Wednesday, 21 November 2007

P'raya: Bersih tuntut 21 hari berkempen


Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) mengulangi tuntutannya supaya tempoh kempen pilihanraya umum diperuntukkan sekurang-kurangnya 21 hari.

Bersih juga menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman supaya bersikap profesional dan konsisten berhubung perkara tersebut.

Dalam satu sidang akhbar baru-baru ini, Tan Sri Abdul Rashid dilaporkan berkata tempoh kempen mungkin lebih pendek sekiranya sesetengah parti terus membut huru-hara dan membawa isu tersebut ke jalanan.

Menurut Bersih, adalah amat dikesali kerana Tan Sri Rashid memilih untuk tidak memperdulikan desakan pembaharuan pilihanraya seperti yang terbukti dalam perhimpunan 10 November lalu.

Sebaliknya, kata Bersih, beliau telah bertindak "mengugut" pihak pembangkang dan rakyat amnya dengan mengisytiharkan bahawa beliau akan menjadi tempoh pilihanraya umum akan datang sebagai yang terpendek dalam sejarah Malaysia.

"Atau adalah Tan Sri Rashid hanya mengampu kerajaan supaya Perlembagaan dipinda untuk meningkatkan had umur persaraan anggota SPR dari 65 tahun kepada 66 tahun.

"Ini akan membolehkan Tan Sri Rashid berkhidmat setahun lalu. Ia juga bermakna beliau akan mengendalikan satu lagi pilihanraya umum," kat Bersih dalam satu kenyataan hari ini.

Perlu penjelasan

Sehubungan itu, Bersih menegaskan bahawa Rashid perlu membuat penjelasan kepada rakyat Malaysia berhubung perkara tersebut.

Menurut Bersih, kebanyakan negara demokrasi menyediakan tempoh berkempen yang mencukupi untuk calon-calon menemui para pengundi dan sebaliknya.

"Malangnya, dalam kes Malaysia, keadaannya semakin berkurangan dan mundur. Pilihanraya persekutuan yang pertama di Malaya pada tahun 1955 menyediakan tempoh berkempen selama 42 hari," katanya.

"Dalam tiga pilihanraya berikutnya selepas Merdeka (1959, 1964 dan 1969) tempoh berkempen adalah lima minggu atau kira-kira 35 hari.

"Tempoh kempen bagi empat pilihanraya berikutnya (1986, 1990, 1995 dan 1999) sewaktu pentabiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahthir Mohamad adalah sama ada sembilan atau 10 hari. Pilihanraya umum 2004 pula menyaksikan tempoh berkempen paling pendek - tujuh hari setengah," katanya.

Oleh itu, Bersih mendesak supaya tempoh kempen bagi pilihanraya umum akan datang diperuntukan selama 21 hari, iaitu separuh daripada tempoh kempen dalam pilihanraya 1955.

Tempoh tersebut, tambah Bersih, akan memberi masa kepada para pengundi untuk mengenali calon-calon mereka dan mesej yang diperjuangkan oleh mereka.

"Ini amat penting memandangkan media elektronik perdana berat bersikap sebelah sebelah dalam laporannya. Tempoh kempen yang panjang akan membantu menyediakan padang permainan yang sama rata dan membolehkan rakyat menilai calon-calon secara yang lebih bermakna," katanya.

Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59