Wednesday, 21 November 2007

Bekalan elektrik terputus di separuh bahagian Pulau Pinang


Hampir Pulau Pinang : Semalam Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekali lagi memalukan negara serta menyusahkan rakyat dan pengguna apabila bekalan elektrik terputus di sebahagian Pulau Pinang.

TNB mesti bertanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan mereka memastikan bekalan elektrik dapat disalurkan dengan sempurna kepada pengguna.

Kejadian bekalan elektrik terputus amat memalukan kerana ianya akan sudah tentu menjejaskan urusan kerajaan, rakyat dan kilang-kilang.

Bayangkan berapa banyak kerugian yang terpaksa dialami oleh mereka yang terlibat dengan gangguan elektrik ini.

Kita mempersoalkan mengapa kejadian ini terus berlaku sedangkan TNB sepatutnya telah bersedia dengan segala kemungkinan.

Adakah program 'Preventive Maintenance' TNB tidak dijalankan atau mungkin dilakukan sepenuhnya. Sebagai sebuah syarikat gergasi TNB seharusnya mempunyai sistem 'Total Preventive Maintenance' bertaraf world class selain dari keperluan memperkenalkan sistem 'Predictive Maintenance' yang mana mereka boleh meramalkan 'fasiliti' atau barang-barang yang mungkin akan rosak berdasarkan 'total usage' dan 'jangka hayat' serta rekod-rekod dari penggunaan dahulu.

TNB mesti bertanggungjawab sepenuhnya jangan hanya meng'songlap' duit pengguna terutama rakyat marhaen.

Media melaporkan semalam bahawa separuh bahagian Pulau Pinang mengalami gangguan bekalan elektrik selama lebih sejam mulai jam 3.20 petang ini dipercayai berpunca daripada saluran utama pembekalan elektrik ke bahagian pulau di Juru terpelantik.

Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) petang semalam.

Antara kawasan yang terlibat ialah sekitar Jalan Datuk Keramat, Komtar, Jalan Sultan Ahmad Shah, Lebuh Light, Lebuh Pantai, Lebuh Chulia dan beberapa kawasan sekitarnya.

Menurut Bernama, kebanyakan peniaga di beberapa pusat membeli-belah di Georgetown terpaksa menggunakan lilin untuk meneruskan operasi mereka manakala sebahagiannya menutup kedai bagi memastikan keselamatan harta benda semasa ketiadaan bekalan elektrik.

Sebahagian besar kakitangan awam yang bertugas di bangunan Komtar berhimpun di perkarangan bangunan dan pasukan Bomba dan Penyelamat bergegas ke Menara Komtar bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap di dalam lif di situ.

Koh berkata pada mulanya TNB memberitahu bahawa masalah itu dapat diatasi dalam masa singkat tetapi setelah menunggu lebih sejam beliau mencadangkan supaya persidangan dewan ditangguhkan.

Kesal dengan kejadian itu, Ketua Menteri itu mengarahkan TNB supaya menyediakan set generator serta menempatkan kakitangan khusus untuk mengendalikan peralatan itu di DUN esok, bagi memastikan persidangan tidak tergendala lagi.

"Kejadian ini dianggap serius kerana ia bukan sahaja menjejaskan perjalanan persidangan Dewan Undangan Negeri malahan semua pihak terlibat sama ada peniaga dan penduduk. Sebarang gangguan bekalan elektrik adalah serius kepada semua orang," katanya.

Koh, yang tidak pasti sama ada kawasan perindustrian bebas Bayan Lepas turut terjejas dengan kejadian itu, mengarahkan TNB agar meningkatkan perkhidmatan mereka dan memastikan kejadian sedemikian tidak berulang lagi.

"Saya rasa tidak suka, tidak senang hati dan ingin menegur TNB kerana perkara ini berlaku. Memang kita boleh sediakan generator di Dewan Undangan Negeri tetapi kemudahan ini tidak dapat dibekalkan kepada semua rakyat," katanya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59