Monday, 26 November 2007

PAS BENARKAN ORANG TIONGHUA BELA BABI



Kuala Lumpur : PAS memberi jaminan bahawa hak-hak orang bukan Islam, khususnya orang Cina, akan dikekalkan dan dibela, termasuk keperluan menternak dan menjual daging babi kepada kaum itu seperti di Kelantan.

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, apa yang kerajaan negeri lakukan untuk orang Cina di Kelantan akan diamalkan di seluruh negara jika parti itu memerintah kelak. Katanya, sejak memerintah Kelantan 17 tahun lalu, kerajaan negeri bukan sahaja mempertahankan hak orang Cina tetapi memberi bantuan kepada kaum tersebut sepertimana yang dinikmati oleh orang Melayu.

Di Kelantan, katanya, orang Cina boleh menjual daging babi secara terbuka di pasar yang letaknya berhampiran pasar orang Melayu tanpa sebarang masalah. "PAS memberi jaminan orang Cina bebas menggunakan bahasa dan mengamalkan adat resam mereka tanpa sebarang halangan daripada kerajaan atau kaum-kaum lain.

"Ada orang Cina yang bimbang jika PAS memerintah, mereka akan dipaksa masuk Islam. Ini yang kita dengar dari orang Cina terhadap PAS. Struktur ternakan babi "Jawapannya ialah PAS tidak akan memaksa orang Cina memeluk Islam. Islam bukan untuk orang Melayu tetapi untuk semua, termasuk orang Cina," katanya dalam sidang media di ibupejabat PAS di ibu negara hari ini. Hadir sama Presiden Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chaw.

Hu mencelah, masyarakat Melayu pernah membantah tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) membenarkan peniaga Cina menjual daging babi secara terbuka bersebelahan pasar sayur orang Melayu.

Bagaimanapun, kata Hu, bantahan tersebut ditolak oleh pihak berkuasa tempatan berkenaan dengan alasan itu hak orang Cina.

"Sehingga sekarang pasar yang menjual daging babi masih ada dan tidak menimbulkan masalah kepada orang Melayu," kata Hu. Sementara itu, Nasharudin berkata lagi, tiada sebab untuk meminggirkan orang Cina kerana mereka merupakan penduduk kedua terbesar di negara ini.

Ketika ditanya adakah PAS akan membenarkan jualan daging babi, Nasharuddin berkata, PAS akan membentuk satu struktur ternakan babi untuk orang Cina. Katanya, hak orang Cina untuk membekalkan daging babi kepada kaum mereka perlu dipertahankan. Utamakan semua kaum "Kita tidak boleh hanya menyebut ini masyarakat majmuk tetapi tetapi keperluan dan hak mereka tidak diisi dan dipertahankan. "Adalah penting hak dan kepentingan sesuatu kaum perlu dibela.

Kalau hak orang Melayu yang terhakis kita perlu bela, sama juga dengan orang Cina," katanya. Nasharudin juga mengulas mengenai isu ternakan babi di Melaka khususnya di Paya Mengkuang dalam daerah Masjid Tanah yang menjadi isu di Melaka. Beliau berkata, isu tersebut berlaku kerana ketiadaan rundingan antara pihak berkuasa dengan masyarakat Cina mengenai keperluan bekalan babi kepada kaum terbabit.

Mengenai pilihanraya, Nasharudin berkata, sokongan kaum Cina kepada PAS telah meningkat ekoran pelbagai isu-isu yang berlaku dalam negara. Katanya, mereka lebih yakin dengan kemampuan PAS, berbanding dengan sebelum ini dalam mengendalikan isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat. Antara isu-isu yang meningkatkan sokongan kaum Cina kepada PAS ialah keadaan kepimpinan negara yang kelihatan lebih lemah, rasuah, jenayah dan pengurusan ekonomi yang tidak cekap, katanya.

Kerajaan PAS, kata Nasharudin, mengutamakan sebuah kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum, dengan mengutamakan hak-hak dan kebajikan mereka. “Inilah yang kita buat di Kelantan, menyebabkan tidak ada masalah kepada masyarakat bukan Melayu dalam semua perkara,” tambahnya

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59