Sunday, 18 November 2007

KEDAH MAJU 2010 TAPI MASIH ADA RAKYAT YANG PERNAH TAK MAKAN NASI


















SUNGAI PETANI: Menteri Besar melaung-laungkan bahawa Kedah akan menjadi negeri maju 2010. Tetapi laungan dan congakan mereka untuk menjadi negeri maju hanyalah omongan kosong. Mana mungkin negeri maju tetapi masih ramai rakyat yang dhaif fakir miskin. Malah pernah tidak makan nasi kerana kehabisan beras.

Media hari ini melaporkan bahawa keluarga Wan Salman Wan Chik di Kampung Penghulu Him, Sungai Petani di sini, hidup dalam kedaifan dan tidak mendapat perhatian mana-mana pihak berwajib kecuali rakan dan jiran sejak enam bulan lalu.

Kerajaan 'maju' Kedah sendiri langsung tidak menjenguk keluarga ini. Apa sudah jadi?

Wan Salman, 35, menderita penyakit yang menjadikannya pelupa dan tidak mampu bangun dari tempat tidur serta mengalami muntah darah.

Ketika ditemui Bernama, isterinya Hafishah Hanafiah, 36, berkata, mereka sekeluarga hanya bergantung hidup dengan bantuan rakan-rakan suaminya.

Empat anak Wan Salman masih bersekolah, dua di sekolah menengah dan dua lagi di sekolah rendah manakala anak sulungnya Wan Mohd Syamir, 15, terpaksa tinggal bersama neneknya di Kulim.

Hafishah berkata mereka tidak pernah mendapat bantuan dari mana-mana pihak termasuk dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu bagaimana hendak membuat rayuan.

Katanya keadaan suaminya semakin teruk sejak enam bulan lepas dan beliau tidak dapat menghantar suaminya berubat kerana tidak mempunyai wang.

"Malah kami pernah tidak makan kerana kehabisan beras," katanya.

Wan Salman sebelum ini bekerja sebagai buruh kasar dan melakukan kerja sampingan untuk menambah pendapatan termasuk mampu membuat hiasan dari barang terbuang.

Ketika diserang penyakit ganjil itu sejak empat tahun lepas, dia masih mampu bekerja tetapi penyakitnya bertambah serius sejak enam bulan lepas yang menyebabkan dia hanya mampu berbaring.

"Saya pernah dihalau dari rumah sewa kerana gagal menjelaskan sewa rumah selama enam bulan," kata Hafishah.

Keluarga ini juga kini menanggung beban kerana tidak menjelaskan bil elektrik dan bil air hampir setahun di rumah yang mereka duduki sekarang.

"Kami tidak mampu membeli lilin, dan jika bekalan air dipotong, kami tidak tahu di mana hendak mendapatkan bekalan air untuk kegunaan harian," kata Hafishah.

Mereka yang bersimpati dengan nasib keluarga itu boleh menghulurkan bantuan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional 023 00 29 0000 93 846.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59