Thursday, 15 November 2007

DAH RUNTUH BARU NAK SIASAT. KALAU TAK RUNTUH PESALAH PASTI TERLEPAS


Sudah menjadi budaya di Malaysia apabila sesuatu perkara buruk berlaku barulah ianya disiasat. Kalau tidak berlaku apa-apa kejadian maka orang yang mmebuat onar itu terlepas.

(Begitu juga dengan perangai rakyat, bila negara dah runtuh agaknya barulah nak tukar kerajaan.)

Semalam diberitakan bahawa bangunan Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) di lereng Tasik Banding di Gerik telah runtuh. Kejadian ini amat memalukan kerana ianya melibatkan projek pembangunan kerajaan negeri Perak Islam Hadhari.

Dah runtuh barulah kerajaan negeri 'terhegeh-hegeh' menubuhkan satu badan profesional untuk menjalankan siasatan termasuk terhadap perunding dan kontraktor.

Menteri Besar, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata, badan profesional itu akan dilantik selepas selesai perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya yang akan memberi panduan dan nasihat kepada kerajaan negeri.

“Kejadian itu sebenarnya berlaku sedikit demi sedikit (dan) menurut pegawai PTNP, JKR telah siasat dan telah melakukan kerja pengukuhan supaya bangunan ini tidak runtuh selepas PTNP mendapati ada berlakunya kecondongan tanah dalam tempoh dua dan tiga minggu lepas,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan laporan awal JKR yang membuat pemeriksaan ke tapak lawatan, kejadian itu mungkin disebabkan terdapatnya satu atau dua cerucuk atau tiang yang lemah sehingga ia tidak boleh menampung struktur bangunan yang pembinaan fasa pertamanya mendapat peruntukan RM4.5 juta daripada Kementerian Pelancongan.

“Cerucuk atau tiang-tiang lain pula tidak dapat menampung beban yang semakin bertambah,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan laporan awal JKR juga, tiang atau cerucuk yang lemah itu mungkin disebabkan oleh ketidaksesuaian reka bentuk, bahan binaan, kerja pembinaan serta kualiti.

Bangunan itu, yang menempatkan ruang pejabat, bilik pameran jualan, bilik penginapan serta tempat letak kereta, merupakan satu projek bagi menyediakan kemudahan transit kepada pelancong yang ingin meneroka keindahan alam semula jadi dalam kawasan Taman Negeri Royal Belum.

Semua operasi PTNP di pejabatnya yang terletak di Gerik belum berpindah ke kawasan baru itu kerana bangunan berkenaan belum diserahkan kepada perbadanan itu.

“Fasa pertama telah siap manakala fasa kedua tidak dijalankan lagi kerana ada penambahan bilik sehingga 26 dan 28 bilik seperti dicadangkan dan menjadi faktor kelewatan. Ini kerana jika lebih 28 bilik, ada cukai yang perlu dibayar,” katanya.

Anggota Dewan Undangan Negeri Temenggor, Datuk Hasbullah Othman berkata, sebahagian bangunan itu dipercayai runtuh pada 8 pagi sebelum ranap terus kira-kira dua jam kemudian.

“Kita bersyukur kerana kejadian itu tidak membabitkan kehilangan nyawa,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan berkenaan.

Tapak bangunan yang menjadi pintu masuk ke Taman Negeri Royal Belum itu terletak di sebuah cerun bukit di tebing Tasik Temenggor.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) Perak telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kejadian itu, kata pengarahnya Samsiah Abu Bakar.

“Kita akan menyiasat dan mengenal pasti jika terdapat sebarang aspek kesalahan atau penyelewengan dalam projek berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Samsiah berkata, BPR akan bekerjasama dengan JKR untuk menyiasat setiap aspek bagi mengenal pasti punca kejadian sebelum tindakan diambil

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59