Tuesday, 6 November 2007

POLIS DAN KERAJAAN MALAYSIA DI SAMAN



Empat peguam hari ini menfailkan saman terhadap enam pegawai polis dan kerajaan Malaysia bagi menuntut gantirugi RM85 juta atas dakwaan silap menangkap dan menahan mereka selama sehari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, bulan lalu.

M Manoharan, P Uthayakumar, P Waythamoorthy dan V Ganabatirau menfailkan writ saman itu melalui Tetuan R Kengadharan di Pejabat
Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur, demikian laporan Bernama.

Tujuh defenden yang dinamakan dalam tuntutan saman itu ialah Ketua Polis Daerah (OCPD) Shah Alam ACP Noor Azam Jamaludin, timbalannya Supt Sharif Abdul Wahid, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Selangor, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Konstabel Hasrul (hanya satu nama) dari IPD Shah Alam dan kerajaan Malaysia.

Manoharan, Uthayakumar dan Ganabatirau masing-masing memohon RM20 juta sebagai gantirugi am manakala Waythamoorthy memohon RM25 juta.

Dalam pernyataan tuntutan itu, mereka mendakwa pada 30 Oktober lalu, mereka telah pergi ke IPD Shah Alam untuk berjumpa dengan anak guam masing-masing tetapi telah dihalang oleh defendan keenam iaitu Konstabel Hasrul.

'Jejas reputasi'

Mereka mendakwa Konstabel Hasrul tidak membenarkan mereka masuk ke dalam balai polis itu dan juga bertindak ganas dengan menolak Waythamoorthy sehingga beliau mengalami kecederaan di kepala dan siku.

Mereka mendakwa apabila berlaku kekecohan, anggota polis lain bergegas ke balai itu dan Konstabel Hasrul juga telah mengeluarkan kata-kata yang tidak senonoh terhadap mereka.

Mereka kemudiannya diberkas sekitar jam 11 malam, 30 Oktober, atas arahan defendan pertama hingga defendan kelima sehingga mereka dibebaskan pada keesokan harinya jam 8 malam.

Keempat-empat peguam itu mendakwa akibat perbuatan oleh defendan-defendan, reputasi dan imej mereka sebagai peguam terjejas.

Akibat perbuatan itu juga, mereka tidak dapat berjumpa dengan anak guam masing-masing pada 31 Oktober dan mereka juga tidak dapat untuk menghadiri perbicaraan dan sebutan kes yang dijadualkan pada 31 Oktober.

Susulan itu, mereka mendakwa perbuatan defendan-defandan itu yang memberkas dan menahan mereka adalah salah di sisi undang-undang.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59