Monday, 26 November 2007

HIMPUNAN RAKYAT : MALAYSIA MUNDUR DAN TERKEBELAKANG



Malaysia sebenarnya jauh lebih mundur dan terkebelakang dari segi menjaga hak-hak asasi manusia dan kepentingan rakyat.

Tindakan menghalang himpunan aman dengan melakukan sekatan jalnraya, provokasi dengan menangkap pemimpin NGO merupakan tindakan yang jauh terkebelakang jika dibandingkan dengan negara maju yang Polisnya sentiasa memberikan kerjasama pada setiap himpunan aman.

Himpunan Kumpulan Hindu Rights Action Force (Hindraf) semalam menjadi sedikit 'panas' disebabkan tindakan Polis yang membuat provokasi dengan mengadakan sekatan jalanraya sejak hari Khamis lagi. Malah 3 orang pemimpin Hindraf di tangkap tanpa ada alasan kukuh.

Tindakan ganas Polis semalam merupakan rentetan keganasan Polis yang menzalimi para peserta himpunan. Sebelum ini Polis tebukti ganas dengan membunuh orang kampung di Memali pada 1985, menangkap pemimpin NGO dan pemimpin politik di bawah ISA dalam operasi lalang dan sebagainya, menembak 2 orang awam di Batu Burok dan banyak lagi kes keganasan Polis. Namun Polis tidak pernah dipersalahkan.

Sebagainya sebuah negara yang selalu mengaku akan menjadi negara maju, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) menggesa pemimpin Islam Hadhari menjadikan negara kita benar-benar maju dari semua segi termasuk memberikan kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun selagi ianya tidak berlaku dalam keadaan ganas dan mengganggu ketenteraman awam.

Selama ini himpunan rakyat menjadi 'panas' dan mengganggu ketenteraman awam seperti 'traffic jam' bukan di sebabkan kecenderungan peserta untuk bertindak liar tetapi disebabkan kemarahan mereka kepada Polis yang melakukan provokasi seperti membuat sekatan jalan raya, menangkap pemimpin mereka dan sebagainya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59