Sunday, 18 November 2007

DPPK BUKIT KATIL AKAN TURUN HABIS-HABISAN - JASRY


BUKIT KATIL : Dewan Pemuda PAS Bukit Katil (DPPBK) akan turun habis-habisan bertemu rakyat bermula 24 November dalam usaha untuk mengubah minda mereka supaya menyokong PAS dan BA pada Pilihanraya Umum nanti.

Menurut Setiausaha DPPBK, Jasry Jabar, DPPBK akan turun setiap minggu ke DUN Ayer Molek dan Bukit Baru bagi menerangkan kepada rakyat tentang matlamat perjuangan PAS dan memberitahu rakyat mengapa BN mesti ditolak pada pilihanraya akan datang.

"Kita akan turun habis-habisan dalam masa yang berbaki 2 bulan ini, kerana kita menjangka pilihanraya akan diadakan antara Disember dan Febuari, jadi kita tiada masa lagi" kata Jasry ketika ditemui selepas mesyuarat bulanan DPPBK di sini Jumaat lalu.

DPPBK, kata beliau, akan mengerahkan seluruh jentera pemuda di Kawasan ini bagi merealisasikan cita-cita murni itu.

"Insya Allah DPPBK akan mendapat kerjasama yang baik dari PAS Kawasan, Majlis Tindakan DUN dan UPU serta PAS Cawangan" tambah Jasry.

Kami akan mempelbagaikan program namun beliau tidak mahu menjelas dengan lebih lanjut.

"Tunggulah bila sampai masa program nanti, kita semua boleh lihat apa program yang akan kami lakukan, Pemuda, orang tua, wanita dan sebagainya perlu kita programkan" kata beliau.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59