Monday, 19 November 2007

DATO' RAMLI TERUS JADI KAMBING HITAM


KOTA KINABALU: Nasib engkaulah wahai bekas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Yusoff yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan menyalahgunakan kuasa iaitu menggunakan pesawat milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kepentingan peribadi.

Sedangkan di sana berkeliaran lagi 'malaun-malaun' lain yang bebas ke sana ke mari. Ramli mungkin menjadi kambing hitam untuk menunjukkan kehebatan kerajaan Islam Hadhari membenteras rasuah.

Menteri-menteri, pegawai-pegawai lain yang pernah dilaporkan hal mereka ke BPR dan Polis bukan sahaja tidak didakwa malah tidak disiasat pun.

Ramli, 55, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu dan dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Hakim Duncan Sikodol menetapkan 18 hingga 22 Feb tahun depan sebagai tarikh perbicaraan kes itu.

Ramli, yang kini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Bukit Aman, didakwa menggunakan jawatan awam untuk kepentingan peribadi dengan mengeluarkan arahan dan menggunakan pesawat Cessna Caravan 2089MPSQ milik PDRM untuk membawa beliau dan dua orang awam -- Datuk Muhamad Yassin dan Khalid Mohamad -- untuk meninjau kawasan di lot PT 2003110300 dan lot 2003110322 di Ulu Tungku, Lahad Datu yang mana Syarikat Kinsajaya Sdn Bhd mempunyai kepentingan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 7.50 pagi, 15 Jun 2007 di Unit Udara Pangkalan Tanjung Aru, dekat sini dengan beliau didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat itu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya RM10,000, jika sabit kesalahan.

Pada 1 Nov lepas, Ramli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi dua pertuduhan gagal mendedahkan maklumat mengenai dua lot pejabat di Megan Avenue di Jalan Yap Kwan Seng milik kakak dan adik perempuannya dan hakikat bahawa beliau memiliki 154,000 saham dalam Permaju Industries.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah, Putrajaya pada 17 Sept 2007.

Beliau juga didakwa menjadi pengarah dalam syarikat hartanah Kinsajaya Sdn Bhd sedangkan sebagai pejabat awam, beliau tidak dibenarkan terlibat dalam perniagaan.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan dan dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan pada 15-19 Jan tahun depan.

Sementara itu, sekumpulan penduduk dari Kampung Tanjung Labian di Tungku, Lahad Datu berhimpun secara aman di hadapan Mahkamah Tinggi berdekatan semasa Ramli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, sebagai bantahan berhubung lot tanah terbabit.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59