Tuesday, 13 November 2007

POLIS TERENGGANU KERJASAMA DGN UMNO CUBA GAGALKAN CERAMAH PAS


KUALA TERENGGANU : Nampaknya Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob tidak serik-serik dengan menjadikan Polis sebagai kuda tunggangan Umno apabila cuba menggagalkan program ceramah PAS yang akan diadakan malam ini.
Semalam Ayub memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai sebarang aktiviti ceramah dan perhimpunan haram anjuran sebuah parti pembangkang yang dirancang diadakan di Batu Buruk di sini pada malam esok.

Beliau berkata, perhimpunan tersebut yang akan diadakan di tempat yang sama berlakunya rusuhan pada 8 September lepas, tidak ada permit, maka penganjur serta orang ramai yang didapati menyertainya boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Manan Alwi ada menerima permohonan daripada penganjur untuk mengadakan perhimpunan dan ceramah di Batu Buruk pada malam esok, namun setelah kajian dan penilaian dilakukan melibatkan segala aspek, kita dapati tempat tersebut tidak sesuai untuk diadakan ceramah tersebut.

“Sehubungan itu, saya meminta kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan haram tersebut kerana mereka yang didapati berbuat demikian boleh ditahan tanpa waran dan dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata, jika didapati bersalah, mereka yang terlibat boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 27 (8) akta yang sama dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM2,000 atau maksimum RM10,000 atau penjara setahun.

Tidakkah Polis tahu bahawa tempat ceramah yang akan diadakan tersebut ialah di kawasan persendirian iaitu di rumah Hj Mat Singapura. Sebelum sudah berpuluh-puluh kali malah mungkin beratus kali PAS mengadakan ceramah di rumah tersebut.

Polis juga sepatutnya sedar bahawa semua kes mahkamah yang melibatkan penganjuran ceramah di premis persendirian menyebelahi penganjur.


Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kerajaan negeri juga tidak pernah menyekat mana-mana pihak khususnya parti pembangkang untuk menyuarakan pendapat, pandangan, malahan penganjuran perjumpaan di seluruh negeri oleh Pas.

Namun, katanya, tapak cadangan untuk diadakan perhimpunan pada malam esok didapati tidak sesuai dari aspek keselamatan dan ketenteraman awam, selain tempat itu terlalu sempit serta tidak mampu untuk menampung bilangan orang ramai seperti yang disasarkan.

Dalam kejadian pada malam 8 September lalu, Polsi telah menembak 2 ahli PAS yang datang untuk mendengar ceramah anjuran Bersih. Polis menuduh mereka cuba menyerang Polis tetapi sehingga kini kes ini belum dibicarakan di mana-mana mahkamah. Polis juga menjalankan provokasi kepada orang awam sehingga menyebabkan berlakunya ketegangan.

Harta-harta awam juga dirosakkan oleh anggota Polis sebaliknya Polis menuduh penyokong-peyokong pembangkang yang melakukannya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59