Sunday, 18 November 2007

ISU VIDEO VK LINGAM :TUBUH SEGERA SURUHANJAYA DIRAJA JANGAN LENGAH LAGI



Parti pembangkang mahu penubuhan dan pelantikan anggota Suruhanjaya Diraja disegerakan bagi menyelesaikan isu rakaman klip video yang dikatakan mengandungi perbualan telefon antara seorang peguam terkemuka dan seorang hakim kanan bagi mengatur pelantikan hakim di negara ini.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, penubuhan suruhanjaya itu tidak boleh dilengah-lengahkan dan senarai keanggotaannya perlu dikemukakan dengan segera kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, tugas-tugas Suruhanjaya Diraja mestilah yang bukan menjurus kepada kesahihan video klip sahaja tetapi merangkumi perkara-perkara pokok.

‘‘Perkara-perkara pokok itu melibatkan rasuah, salah guna kuasa dan integriti badan kehakiman hari ini,’’ katanya ketika dihubungi media di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada keputusan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja semalam.

Penubuhan suruhanjaya itu diputuskan setelah kerajaan di desak berbuat demikian oleh parti politik, Majlis Peguam dan NGO. Jika tidak sudah tentu kerajaan akan mendiamkan diri seperti juga kes-kes rasuah dan salah guna kuasa 'jerung-jerung' yang didiamkan sehingga ke hari ini.

Azmin berkata, keanggotaan suruhanjaya itu hendaklah terdiri daripada individu yang berkewibawaan dan berhemah tinggi, bertanggungjawab dan mempunyai rekod bersih serta daripada kalangan yang tidak boleh dipengaruhi golongan politik.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata, walaupun penubuhan suruhanjaya itu agak lewat tetapi sekurang-kurangnya ia ditubuhkan.

Guan Eng berkata, sekiranya Suruhanjaya Diraja itu tidak bebas maka orang ramai tidak akan menerima sebarang keputusan yang dibuat oleh badan itu nanti.

Justeru, katanya, pelantikan anggota suruhanjaya itu amat penting agar dilihat oleh rakyat sebagai badan yang bebas dan berintegriti tinggi.

‘’Untuk tujuan itu, anggotanya mestilah mempunyai latar belakang perundangan yang kukuh, berkredibiliti tinggi, mempunyai rekod bersih dan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan badan kehakiman negara,’’ jelasnya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59