Friday, 2 November 2007

PAK LAH SELALU TERSENGIH, TAPI HATI KERAS MACAM BATU



Imam Badawi Wal Hadhari, sememangnya seorang yang mudah tersenyum, perwatakan lembut, percakapannya lembut dan seolah-olah mudah didekati dan di buat kawan.

Tetapi sifat-sifat di atas tidak pernah direalisasikan bila berhadapan dengan tahanan ISA dan keluarga tahanan tersebut.

Manakan tidak harapan isteri-isteri tahanan ISA untuk berjumpa beliau, tidak pernah di dipenuhi. Beratus-ratus malah mungkin beribu-ribu surat yang diutuskan oleh isteri dan anak-anak tahanan ISA tidak pernah di balas malah mungkin tidak di buka dan di baca oleh Imam Al Hadhari yang zalim ini.

Mana pergi sifat belas kasihan dan lembah-lembut beliau. Tidakkah beliau merasai kesedihan dan keperitan ketika arwah isterinya dijemput mengadap Allah di mana beliau sudah pasti berasa kesunyian kerana insan tersayang meninggalkan beliau.

Begitu juga dengan isteri dan anak-anak tahanan ISA yang beliau zalimi. Mereka dahagakan belian kasih suami dan bapa. Ayah dan suami mereka masih hidup belum mati, tetapi hakikatnya insan tersayang itu tiada di samping untuk membela nasib dan memberi nafkah zahir dan batin kepada anak-anak dan isteri. Ini kerana mereka dipisahkan oleh KEZALIMAN Imam Al Hadhari yang hatinya bagaikan batu tidak mahu menimbangkan pembebasan tahanan ISA tersebut.

Sebahagian tahanan ISA yang tidak pernah dibuktikan bersalah itu sudah merengkok di dalam penjara selama 6 tahun. Cukup lama tempoh itu. Ada anak-anak yang masih bayi ketika ayah mereka di tahan kini sudah masuk sekolah. Mereka membesar tanpa ayah di sisi. Isteri-isteri tahanan yang dulunya menjadi surirumah sepenuh masa terpaksa memikul beban bekerja untuk menyara anak-anak mencari seringgit dua untuk sesuap nasi. Ramai yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tidakkah Imam Hadhari berasa kasihan dengan kedhaifan dan kesengseraan mereka. Memang engkau betul-betul berHATI BATU

Ketika syawal menjelang, engkau (Imam Al Hadhari) bergembira dengan isteri baru, anak-anak, cucu dan cucu baru. Manakala isteri dan anak-anak tahanan ISA berlinang air mata kerana tiada duit untuk membeli pakaian baru, kuih dan daging. Lebih parah lagi kemanisan dan kehangatan 1 Syawal tidak membawa erti bagi mereka kerana ayah dan suami tiada di sisi. Semuanya menjadi nostalgia sahaja di sebabkan kerakusan dan ketamakan kuasa engkau wahai si Penzalim.

Di hari yang baik dan bulan baik ini (Syawal masih berbaki), Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil menyeru dan menggesa engkai wahai Si Penzalim untuk membebaskan semua tahanan ISA dan hadapkan mereka ke mahkamah. Biar mahkamah menentukan samada mereka bersalah atau tidak.

Tidakkah Ramadhan telah mendidik hati batu engkau si penzalim supaya menjadi lembut dan ada sifat kasihan belas.

Andai engkau masih tidak mahu mendengar rintihan dan tangisan anak dan isteri tahanan ISA maka sahlah kamu memang berHATI BATU. Telinga 'pekak' dan mata 'buta'.

TAKUTLAH DOA ORANG YANG KENA ZALIM SESUNGGUHNYA DOA MEREKA TIADA HIJAB DI SISI ALLAH.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59