Wednesday, 21 November 2007

KEJADIAN AJAIB TERUS BERLAKU : ADIK VK LINGAM TERUK DISIASAT BPR



Fenomena biasa dalam negara Islam Hadhari ini terus berlaku, di mana si pelapor akan disiasat dengan teruk sekali manakala orang didakwa melakukan kesalahan tidak disiasat dengan segera atau dibiarkan bebas.

Semalam fenomena ajaib yang tidak mungkin berlaku dinegara yang telus berlaku lagi. Adik VK Lingam, Thirunama yang membuat laporan bahawa abangnya terlibat merasuah Hakim di siasat dengan begitu lama ialah Badan Pencegah Rasuah (BPR) - kadang-kadang boleh dipanggil Badan Penggalak Rasuah.

Thirunama disoalsiasat selama 7 jam sedangkan VK Lingam masih belum dipanggil oleh BPR. Inilah Malaysia negara yang sesuai untuk dijadikan rujukan untuk penulisan skrip-skrip filem Tamil dan Hindustan.

Beliau berada di pejabat BPR selepas dipanggil oleh badan tersebut untuk memberi keterangan. Beliau menemui pegawai BPR pada jam 11.30 pagi dan muncul kira-kira tujuh jam kemudiannya.

Ditanya mengenai pertemuan tersebut, Thirunama berkata, beliau telah memberitahu pegawai BPR "semua yang dia tahu".

“Saya memberitahu mereka kebenaran seperti yang terkandung dalam laporan polis saya," katanya.

“Saya mahu badan kehakiman supaya bersih - itulah sebabnya saya membuat laporan polis," tambahnya.

Thirunama tidak menyatakan sama ada dia diminta datang lagi ke BPR untuk memberi keterangan selanjutnya.

Peguamnya, Wee Choo Keong, bagaimanapun mengecam badan tersebut kerana bertanya secara panjang lebar terhadap Thirunama.

Sementara itu dalam kenyataannya kepada media semalam, Thirunama menafikan bahawa beliau seorang yang gila.

Sebaliknya, Thirunama, 49, menegaskan bahawa beliau adalah seorang yang waras.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap abangnya kerana memfitnah dan mencemarkan nama baiknya.

"Saya akan saman Datuk VK Lingam," katanya kepada wartawan di luar ibupejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya pagi semalam.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59