Friday, 30 November 2007

KERAJAAN MELAKA LEMBAP



Melaka : Kerajaan Negeri Melaka jelas lembap dan lemah dalam mengagihkan wang pampasan banjir apabila 341 pemilik rumah yang terlibat dengan banjir masih belum menerima pampasan.

Setahun sudah berlalu tetapi perkara masih gagal diselesaikan.

Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Ustaz Abu Bakar Ramlee, kerajaan sebenarnya tidak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah ini. Agensi-agensi kerajaan pula dilihat sambil lewa menjalankan kerja mereka.

"Macamana sebuah kerajaan yang mempunyai segenap kelengkapan dan jentera kerajaan ramai anggotanya gagal mengesan dan mengenalpasti mangsa banjir. Masa dah berlalu hampir setahun duit bantuan masih belum diterima sepenuhnya".

".Kalau mereka nak buat kerja betul-betul bukan susah, pergi sahaja rumah ke rumah di setiap taman dan kampung, ambil maklumat dan lepas tu sahkan.Tetapi malangnya kerja-kerja bancian seperti itu tidak dilakukan. Ini jelas menunjukkan kerajaan lemah dan lembap" tegas Ustaz Abu Bakar.

Sementara itu seorang mangsa banjir yang tidak mahu namanya disiarkan menjelaskan bahawa seorang jirannya pula menerima bantuan banjir lebih dari sepatutnya.

Menurutnya, jirannya itu menerima wang pampasan banjir lebih dari yang diperolehi oleh mangsa lain. Beliau mengharapkan kerajaan negeri dapat menyiasat perkara ini kerana dikhuatiri berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa sehingga ada mangsa yang menerima bantuan lebih dari sepatutnya.

Media milik kerajaan negeri hari ini melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Melaka masih berusaha mengesan seramai 341 pemilik rumah di negeri ini yang terlibat dalam bencana banjir tahun lepas untuk proses bayaran pampasan bernilai RM700 sekeluarga yang kini masih belum dapat diserahkan.

Pemilik rumah atau nama bagi alamat rumah yang disenaraikan dikehendaki menghadirkan diri ke Unit Pembangunan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah, Aras 1, Bangunan Wisma Negeri, Kompleks MITC, Ayer Keroh.

Pemilik rumah atau nama yang disenaraikan itu perlu membawa dokumen asal iaitu kad pengenalan, laporan polis, bil cukai taksiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah yang terkini (jika dikenakan cukai), bil elektrik atai air dan dokumen perjanjian jual beli rumah.

Mereka dikehendaki hadir selewat-lewatnya sebelum 15 Disember 2007 jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari atau 2.30 petang hingga 5 petang untuk pengesahan.

Talian bagi Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah : 06 2327026 / 06 2327024 / 06 2327052 / 2327114.
Berikut adalah senarai pemilik rumah yang terlibat dalam bencana banjir yang berlaku pada tahun 2006

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

kawan said...

SALAM..
PATUTNYA AGIHAN DUIT BANJIR NI TAK PERLU SUSAH KALAU NAK BERKHIDMAT.MASA BANJIR ARI TU PATUTNYA ADA TEAM YG DATANG RUMAH KERUMAH BUAT CONFIRMATION ATAU COLLECT DATA MANGSA BANJIR.
TAK PERLU LA BAGI KAT PUSAT PEMINDAHAN.. LAMBAT SIKIT TAKPE ASAL SEMUA DAPAT DAN TAKDE YANG CLAIM BANYAK KALI.
UNTUK TAMAN LAGI SENANG... CONTOH TMN ANGKASA NURI, HABIS 1 TAMAN TENGGELAM. PEGI JE KAT PEMAJU, MINTAK LIST... BAGI CEK TU RUMAH KERUMAH.
TAK PAYAH LA BUAT MAJLIS UNTUK SERAHAN CEK.. ITU MAKAN BELANJA LAGI..

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59