibubapa sahaja yang dipersalah. Sedangkan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap amar makhruf dan nahi mungkar berlepas tangan. Kerajaan yang berkuasa menutup tempat-tempat maksiat dan menghentikan program maksiat terus lalai dengan kuasa mereka.

Sistem pembelajaran yang langsung tidak menekankan aspek agama juga menjadi sebab mengapa remaja menjauhi agama. Mereka pergi sekolah hanya untuk lulus periksa. Pendidikan akhlaq dan perangai tidak penting. Kerajaan lepas tangan dan selalu menuding jari kepada ibubapa dikatakan tidak pandai menjaga anak.

Ayuh wahai rakyat Melaka bangkit dan sedarlah bahawa kerajaan Islam Hadhari yang memerintah sekarang sememangnya tidak hirau apa yang terjadi kepada anak-anak kita. Yang penting bagi mereka ialah pembangunan kerana pembangunan yang banyak akan menyebabkan kocek mereka penuh.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59