Wednesday, 21 November 2007

RASHID SAH PELAWOK (PEMBOHONG)


Semalam Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata beliau sanggup meletakkan jawatan sekiranya terbukti SPR melakukan penipuan dalam pilihan raya sebelum ini. RASHID SILA LETAK JAWATAN SEKARANG KERANA KAMU TELAH BERBOHONG. SEDANG ISU PENGUNDI HANTU INI DISAHKAN OLEH MAHKAMAH SEMASA PERBICARAAN KES DUN LIKAS BEBERAPA TAHUN LALU.

Dan hari ini Angkatan Muda Keadilan (AMK) menghimbau kembali pada tahun 2001 apabila Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang membatalkan keputusan pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas, Sabah.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, hakim tersebut memutuskan demikian atas alasan senarai pemilih 1998 bagi kawasan berkenaan tidak mengikut undang-undang di mana pengundi-pengundi hantu, termasuk yang bukan warganegara, telah secara bukti dibenarkan membuang undi pada hari pengundian.

Beliau berkata, dalam penghakimannya, Muhammad Kamil berkata SPR gagal menjalankan tanggungjawab mereka dalam mengesahkan dan menggazet senarai pemilih yang mencurigakan, di samping banyak laporan yang dibuat terhadap kepincangan SPR serta pihak kerajaan bagi menjalankan siasatan terhadap wujudnya orang yang tidak mempunyai kewarganegaraan dalam senarai pemilih.

"AMK juga tidak mahu rakyat terlepas pandang dengan satu fakta menarik, iaitu selepas penghakiman Likas dibuat, kerajaan dengan kebenaran SPR, membuat pindaan di mana senarai pemilih, - sebaik sahaja disahkan atau disahkan semula - dianggap muktamad dan diterima dan tidak boleh dipersoalkan atau membuat rayuan atau dinilai semula, dipinggirkan oleh mana-mana mahkamah.

'Berat sebelah'

"Kes ini, meskipun hanya sebuah kes, tetapi ianya memberikan satu signifikan besar dalam sebarang dakwaan yang dibuat ke atas SPR yang jelas tidak telus dan saksama dalam menguruskan sistem pilihanraya Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa sejak sekian lama sistem pilihanraya Malaysia dijalankan dengan adil dan bersih tanpa campurtangan parti pemerintah.

"AMK begitu berharap agar kedua mereka ini kembali berpijak di bumi yang nyata sebelum mengeluarkan kenyataan yang bersifat 'ibarat meludah ke langit'," katanya.

Sehubungan itu, katanya, AMK mengingatkan Rashid dan Abdullah bahawa konotasi kepada sistem pilihanraya yang kotor dan berat sebelah membawa kepada kuasa pemerintahan yang tidak sah.

"Justeru, AMK melihat wajar bagi bukan sahaja Rashid, malahan Abdullah sendiri bertanggungjawab atas kenyataan yang dibuat mereka, dengan berundur demi memberi ruang kepada pembaikpulihan sistem pilihanraya dan kerajaan yang telus dan berwibawa," katanya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59