Friday, 23 November 2007

Penyokong Hindraf berhimpun di ibupejabat polis S'gor


Kira-kira 100 penyokong Barisan Bertindak Hak Hindu (HIndraf) berhimpun di luar ibupejabat polis Selangor di Shah Alam di mana tiga pemimpin utama Hindraf sedang ditahan.

Kira-kira 20 anggota polis yang bersenjatakan rifel dan perisai membentuk benteng bagi mengelak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Para penyokong Hindraf telah diarah supaya bersurai. Pada awalnya sesetengah daripada mereka duduk di tengah-tengah jalan, hingga mengganggu perjalanan lalulintas di kawasan tersebut.

Polis telah menangkap Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy, abangnya yang juga penasihat undang-undang Hindraf, P Uthayakumar. Seorang lagi adalah ahli Hindraf, peguam Ganapathy Rao.

Ketiga-tiga mereka yang dijangka didakwa atas tuduhan menghasut, ditangkap dua hari sebelum berlangsungnya perhimpunan anjuran Hindraf di luar bangunan Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59