Friday, 23 November 2007

KERAJAAN BN SANGGUP BEBAN RAKYAT TIDAK MAHU BAYAR PAMPASAN



Memang sah kerajaan BN sememangnya kerajaan tidak langsung prihatin kepada rakyat. Kerajaan sanggup membebankan rakyat dengan membenarkan syarikat pengendali Tol menaikkan kadar tol disebabkan kerajaan tidak mahu membayar pampasan kepada syarikat terbabit.

Persoalan pertama mengapa kerajaan tidak sanggup membayar pampasan sebalik sanggup membebankan rakyat.?

Persoalan kedua mengapa kerajaan begitu bodoh menandatangani kontrak perjanjian dengan syarikat pengendali TOl di mana kontrak tersebut jelas membebankan rakyat dan kerajaan?

Nampak jelas di sini menteri dan kabinet Islam Hadhari yang ada memang bengong dan tidak cerdik.

Hari ini media melaporkan bahawa Menteri Kerja Raya, Samy Vellu berkata kerajaan perlu membayar pampasan berjumlah RM380 juta kepada syarikat konsesi sekiranya kadar tol tidak dinaikkan tahun depan.

Beliau berkata lapan syarikat konsesi lebuh raya mungkin menaikkan kadar tol masing-masing bermula 1 Januari tahun depan, manakala sebuah lagi syarikat pada 1 Oktober 2008.

Menurutnya, kementeriannya menganggarkan kerajaan perlu membayar pampasan RM380 juta kepada syarikat terbabit sekiranya tidak mahu menaikkan kadar tol tahun depan.

Samy berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2008peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata, anggaran pampasan sembilan lebuh raya berkenaan adalah seperti berikut:

* Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (RM178 juta)

* Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (RM178 juta)* Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (RM34 juta)

* Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (RM34 juta)* Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Hulu Klang (RM28 juta)

* Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Hulu Klang (RM28 juta)* Jambatan Pulau Pinang (RM22 juta)

* Jambatan Pulau Pinang (RM22 juta)* Lebuh Raya Utara Selatan (Tengah) (RM18 juta)

* Lebuh Raya Utara Selatan (Tengah) (RM18 juta)* Lebuh Raya Kulim-Butterwoth (RM10 juta)

* Lebuh Raya Kulim-Butterwoth (RM10 juta)* Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (RM6 juta)

* Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (RM6 juta)* Lebuh Raya Utara Selatan, Klang Utara Baru (RM9 juta)

* Lebuh Raya Utara Selatan, Klang Utara Baru (RM9 juta) Menurut Samy, kerajaan juga mencari alternatif terbaik bagi memastikan kadar tol yang dikenakan tidak membebankan rakyat.

Katanya, dalam menjalankan tanggungjawabnya syarikat konsesi lebuh raya seperti Projek Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) melebarkan jalan daripada empat kepada enam lorong demi keselesaan pengguna membabitkan kos RM1 bilion.

"Ini semua bertujuan bagi keselesaan pengguna," katanya.

KALAU KERAJAAN BN TIDAK SANGGUP MEMBAYAR PAMPASAN KERANA KEBODOHAN SENDIRI SILA LETAK JAWATAN DAN BUBAR PARLIMEN SUPAYA KERAJAAN BARU DIPILIH DENGAN SECEPAT MUNGKIN.

KALAU TIDAK MAHU BUBARKAN PARLIMEN SEKURANG-KURANGNYA PAK LAH KENA PECAT SI SAMY VELLU YANG TIDAK ADA 'VALUE' ITU.

RAKYAT PULA MESTI CERDIK DAN JANGAN PILIH LAGI WAKIL-WAKIL RAKYAT DARI BN DAN BEKAS-BEKAS MENTERI BN YANG KURANG CERDIK INI.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59