Thursday, 1 November 2007

Datuk Ramli didakwa di mahkamah


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Datuk Ramli Yusuff dihadap di mahkamah sesyen Kuala Lumpur jam 3.30 petang tadi ata tiga tuduhan gagal mengisytiharkan hartanya.

Dia dituduh di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana gagal mengisytiharkan maklumat penuh mengenai hartanya di dalam kenyataan bersumpahnya.

Tiga tuduhan tersebut berkaitan dengan:

1. Dua lot pejabat milik saudara perempuannya di Jalan Yap Kuan Seng in Kuala Lumpur. Harta tersebut didaftar di bawah Bonus Circle Sdn Bhd dan dibeli pada harga kira-kira RM1 juta.

2. Kegagalannya untuk mengisytiharkan 154,000 unit saham dalam Pemaju Industries Sdn Bhd.

3. Kerana melanggar Peraturan Pegawai Awam Kelakuan dan Tatatertib kerana memegang jawatan pengarah Kinta Jaya Sdn Bhd pada 25 April 2006 ketika memegang jawatan pengarah CCID.

Ramli. 55 - salah seorang pegawai tertinggi polis, dipanggil ke ibupejabat BPR pagi tadi.

Dia tiba di ibupejabat BPR pada jam 11.20 pagi dengan menaiki kereta BMW warna hitam, dengan ditemani oleh isterinya serta empat orang peguam.

Ramli ditahan pada kira-kira jam 11.45 pagi, selepas merakam kenyataannya.

Ramli merupakan pegawai polis paling kanan selepas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor, yang didakwa di mahkamah, dalam sejarah negara ini.

Ramli disiasat oleh BPR ekoran dakwaan dia memiliki aset bernilai RM27 juta. Ramli bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dalam satu sidang akhbar Selasa lalu.

Dalam sidang akhbar tersebut, Ramli turut mengecam BPR kerana membocorkan maklumat berhubung siasatan itu kepada pihak akhbar.

Susulan kepada siasatan itu, BPR telah mendakwa seorang peguam Ramli - Rosli Dahlan -pada 13 Oktober lalu kerana gagal memberi maklumat mengenai hartanya dalam kenyataan bersumpahnya.

Rosli, 46, seorang rakan fima guaman Lee Hishammuddin Allen & Gledhill, didakwa gagal mematuhi arahan dalam notis bertarikh 17 Julai 2007, yang dikeluarkan di bawah Seksyen 32(1)(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997, supaya memberi maklumat penuh mengenai hartanya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59