Tuesday, 13 November 2007

BERSEDIA UNTUK DIZALIMI OLEH KERAJAAN BN


BATU BERENDAM - Rakyat mesti bersedia dari sekarang untuk berhadapan dengan kerajaan BN Islam Hadhari yang sememangnya terkenal dengan kezaliman, penindasan dan ketidakadilan.

Perkara ini ditegaskan oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Sofi Wahab dalam kenyataannya kepada blog ini di sini pagi ini.

"Kezaliman BN Islam Hadhari sebenarnya sudah sampai ke kemuncak apabila menembak rakyat yang tidak berdosa di Memali dan Batu Burok baru-baru ini. Selain kerajaan zalim ini juga tanpa rasa belas kasihan merobohkan rumah rakyat, merampas tanah rakyat dan sebagainya".

"Selain itu mereka berani mencabar Allah apabila merobohkan Rumah Allah, surau serta menghalang pengajian agama malah menangkap ustaz-ustaz yang mengajar agama" kata Sofi.

Menurut Sofi, tidak lama lagi dijangkakan kerajaan Islam Hadhari akan terus menekan rakyat dengan menaikkan harga minyak kerana mereka sudah ketandusan idea dan perancangan bagaimana untuk mengekal atau menurunkan harga minyak.

"Rakyat akan terus tertekan dan terhimpit dengan kenaikan harga minyak ini kerana ianya sudah pasti menyebabkan harga barangan lain akan melambung naik, jadi pada masa itu rakyat terus menanggung kesengsaraan sedangkan pemimpin kerajaan terus senyum kerana mereka mempunyai pendapatan yang besar malah sesetengahnya mempunyai business sendiri atau kroni" kata Sofi yang juga merupakan Ketua DPP Kawasan Bukit Katil.

Kerajaan sememangnya tidak pernah simpati dengan kesusahan dan kedhaifan rakyat sebaliknya mereka amat prihatin sekiranya sesuatu perkara itu melibatkan korporat dan kroni mereka.

Sebagai contoh, menurut Sofi, TNB dan pihak berkuasa air negeri-negeri akan memotong bekala elektrik dan air ke rumah rakyat jika ada tunggakan hutang yang kadang-kadang tidak sampai RM50.00 tetapi tidak memotong bekalan di rumah pemimpin mereka, syarikat korporat dan kroni walaupun hutang mereka mencecah ratusan ribu ringgit. Dalam hal apabila aduan di buat kepada kerajaan, mereka akan berlepas tangan.

Kerajaan, kata Sofi, mula memasukkan jarum kedalam pemikiran rakyat supaya rakyat menerima apa sahaja tindakan kerajaan walaupun tindakan itu amat membebankan rakyat. Media hari ini menyiarkan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal yang meminta masyarakat di negara ini perlu bersedia menghadapi kesan daripada trend kenaikan harga minyak yang melanda seluruh dunia.

"Kenyataan tersebut jelas menunjukkan bahawa kerajaan akan menaikkan harga minyak dalam jangkamasa terdekat. Cuma satu sahaja yang menghalang mereka iaitu pilihanraya umum. Andaikata pilihanraya umum jauh lagi sudah pasti mereka akan menaikkan harga minyak sekarang juga" tambah Sofi.

Shafie berkata, trend kenaikan harga minyak di pasaran dunia yang memberi kesan kepada kemampuan rakyat, mesti dihadapi mana-mana kerajaan dan parti politik di dunia termasuk negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah.

“Kadang-kala pihak tidak bertanggungjawab menyatakan ini (kenaikan harga minyak) tidak sepatutnya berlaku, dan ini (harga minyak) tidak sepatutnya naik.

“Mana ada satu kerajaan dan pemimpin di dunia ini boleh kawal harga minyak daripada naik termasuk Presiden Bush (AS) dan Perdana Menteri United Kingdom, Gordon Brown,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Raya Muhibah Aidilfitri dan Deepavali Parlimen Tapah di Dewan Merdeka Tapah semalam.

Oleh itu Sofi menyeru rakyat supaya bersedia untuk mengajar kerajaan zalim dan biadap ini dalam pilihanraya akan datang. Rakyat mesti menukar kerajaan kerana terbukti kerajaan BN Islam Hadhari ini zalim, biadap, tiada belas kasihan dan gagal memerintah dengan baik sehingga rakyat semakin susah dan melarat.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59