Thursday, 15 November 2007

KHIR TOYO JUGA PATUT TERIMA PENYAPU



Bukan sahaja pekerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sepatutnya diberikan penyapu tetapi Khir Toyo sendiri selayaknya diberikan dengan penyapu yang lebih besar.

Ini kerana di Selangor makhluk yang sepatutnya disapu dari jawatannya ialah Khir Toyo sendiri kerana beliau telah didakwa dengan pelbagai dakwaan rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.

Dakwaan demi dakwaan dibuat oleh individu, NGO dan parti politik tetapi Khir Toyo tetap tidak di dakwa. Malah Khir Toyo sendiri tidak menunjukkan rasa malu dan segan terus duduk di kerusi empuk Menteri Besar Selangor.

Khir Toyo memang seorang pemimpin yang tidak bermaruah sehingga sanggup memekakkan telingan dan membutakan hati dengan tidak menghiraukan aduan dan laporan Polis dan laporan BPR yang dibuat.

Sebaliknya Khir Toyo berusaha pula untuk menjatuhkan maruah pekerja-pekerja PBT di bawah pentadbirannya apabila menghadiah penyapu kepada beberapa PBT di Selangor.

Media semalam melaporkan kekesalan Kesatuan sekerja kakitangan awam tentang perkara itu. Kesatuan itu tidak bersetuju dengan langkah kerajaan Selangor memberikan "penyapu" kepada agensinya yang berprestasi buruk kerana itu menjatuhkan moral kakitangan.

Sebaliknya mereka mencadangkan agar tindakan tegur secara bersemuka, perjumpaan tertutup dan memperkenal sistem bintang atau taraf sebagai pendekatan yang lebih baik bagi merangsang agensi kerajaan mencapai prestasi yang disasarkan.

Presiden Cuepacs Omar Osman berkata cara menegur secara tertutup dilihat sebagai kaedah terbaik yang dapat memberi kesedaran kepada kakitangan agensi yang terlibat, dan pada masa yang sama, mengetahui masalah sebenar mereka.

Beliau berkata pemberian penyapu oleh kerajaan Selangor kepada Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor bukanlah budaya masyarakat Malaysia dan ia boleh disalahtafsir oleh sesetengah pihak.

"Saya terkejut dan tidak setuju dengan pemberian penyapu ini. Selepas 50 tahun merdeka, ada lagi cara lain bagi memberi kesedaran kepada pekerja," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Dua hari lepas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menghadiahkan 'penyapu' kepada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik.

Omar berkata beliau menerima banyak panggilan daripada pekerja sektor awam di seluruh negara yang tidak senang dengan cara itu, dan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Cuepacs pada 29 Nov ini.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud berkata pemberian penyapu itu dilihat terlalu kasar seolah-olah memberi isyarat tidak baik.

"Jangan melakukan sesuatu yang mendatangkan aib kepada penjawat awam. Mungkin ada sebab dan halangan mereka tidak mencapai prestasi cemerlang.

"Bukan tidak boleh ditegur tetapi cara itu telalu kasar. Jika sistem seluruh negeri Selangor baik, hanya MDHS saja yang tidak baik, itu lainlah. Penyapu menggambarkan bahawa jabatan tersebut teruk sangat," katanya.

Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae) Azih Muda pula berkata adalah lebih wajar jika pencapaian atau kelemahan sesuatu jabatan atau PBT itu diukur dalam bentuk 'rating' atau sistem bintang, seperti mana yang diguna pakai dalam bidang perhotelan.

"Dengan menggunakan sistem bintang, PBT yang dapat jumlah bintang yang tinggi dapat berbangga (bila bintang itu dipamerkan), berbanding jika mereka mendapat hadiah seperti tiket percutian, mereka tiada apa-apa lagi untuk dibanggakan bila hadiah itu habis digunakan.

"PBT yang kurang (jumlah bintangnya) pula tentunya malu dan akan berusaha untuk meningkatkan pencapaian mereka," katanya

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59