Tuesday, 27 November 2007

PAS AKAN MENANG LEBIH DARI 27 KERUSI PARLIMEN, KAJIAN MERDEKA CENTER SUDAH 'EXPIRED' - MAHFUZ


PAS akan memenangi lebih dari 27 kerusi Parlimen dalam Pilihanraya Umum akan datang berdasarkan sokongan rakyat yang beralih kepada PAS di sebabkan kegagalan Imam Al Hadhari memerintah negara dengan baik serta ketidakpuasan hati rakyat disebabkan masalah rasuah, jenayah, kezaliman, kesempitan hidup dan lain-lain.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Hj Mahfuz Omar, PAS menolak hasil kajian yang dibuat oleh Merdeka Center bahawa rakyat gembira dengan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia dibuat tidak berdasarkan kepada situasi politik terbaru.

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata, ini kerana kajian itu dibuat beberapa bulan lalu, yang tidak mengambilkira beberapa perhimpunan rakyat yang diadakan sebagai protes kepada kerajaan.

"Saya tidak tahu bila tarikh sebenar kajian tersebut tetapi yang pasti ia dibuat sebelum perarakan Bersih dan Hindraf, Ahad lalu.

"Sudah tentu kaji selidik tersebut tidak memasukkan faktor perhimpunan anjuran Bersih dan Hindraf tersebut.

"Oleh itu Merdeka Center perlu membuat satu kajian yang baru untuk mengetahui kecenderungan rakyat terhadap kepimpinan negara, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi," katanya dalam sidang media di ibupejabat PAS di ibu negara hari ini.

Kajian yang dijalankan oleh Merdeka Center untuk New Straits Times, mendapati sokongan pengundi yang positif dan kukuh terhadap Perdana Menteri dan kerajaan BN.

Menurut kajian itu lagi, kenyakinan rakyat terhadap Perdana Menteri dan kerajaan kekal stabil dan positif walaupun wujudnya perkembangan yang sebaliknya.

Kelemahan parti

Kajian itu yang membabitkan 1,024 responden, mendapati rakyat Malaysia mengambil berat tentang ekonomi, keselamatan awam dan isu rasuah.

Mahfuz berkata, persekitaran politik negara sentiasa berubah dan ini bermakna kajian yang dibuat beberapa bulan lalu, sudah tidak boleh diterimapakai lagi.

Bagaimanapun, katanya, kajian tersebut boleh membantu PAS mengenalpasti kelemahan-kelemahan parti itu dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.
Sebaliknya, kata beliau, kajian yang dibuat oleh PAS mendapati sokongan pengundi terhadap parti itu semakin meningkat terutama sejak kebelakangan ini.

Mahfuz berkata, antara faktor sokongan rakyat kepada PAS ialah ketidakpuas hati terhadap pengurusan ekonomi dan negara oleh Perdana Menteri.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59