Friday, 9 November 2007

BARUA KERAJAAN BERUSAHA KERAS MENGGAGALKAN PERHIMPUNAN



Di saat pemimpin-pemimpin BERSIH berusaha untuk mengumpul seramai mungkin peserta himpunan aman 100,000 rakyat, barua-barua kerajaan Islam Hadhari terus berusaha untuk menggagalkan himpunan tersebut.

Berbagai amaran dan ugutan dikeluarkan baik oleh pemimpin Umno dan kerajaan maupun barua kerajaan iaiti Polis kerajaan Islam Hadhari (bukan Polis Diraja Malaysia lagi).

Amaran demi amaran dikeluarkan oleh barua ini, bermula dari Ketua Polis Daerah sehinggalah Ketua Polis Negara. Barua kerajaan ini memang begitu taat dan patuh kepada tuan mereka sehingga membelakangkan kepentingan rakyat yang membayar gaji mereka.

Barua ini yang sepatutnya menjaga keselamatan sebalik melancarkan perang psikologi untuk menakutkan rakyat yang ingin berkumpul secara aman.

Di bawah ini diperturunkan kenyataan bapak segala barua Umno :-

Jangan sertai perhimpunan haram Sabtu ini, kata Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR 8 Nov — Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan yang dirancang di Dataran Merdeka di sini Sabtu ini kerana ia mampu mencetuskan kekecohan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Katanya, memandangkan perhimpunan yang bakal diadakan tidak mendapat permit, polis tidak akan teragak-agak untuk bertindak tegas bagi menghalang perhimpunan itu daripada diadakan.

Musa berkata, walaupun ada yang mendakwa ia perhimpunan aman, namun polis meragui tujuan sebenar perhimpunan itu diadakan.

“Ini kerana mereka (penganjur) didapati membuat hebahan yang begitu meluas mengenainya, sama ada melalui majlis-majlis ceramah, forum, penyebaran SMS, penggunaan laman-laman web, pengedaran “handbill” dan sebagainya sejak beberapa bulan kebelakangan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama kata beliau, mereka juga mengeluarkan panduan-panduan kepada orang ramai tentang cara-cara untuk menghadapi pihak polis melalui laman-laman web.

Kumpulan yang menamakan diri mereka “Bersih” merancang mengadakan perhimpunan disertai 100,000 orang pada pukul 3 petang Sabtu ini sebelum berarak beramai-ramai ke Istana Negara.

Musa juga berkata, tindakan penganjur berkeras untuk meneruskan hasrat mengadakan perhimpunan dan perarakan yang besar boleh menimbulkan kesesakan lalu lintas yang teruk, bukan sahaja di kawasan Dataran Merdeka malah seluruh ibu kota.

“Perhimpunan serta perarakan yang disertai oleh orang ramai secara besar-besaran juga tidak mustahil akan berlaku kekecohan sehingga menjejaskan ketenteraman awam.

“Polis khuatir ada pihak-pihak dan anasir-anasir yang tidak diingini dan tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan untuk mencetuskan provokasi bagi mewujudkan suasana tidak terkawal sehingga akhirnya bertukar menjadi demonstrasi jalanan dan rusuhan ganas,” katanya.

Katanya, keadaan tersebut akan menimbulkan ketakutan kepada orang ramai dan boleh menjejaskan aktiviti perniagaan serta membawa kepada kerosakan harta benda awam.

“Kerjasama orang ramai dalam mematuhi peringatan ini amat-amatlah dihargai bagi memastikan keamanan dan ketenteraman awam terus terpelihara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zul Hasnan Najib Baharuddin berkata perhimpunan tersebut diharamkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman pada 6 Nov lepas.

Katanya, permohonan untuk mengadakan perhimpunan dibuat pada 3 Nov lalu, tetapi ditolak baru-baru ini.

“Persatuan itu boleh membuat rayuan, namun sehingga semalam tidak ada rayuan dibuat. Ia adalah perhimpunan haram,” katanya pada persidangan akhbar di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur di sini hari ini.

“Orang ramai yang didapati berada di situ dengan tujuan untuk menyertai perhimpunan tersebut adalah salah, dan tindakan undang-undang ke atas mereka akan diambil,” katanya.

Beliau berkata, sekatan jalan akan diadakan di beberapa tempat manakala orang ramai dan kenderaan dari luar ibukota akan diperiksa.

Zul Hasnan berkata, kira-kira 4,000 anggota akan dikerah di sekitar kawasan tersebut untuk “menyuraikan dan menahan mana-mana pihak yang melakukan kesalahan seperti rusuhan dan pergaduhan”.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59