Tuesday, 6 November 2007

DEMOKRASI TERTUTUP DALAM UMNO. SIAPA PENYANDANG ADA KUASA CANTAS PENCABAR


Demokrasi memang sudah lama tertutup dalam Umno sebab itu seseorang calon Presiden dan Timbalan Presiden mesti mendapat kouta minima pencalonan barulah layak untuk bertanding. Oleh kerana itulah Tengku Razaleigh telah beberapa kali tewas sebelum bertanding menentang Dr Mahathir dan terakhir menentang Pak Lah dalam pemilihan Umno yang lepas.

Begitu juga hal ini terjadi kepada sayap Umno, Pergerakan Wanita, apabila ura-ura Azalina untuk menentang Rafidah telah menyebabkan Rafidah dan barua-barua melenting memberi amaran. Maka terbukti demokrasi telah berkubur dalam Umno.

Media melaporkan hari ini seperti di bawah :-

Seorang exco Wanita Umno hari ini memberi amaran kepada mana-mana pihak dalam pergerakan tersebut supaya jangan cuba menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Rafidah Aziz.

Datin Haliman Saddique yang juga Ketua Wanita Johor berkata, beliau dan ahli-ahli pergerakan itu di seluruh negeri itu sedia menyinsing lengan mempertahankan Rafidah dan timbalannya, Datuk Sharizat Abdul Jalil.

"Datuk Seri jangan takut, jangan gentar Wanita akan berdiri teguh dan menyokong Datuk Seri," katanya ketika membahaskan ucapan Ketua Pergerakan Wanita, di perhimpunan pergerakan itu di PWTC di ibunegara.

Halimah dipercayai merujuk kepada khabar angin ada pihak dalam pergerakan itu yang mahukan bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Azalina Othman mencabar Rafidah dalam pemilihan parti akan datang.

Baru-baru ini, Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee dilaporkan berkata, Azalina layak untuk menerajui pergerakan Wanita.

Dalam ucapan dasarnya di perhimpunan Wanita Umno pagi tadi pun, Rafidah mengingatkan generasi muda dalam pergerakan itu supaya tidak terlalu memikirkan tentang kuasa dan jawatan.

Walaupun Rafidah tidak menyebut sebarang nama dalam ucapannya, tetapi nasihat beliau itu dipercayai ditujukan kepada Azalina dan para penyokongnya dalam pergerakan Wanita Umno.

'Berdiam diri'

Azalina, yang merupakan ketua pengasas pergerakan Puteri Umno, hanya berdiam diri walaupun perkara itu telah lama diperkatakan.

Kalau mengikut proses peralihan biasa, calon selepas Rafidah ialah timbalannya, Datuk Shahrizat Abdul Jalil akan mengambilalih jawatan Ketua Wanita jika tidak ada sebarang cabaran.

Bagaimanapun, Rafidah, yang menyambut harijadinya yang ke 64 pada hari Ahad, belum menyatakan lagi hasratnya untuk bersara.

Pemilihan Umno yang sepatutnya diadakan tahun ini, telah ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya umum akan datang.

Sementara itu, Halimah juga mendedahkan wujudnya di kalangan sesetengah ahli pergerakan itu perasaan hasad dengki dan mahu menjatuhkan antara satu sama lain.

Katanya, di peringkat akar umbi ada pemimpin tertentu yang mula berkempen untuk kepentingan sendiri.

'Beri amaran'

Beliau juga mendedahkan bahawa ada pihak tertentu yang memperlekehkan Wanita sedangkan mereka tahu Wanita merupakan tulang belakang parti.

"Saya memberi amaran, jangan sesekali baling batu, sembunyi tangan dan jangan jolok sarang tebuan," katanya.

Halimah berkata, ketika orang marah, benci dan mencerca Umno, ahli-ahli Wanita turun padang untuk membantu memenangi calon parti itu.

Tetapi, katanya, apabila sudah stabil dan parti telah menjadi kuat, Wanita pula yang mahu dilupakan.

"Tiada Wanita tidak akan ada mesyuarat cawangan, Tiada mesyuarat cawangan, maka tiadalah mesyuarat bahagian. Tiada mesyuarat bahagian tiadalah Majlis Tertinggi (MT) Umno. Jangan bermain api, nanti parti akan hangus dan bangsa akan terbakar," katanya.

Beliau juga menasihatkan ahli pergerakan itu supaya tidak mudah mempercayakan orang lain kerana ada pihak yang sentiasa menjatuhkan orang lain secara senyap-senyap.


Sumber : Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59