Friday, 23 November 2007

BONUS KEPADA PENEROKA FELDA : SATU LAGI UMPAN UTK PILIHANRAYA


Peneroka Felda yang berjumlah 90,322 orang di seluruh negara akan mendapat bonus hujung Disember ini. Pengumuman ini dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Najib Razak semalam.


Jumlah bonus akan diberi ialah sebanyak RM146,388,200 berbanding dengan RM117,895,800 pada tahun lalu.

Tidak syak lagi bahawa pemberian bonus kepada peneroka felda ini merupakan salah satu cara untuk 'memancing' mereka supaya terus menyokong BN pada pilihanraya umum nanti. Memang diketahui peneroka Felda merupakan antara penyokong setia BN disebabkan pelbagai gula-gula dan ugutan yang dikenakan kepada peneroka terbabit.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengingatkan peneroka Felda supaya tidak terpedaya dengan gula-gula BN ini kerana duit bonus yang diberikan kepada peneroka tersebut adalah duit hasil dari titik peluh mereka sendiri. Ianya memang menjadi hak milik peneroka.

Peneroka jangan lupa dengan masalah yang begitu kronik yang berlaku di dalam rancangan felda yang gagal diselesaikan oleh kerajaan BN. Antara masalah yang sudah lama membarah di rancangan Felda adalah gejala dadah di mana bilangan penagih dadah di kalangan anak peneroka meningkat dari masa ke semasa dan gagal diselesaikan sejak sekian lama.

Selain itu masalah penempatan generasi kedua felda masih gagal ditangani oleh kerajaan.

Masalah-masalah yang gagal diselesaikan oleh kerajaan ini membuktikan kelemahan kerajaan dan pemimpinnya dan ia wajar digantikan kerajaan dan kepimpinan baru.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59