Tuesday, 27 November 2007

KERAJAAN NEGERI ISLAM HADHARI TERUS MEMBAZIR



Kerajaan Negeri pimpinan Umno Islam Hadhari terus membazirkan duit rakyat dengan perkara-perkara remeh yang jelas tidak memberikan sebarang faedah kepada rakyat.

Hari ini media sekali mendedahkan amalan pembaziran ini terus menjadi 'pakaian' pemimpin kerajaan negeri. Kali ini giliran negeri Pahang pula menghanguskan duit rakyat dengan sewenang-wenangnya.

Dilaporkan bahawa Pejabat Menteri Besar Pahang membida nombor plat CCC 9 dengan harga RM48,000. Suatu jumlah yang cukup besar bagi sebuah keluarga miskin. Ianya lebih mahal dari sebuah rumah kos rendah dan juga sebuah kereta buatan Malaysia seperti Kancil, Viva, Proton Saga dan sebagainya.

Jika Pejabat Menteri Besar yang membida nombor plat maka sudah tentu ianya akan digunakan untuk kenderaan Menteri Besar. Maka sahlah Menteri Besar Pahang memang seorang yang suka membazir sedangkan sebelum ini beliau menegur dua orang exco Pahang iaitu Shahirudin Moin dan Shukri Ismail yang dikatakan membida nombor plat
RM62,400 untuk CCC 3 dan CCC 8.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri juga memenangi bidaan untuk nombor CCC 20 dengan nilai bidaan sebanyak RM5,500. Tidakkah ianya juga membazir?

Apa ada pada plat kereta selain dari untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk. Tidak syak lagi ianya membazir.

Rakyat yang dahulunya memberikan undi kepada BN pada Pilihanraya Umum 2004, sila fikirkan samada sokongan anda itu betul atau tidak. Jangan kita lantik lagi orang-orang yang suka membazirkan duit rakyat pada ketika rakyat terus terhimpit dengan untuk meneruskan kehidupan mereka sewenang-wenangnya berbelanja.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

KAWAN said...

Tuan...

Cuba report sikit... sapa yg bayar harga tinggi utk plat Melaka MBN1 - MBN10?

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59