Thursday, 22 November 2007

BUKAN SOAL ADIK GILA ATAU TIDAK?



Melaka : VK Lingam peguam yang dituduh terlibat merasuah hakim dan membuat percaturan tentang kenaikan pangkat hakim-hakim dilihat cuba mengalih tumpuan tentang isu tersebut kepada isu samada adiknya Thirunama gila atau tidak.

Jelas sekali nampaknya Lingam cuba mengalih tumpuan tentang apa yang dilihat dalam klip video yang diedarkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Persoalannya sekarang bukannya dakwaan Thirunama sahaja yang perlu disiasat tetapi kandungan dalam klip video itu juga mesti disiasat.

Isu ini semakin membarah apabila laporan Polis yang dibuat oleh Thirunama jelas menguatkan lagi bukti bahawa apa yang dilihat di dalam klip video itu adalah benar.

Kita mengharapkan Suruhanjaya Diraja yang akan ditubuhkan nanti bukan sahaja menyiasat ketulenan Klip video itu sahaja tetapi Suruhanjaya itu mesti menyiasat kebenaran dakwaan yang dibuat oleh Thirunama dan juga perbualan dalam klip video itu sendiri.

Sementara itu, DPPBK Pemangku Ketua Hakim Negara menggantung jawatan seorang hakim yang disebut dalam laporan polis yang dibuat oleh V. T. Thirunama Karasu terhadap abangnya, Datuk V. K. Lingam.

DPPBK berharap pemangku Ketua Hakim Negara mengambil perhatian terhadap laporan polis yang dibuat pada 19 Mac di balai polis daerah Brickfields dengan Thirunama mendakwa seorang hakim yang kini berkhidmat di mahkamah rayuan adalah antara mereka yang terlibat dalam rasuah.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59