Thursday, 29 November 2007

Pemimpin Hindar Ganapathi ditangkap


Seorang pemimpin utama Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) ditangkap pagi ini, dan sekaligus mencetuskan kebimbangan bahawa pihak polis sedang memburu pemimpin pertubuhan tersebut.

Peguam VS Ganapathi Rao ditangkap di rumahnya di Shah Alam, Selangor, kira-kira jam 7.15 pagi oleh sepasukan polis dari Seremban.

Seorang pemimin Hindraf, M Manoharan memberitahu Malaysiakini bahawa Ganapathi terus dibawa ke Seremban dan dijangka didakwa atas tuduhan menghasut.

“Saya percaya beliau ditangkap berhubung satu forum yang diadakan oleh Hindraf di Seremban dua minggu lalu. Lima orang, termasuk saya sendiri, berucap mengenai nasib masyarakat India," tambahnya.

Manoharan percaya, beliau dan tiga lagi pemimpin Hindraf - termasuk Pengerusinya, He P Waythmoorthy dan Penasihat Undang-undangnya, P Uthayakumar - juga akan turut ditangkap oleh polis Seremban.

Ketika dihubungi, Uthayakumar juga berkata, beliau menjangka akan ditahan.

“Saya sedang menunggu ketibaan polis di rumah saya di Bangsar. Saya pasti polis akan datang menahan kita," tambahnya.

Uthayakumar juga berkata, beliau tidak terperanjat jika beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kes di Klang

Jumaat lalu, polis Selangor menangkap Waythamoorthy, Uthayakumar and Ganapathi atas dakwaan menghasut.

Pada hari yang sama mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Klang kerana membuat ucapan yang berunsur hasutan dalam Tamil di sebuah forum di Restoran Yuen He di Sungai Rambai, Jalan Batang Berjuntai, Kuala Selangor, di antara jam 8.30 malam dan 11.15 malam 16 November lalu.

Bagaimanapun, Isnin lalu, Hakim Mahkamah Sesyen Klang, Zunaidah Mohd Idris melepaskan mereka tanpa dibebaskan selepas mendapati tuduhan terhadap mereka tidak jelas kerana pihak pendakwa tidak menyertakan transkrip mengenai dakwaan kenyataan berunusr hasutan itu.

Ahad lalu, kira-kira 30,000 orang - sebahagian besarnya kaum India - berhimpun di Jalan Ampang di Kuala Lumpur menyertai perhimpunan anjuran Hindraf untuk menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi British.

The authorities had denied a permit for the rally and obtained a rare court order restraining the public from taking part. The police used tear gas and water cannon to disperse the crowd.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59