Thursday, 22 November 2007

KENYATAAN AKHBAR TENTANG KEJADIAN MEMUKUL WARTAWAN KUANG MING DAILY


PAS Melaka amat kesal dengan kejadian Umno memukul wartawan Kuang Ming Daily, Ko Jung Seng pada 16 November lalu. PAS Melaka mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas ahli-ahli Umno Cheras yang memukul jurugambar tersebut. Tindakan itu merupakan tindakan yang tidak bertamadun dan sangat biadap.

Ahli-ahli Umno ini berlagak samseng tidak menghiraukan undang-undang di mana mereka bebas bertindak apa sahaja terhadap orang lain yang tidak sehaluan dengan mereka. Perbuatan mereka itu sungguh hina dan tidak boleh dipandang remeh.

Bagaimana Umno boleh melayan para pengamal media sebegitu rupa membuktikan bahawa Umno sememangnya tidak suka kepada kebebasan media dan sanggup mencabul undang-undang sedangkan para wartawan melakukan tugas mereka membuat laporan dan liputan untuk kepentingan negara dan orang ramai.

Profesion wartawan seharusnya disanjung dan dihormati sesuai dengan etika kewartawanan dan media.

PAS Melaka menggesa semua 'samseng' Umno ini disiasat dan diheret ke muka pengadilan dengan segera. KIta tidak mahu kes ini didiamkan sama seperti kes-kes pembunuhan yang melibatkan pihak-pihak atasan seperti kes pembunuhan Mustakizah dan Norita yang sehingga ke hari ini tiada hujung pangkalnya.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka
019-6821318

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59