Sunday, 25 November 2007

POLIS TERUS MENGGANAS, TEMBAK GAS PEMEDIH MATA DAN AIR KIMIA KEPADA RAKYAT



Kuala Lumpur : Polis terus menggunakan jentera kerajaan yang dibiayai oleh duit rakyat untuk menzalimi rakyat hari ini.

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata serta menyembur air kimia untuk meleraikan mereka yang berkumpul di tiga tempat di Kuala Lumpur-Jalan Ampang, KLCC dan Batu Caves untuk menyertai perhimpunan anjuran Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) di ibunegara.

Polis melepaskan gas pemedih mata kira-kira jam 7.40 pagi tadi untuk meleraikan orang ramai yang di Jalan Ampang. Polis telah mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan tersebut dan akan menangkap mereka yang memasukinya.

Sebelum itu, polis juga telah menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan orang ramai yang berkumpul di Batu Caves dan di kawasan KLCC.

Walaupun polis mengadakan sekatan jalanraya dan mengawal ketat jalan masuk ke bandaraya, namun ribuan masyarakat India dari seluruh negara tiba di Kuala Lumupur sejak malam tadi.

Sesetengah daripada mereka sudahpun berada di Jalan Ampang dekat Hotel Nikko yang terletak berhampiran bangunan Suruhanjaya Tinggi British, awal pagi ini.

Walaupun berdepan dengan tembakan air kimia, tetapi kira-kira 2,000 orang yang berhimpun di situ tidak memperdulikanbta dan enggan beredar dari situ.


Bagaimanapun, pada jam 8.30 pagi, polis berjaya memaksa orang ramai keluar dari kawasan tersebut, di mana ramai daripada mereka berkumpul berhampiran Institut Jantung Negara di Jalan Tun Razak.

Manakala satu lagi kumpulan berhimpun dekat bangunan Tabung Haji tetapi tembakan gas pemedih mata memaksa mereka berundur ke bangunan kedutaan Amerika Syarikat dekat situ.

Pada jam 9 pagi, polis telah 'membersihkan' kawasan di sekitar Ampang Park dan bangunan Suruhanjaya Tinggi British.

TERKINI 9.30 pagi: Orang ramai yang berkumpul berpecah kepada tiga kumpulan utama - kira-kira 3,000 di selatan Jalan Tun Razak dengan pihak polis bertindak memaksa mereka berundur ke Jalan Kia Peng dan Jalan Bukit Bintang.

Kira-kira 3,000 lagi di utara Jalan Tun Razak dekat Institut Jantung Negara. Manakala satu lagi kumpulan berhimpun di KLCC.

Manakala jumlah mereka yang berhimpun di KLCC telah meningkat kepada antara 10,000 hingga 15,000. Pemimpin Hindraf, termasuk P Uttayakumar, menyampaikan ucapan. Polis menembak gas pemedih mata setiap 10 minit.

Pemimpin Hindraf, A Sivanesan mengecam tindakan polis yang menurutnya, telah menjadi Kuala Lumpur sebagai 'zon perang'.

Menurutnya, keadaan sudah tidak terkawal lagi dan beliau menyalahkan pihak polis. Beliau turut mendakwa bahawa polis memukul wanita dan kanak-kanak dan menyifatkan tindakan itu sebagai sudah melampau.

"Ia tidak akan menghalang kita untuk menyerahkan memorandum tersebut dan kita akan mencari jalan untuk melakukannya," katanya kepada Malaysiakini.

Peguam Haris Ibrahim, yang mengetui pasukan pemantau 10 ahli Majlis Peguam, terkejut dengan tindakan polis tersebut.

Beliau berkata, pihaknya tidak senang dengan cara polis menangani orang ramai.

Perarakan diisytihar haram

Ramai anggota polis berkawal di situ dan beberapa tangkapan telah dibuat. Sebahagian dari Jalan Ampang sudahpun ditutup tetapi mereka yang mahu menyertai perhimpunan tersebut mulai datang dari semua arah.

Perhimpunan itu telah diisytiharkan haram oleh pihak polis yang sebelum ini telah mendapatkan perintah mahkamah untuk melarang orang ramai daripada menyertainya.

Orang ramai sedang berkumpul di pelbagai tempat di sekitar ibunegara, semua berharap dapat pergi ke bangunan Suruhanjaya Tinggi British pada kira-kira jam 10 pagi.

Jalan Ampang - lokasi suruhanjaya tinggi itu - dan tiga lagi jalan telah ditutup sejak jam 3 pagi untuk menghalang orang ramai masuk ke situ.

Turut ditutup ialah dua stesen LRT - Ampang Park danKLCC - yang terletak berhampiran kawasan tersebut.

Perhimpunan tersebut dirancang diadakan bagi menyokong saman terhadap kerajaan British untuk mengutuk apa yang mereka dakwa sebagai diskriminasi masyarakat India di negara ini.

Saman tersebut diaman baru-baru ini untuk menuntut gantirugi sebanyak AS$4 trillion (RM14 trillion) untuk kira-kira dua juta masyarakat India di Malaysia yang nenek moyang mereka telah di bawa oleh British ke negara ini untuk bekerja sebagai buruh pada tahun 1800-an.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59