Friday, 16 November 2007

BINA LONGKANG BARU TAPI MASALAH TAK SELESAI


MELAKA: Lima keluarga di Jalan Mata Kucing 3, Kampung Mata Kucing, dekat sini, kecewa apabila longkang baru yang dibina sejak tiga bulan lalu di kawasan mereka gagal mengalirkan air ke parit besar berhampiran sebaliknya menyekat aliran sedia ada.

Penduduk yang menjangka pembinaan longkang baru di kawasan itu dapat meningkatkan lagi sistem saliran di tempat mereka tetapi jangkaan mereka meleset apabila ia hanya mengundang bau busuk akibat aliran air yang tersekat.

Penduduk mendakwa masalah sudah diajukan kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tetapi dimaklumkan ia di luar bidang kuasa MBMB dan terus dirujuk kepada Pejabat Daerah Melaka Tengah (PDMT).

Malangnya, PDMT menjelaskan masalah itu sebenarnya bawah pemantauan Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) dan hingga kini ia masih belum selesai.

Penduduk, Zalina Jantan, 43, berkata aliran tersekat itu kini berwarna hitam dan dasarnya dipenuhi dengan kelodak.

Katanya, ini menyebabkan bau busuk timbul dari longkang sedalam dan selebar kira-kira 0.6 meter itu.

"Kami dah tak tahan dengan keadaan ini. Hampir setiap hari kami terpaksa mengorek longkang itu bagi membolehkan airnya mengalir.

"Aras longkang ini juga dipercayai tidak sekata menyebabkan air tidak dapat mengalir ke longkang besar yang terletak kira-kira 50 meter di bahagian tengah kampung," katanya, di sini, semalam.

Selain itu, penduduk, Zawawi Zainudin, 35, berkata dia khuatir longkang bermasalah itumenyebabkan banjir kilat.

Katanya, sebelum longkang baru ini dibina banjir kilat sering berlaku walaupun longkang lama dapat mengalirkan air dengan sempurna.

"Saya khuatir banjir kilat akan menjadi lebih serius sekiranya berlaku hujan lebat dalam tempoh lama," katanya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59