Thursday, 22 November 2007

KERAJAAN TIDAK IKHLAS BENTERAS MAKSIAT



Melaka : Kerajaan Negeri Melaka dilihat tidak ikhlas serta tidak bersungguh membenteras kegiatan maksiat di negeri ini walaupun mempunyai pasukan penguatkuasa JAIM bagi menangani isu ini.

Ahli Badan Perhubungan Negeri, Salim Tahir (gambar) dalam kenyataanya pagi ini menggesa kerajaan negeri menutup semua hotel-hotel murah yang dikenalpasti pernah menjalankan kegiatan maksiat seperti pelacuran dan rumah urut.

"Kita hairan bagaimana kerajaan negeri membiarkan hotel-hotel ini meneruskan operasi ini sedangkan pihak JAIM telah menangkap pelanggan dan pelacur di dalam hotel tersebut beberapa kali".

"Kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berkuasa menarik balik lesen premis bangunan jika benar-benar kerajaan negeri ikhlas ingin membenteras maksiat" tambah Salim.

Menurutnya, JAIM tidak berupaya untuk membenteraskan kegiatan maksiat selagi tempat-tempat dan punca-punca maksiat ini tidak ditutup.

"Mana mungkin JAIM dapat menangkap semua pesalah sedangkan tempat-tempat maksiat ini tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan sedangkan bilangan kakitangan bahagian penguatkuasaan JAIM amat terhad."

Salim diminta mengulas laporan media hari ini bahawa dua hotel murah di Jalan Munshi Abdullah, di sini, yang diserbu Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) tiga hari lalu diserbu lagi selepas didapati masih aktif menjalankan kegiatan kurang bermoral, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 11.45 pagi itu, seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan bersama seorang wanita dipercayai pelacur berusia 18 tahun.

Serbuan dibuat secara kebetulan ketika lima pegawai penguat kuasa sedang melalui kawasan berhampiran hotel itu dan terserempak dengan seorang lelaki sedang masuk menerusi pintu belakang hotel berkenaan.

Pegawai terbabit terus mengintip pergerakan mereka dan mendapati dia terus naik ke tingkat atas hotel berkenaan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, dilaporkan berkata sebaik mengenal pasti bilik dimasuki lelaki terbabit, pihaknya terus mengetuk pintu dan ia dibuka seorang wanita.

Katanya, sebaik memperkenalkan diri dan melakukan pemeriksaan lanjut, pihaknya menemui seorang lelaki di satu bahagian di bilik berkenaan.

"Siasatan mendapati lelaki berasal dari negeri ini beragama Islam manakala wanita terbabit berasal dari Sabah dan bukan Islam.

"Lelaki terbabit mengakui dia melanggan wanita itu untuk kali pertama bagi mendapatkan `perkhidmatan' daripadanya.

"Dia juga mendakwa diberi diskaun untuk `perkhidmatan' itu dan hanya membayar RM50.

"Malah, pemeriksaan lanjut mendapati wanita itu adalah antara 14 wanita yang ditahan Ahad lalu. Mereka dipercayai pelacur," katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Akhbar ini Isnin lalu melaporkan dua hotel murah yang disangka sudah tidak lagi beroperasi selepas beberapa kali diserbu pihak berkuasa sejak lebih setahun lalu kerana kegiatan pelacuran dikesan masih aktif menjalankan kegiatan sama.

Kegiatan itu terbongkar menerusi operasi bersepadu Jaim di premis dua tingkat itu, kira-kira jam 3.30 petang.

Dalam serbuan itu, 14 wanita berusia antara 18 hingga 30 tahun dipercayai pelacur dan empat lelaki berusia awal 30-an yang juga warga asing ditahan.

Lesen hotel berkenaan sudah dibatalkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pada tahun lalu kerana menjalankan kegiatan pelacuran.

Rahimin berkata, pemeriksaan lanjut mendapati enam lagi bilik turut dihuni beberapa wanita yang dipercayai pelacur.

Katanya, pemeriksaan mendapati mereka berusia di antara 18 hingga 25 tahun dan semua mereka bukan beragama Islam.

"Lelaki terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, 1991, kerana bersekediaman," katanya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59