Tuesday, 13 November 2007

HIMPUNAN 100,000 CATATAN LUBUK KAWAH: POLIS BIASA MAKI FRU


Apa dah jadi? lebih kurang 6000 orang berkumpul di Masjid Jamek dari awal pagi. Kami menunggu jam 3.00 petang, 10.11.07 untuk ke Dataran Merdeka dan dari sana ke Istana Negara.

Jam 2.45 petang semua jalan keluar disekat oleh FRU. FRU bagi warning suruh bersurai. Tapi bila kami nak keluar dari Masjid Jamek, FRU tabur kami dengan pancutan air kimia, dan berselang seli dengan gas pemedih mata.

Ramai yang jatuh, muntah, sesak nafas, dan ramai yang jatuh ke longkang kerana mata mereka tidak dapat dibuka lagi. Kesian orang-orang tua dan kanak-kanak.

Mana yang jatuh dibantu dibawa ke sumber air ditempat wuduk masjid. Saya diantara yang jatuh dan rebah dan dibantu ke tempat wuduk. Ramai yang bantu saya, saya disiramkan dengan air dan kemudian diberi garam dan air garam untuk diminum. Lama juga baru pulih. Tetapi berdekatan dengan saya ada beberapa orang polis beuniform juga mencurah air ke rambut dan muka mereka. Mereka juga muntah-muntah, ada polis yang meluru ke tempat air itu.

Polis biasa itu juga kena gas, mereka juga tak tahan, dan terdengar suara mereka memaki-maki FRU dengan perkataan yang berat-berat seperti BABI FRU TU, CELAKA FRU TU, neraka jahanam FRU tu. Ya, mereka baru tahu, siapa kawan siapa lawan.
Kami adalah perhimpunan yang aman di masjid itu. Kami tidk buat apa-apa kecuali menunggu masa untuk pergi ke Dataran Merdeka.

FRU tutup semua jalan keluar, mereka suruh kami bersurai, dan apabila kami mahu keluar, mereka tabur dengan gas pemedih mata dan pancutan air kimia. Tuhan akan balas mereka itu di akhirat nanti. Jangan ingat Pak Lah, Najib atau Musa akan menjadi pembantu anda diakhirat nanti. Kami tidak redha apa yang kamu buat keatas kami, Allahu Akbar!

Lebihkurang jam 4.00 petang, kepungan keatas kami masih diteruskan. Tetapi jika kami keluar dengan cara seorang berdua, kami dilepaskan. Kami mengambil peluang itu untuk keluar, saya, Nizam, Bob, Irwan dan beberapa yang lain secara berdua-duaan pergi ke Jalan Tun Perak, berhajat juga untuk ke Dataran Merdeka. Disana ada puluhan ribu manusia lagi, begitu juga di Soho dan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Mesjid India dan Mesjid Negara. Ratusan ribu manusia berhimpun dibeberapa lokasi di Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur menjadi Bandar Kuning, Bandar BERSIH untuk keadilan. Kalau semua bas dan semua yang mahu hadir tidak disekat oleh polis, lebih ramai lagi peserta-peserta perhimpunan itu. Walaupun kami tidak dapat pergi ke Dataran Merdeka, kerana tempat itu ditutup dan di seal oleh polis, ribuan kawan-kawan kami disana dimandikan dengan air asid dan gas, kami mendapat berita gembira bahawa lebih 5000 orang berjaya membolosi semua kepungan dan dengan diketuai Dato Seri Anwar Ibrahim yang bermotosikal, MEMORANDUM menuntut pilehanraya bersih dan adil berjaya diserahkan kepada wakil Yang Di Pertuan Agong.

Selepas 4.30 petang itu, kami duduk-duduk di perhentian bas, berehampiran Bank Pertanian yang tidak jauh dari Dataran Merdeka. Satu jam setengah kami duduk disana untuk melihat banjiran manusia yang tidak henti-henti mengalir diatas jalanraya itu. Mereka berjalan dengan aman, penuh dengan tertib. Dan itulah sebenarya perhimpunan kami, aman, damai dan berdisiplin. Malangnya kami DIRUSUHI POLIS. Ada yang terpaksa meluru kesana kesini kerana mereka dibom dengan air kimia dan gas. Gambaran itulah yang diambil oleh TV di Malaysia nak membayangkan bahawa perhimpunan itu adalah tidak terkawal. Sebenarnya polis yag merusuh!

Sambil kami duduk-duduk itu ada 4 orang yang berpakaian lain sedikit dari kami. Mereka tu sangat serius, tapi kami duduk berhimpit dengan mereka. Mereka macam tak selesa. Bob ambil gambar mereka, tapi mereka memalingkan muka, walau macam mana pun, muka mereka dapat juga diambil. Ditangan mereka ada beg plastik kuning, kami sangkakan makanan. Salah seorang dari mereka tertinggal beg plastik kuning itu, dan apabila kami lihat, didalamnya adalah ketulan batu pejal. Oh..Oh..rupa-rupanya inilah yang dinamakan ejen probokatur. Kalau kami tidak ada disitu, puak itulah yang akan mebaling kearah cermin-cermin kedai dan pejabat disitu,
jurugambar mereka akan ambil dan kononnya para demonstrasilah yang mengganas itu. Bagaimana kami tahu siapa mereka itu? Sebab apabila polis-polis itu mendapat ration makanan mereka, yang berada dekat kami itu pun dapat!

Ingat Batu Burok? Budak itu secara aman/damai tanpa gangguan, dan diambil gambar, ditayang di tv membakar bendera Malaysia. Polis yang bersipah disitu tak larang pun dia membakar bendera tu, budak tu tak ditangkap, siapa yang disalahkan? Orang KeADILan dan PAS!

Ini kerja jahat mereka! Mereka baling batu, mereka kata pembangkang buat; mereka bakar bendera Malaysia, mereka kata pembangkang buat.

Sebenarnya mereka itu bukan patriotik, mereka sanggup bakar bendera untuk menyalahkan orang lain! Merekalah penjahat Negara ini.

Pak Lah kata, demonstrasi bukan budaya negara kita, Najib kata bukan budaya kita, Zainuddin kata bukan budaya kita, Shahrizat kata bukan budaya negara kita. Yang menjadi budaya kepada mereka ialah RASUAH, MEROMPAK HARTA NEGARA, SALAHGUNA KUASA, ANTI DEMOKRASI -- itulah budaya mereka. Memang tak sama antara mereka dan rakyat! Demonstrasi adalah sebahagian dari perjalanan demokrasi. Di China Komunis tak boleh, di rab Saudi tak boleh, di Myanmar tak boleh, di Pakistan tak boleh dan di Malaysia tak boleh!

BN dan akhbar-akhbar dan tv-tv mereka telah hantar wartawan yang "buta" dan yang "pekak". Yang buta tu tak nampak berama ramai yang berhimpun, maka mereka kata 4000 orang, yang pekak tu tak dengar apakah yang dituntut oleh rakyat.
ANYWAY, Perhimpunan kita telah berjaya. Bukan saja 100,000 bahkan lebih dari itu! Ingat, kami turun dengan kereta sendiri, belanja sendiri, BUKAN macam BN, semuanya dibayar, pemandu dibayar, kereta dibayar, minyak kereta dibayar, makan dibayar. Itulah nasib AYAM SUBSIDI kena makan ditangan. Kalau tak dibayar, tak usah kata 1000 nak hadir, seorang berdua pun susah. Tak usah tipulah, kami dulu berasal dari UMNO! Kami dah tak sanggup jadi ayam subsidi!

Tidak ada kejayaan tanpa perjuangan! Kami berjuang dilandasan yan benar, menuntut demokrasi tulen dan keadilan sebenar. Walaupun dihalang oleh puak-puak fasis, kebenaran akan tetap menyerlah. Fasis Jepun, Jerman dan Italy telah lama kalah, dan tidak ada fasisme yang dibenarkan lagi didunia ini!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59