Saturday, 17 November 2007

PROGRAM PELANCARAN HARI KUNING DIGANGGU POLIS




Kerajaan Islam Hadhari sekali lagi memperkudakan Polis untuk kepentingan kuasa mereka.

Hari ini kempen pelancaran hari kuning yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih(Bersih) di Kuala Lumpur petang tadi di ganngu oleh beberapa orang Polis yang berpakaian preman dan yang beruniform.

Antara pemimpin Bersih yang berkempen menyedarkan rakyat tentang objektif Bersih hari ini ialah Ronnie Liu (DAP); Pemimpin PKR N Subramaniam dan Faisal Mustaffa. Mereka mengedarkan belon dan pamplet di KL Sentral Monorail dekat Brickfield.

Selepas hanya 15 minit mengedarkan pamplet dan belon mereka telah didatangi beberapa Polis yang berpakaian biasa yang meminta mereka menyerahkan kad pengenalan masing-masing.

Salah seorang pegawai Polis tersebut ialah Ketua Bahagian Anti Pelacuraan, Kamraruddin Yusof yang memberitahu Ronnie bahawa mereka didakwa menyalahi Akta Percetakan dan Penerbitan 1984.

Namun begitu akhirnya semua mereka tidak dilepas tanpa di bawa ke balai Polis.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59