Friday, 16 November 2007

BILA PENYAPU BERTELAGAH SESAMA PENYAPU



Sehari dua ini riuh rendah pasal penyapu. Kisah bermula apabila Khir Toyo (BAPAK PENYAPU) menghadiah penyapu kepada seorang Ketua Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) kerana tidak puashati dengan 'performance' kerja PBT tersebut.

Maka ramai pihak-pihak yang tidak berpuashati kerana dikatakan Khir Toyo Bapak Segala Penyapu tidak beradab kerana menghadiah penyapu yang disifatkan sebagai benda kotor dan ianya amat menghina si penerima.

Sebenarnya si pemberi (Khir Toyo Bapak Segala Penyapu) tidak sedar bahawa beliaulah sebenarnya yang paling layak menerima penyapu kerana beliau bukan sahaja di dakwa tidak tahu menjalankan tugas sebagai Menteri Besar malah beliau didakwa MENYAPU tanah, projek dan kontrak (atas nama kroninya). Sudah banyak aduan dan laporan Polis atau BPR yang dibuat ke atas Bapak Segala Penyapu ini tetapi semuanya dibakulsampahkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab, siapa lagi bukan si dia dan si dia.....

Semalam seorang lagi geng PENYAPU iaitu Rais Yatim (yang suatu ketika dahulu bukan hebat menuduh pemimpin-pemimpin BN sebagai PENYAPU semasa beliau bersama Ku Li dalam Semangat 46) menyelar BAPAK PENYAPU (Khir Toyo) kerana mengaib dan memalukan orang.

Rais berkata Kerajaan negeri Selangor telah melanggar sempadan pentadbiran yang bukan dalam bidang kuasanya apabila menghadiahkan penyapu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tidak menunjukkan prestasi cemerlang.

Menurutnya, PBT bukan agensi di bawah kerajaan negeri, sebaliknya terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan iaitu di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Oleh itu, katanya, kerajaan negeri tidak wajar memberikan penyapu kepada agensi dan jabatan Kerajaan Persekutuan kerana PBT bukan ‘hak mutlak’nya.

Menurut Rais, pemberian penyapu itu mengaibkan penerimanya lebih-lebih lagi diberi kepada penjawat awam di hadapan khalayak ramai.

‘‘Selain itu, penyapu juga adalah sinonim dengan perkara negatif seperti kotor dan sial di kalangan masyarakat Malaysia''.

Lantak kau orang wahai geng PENYAPU engkau orang bergaduh dan bertelagah sebab engkau orang semua adalah sama-sama PENYAPU>

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59